Tuesday, March 23, 2010

biar gila-gila, tapi hati sentiasa hepy..

salam...

hmm.. sejak-sejak aku lepak kt kg nih, mcm2 bnda aku buat. tp kadang2 rasa boring gak. yelah, dok kg pun dok kerja dgn bapak sendiri. maklumlah, nk kerja org tak mau ambik aku,hhuhhu.. petang2 selalunya men bola, skrg dah tak men dah. ala, sume kalut ngan kerja la, budak2 wakil sekolah la, men liga yan la. yg tingal berapa orang ja, mana cukup korum kan,hhuhhu..

jadi, gua klu boring2, slalunya gua lepak kt penang arr. ada gak member gua kt sana iaitu azlan ngan julia. depa nih la member-member yg still lg bleh lepak2 sama. yg len bukan tak bleh, tp sibuk ngan keja la, busy la, dok jauh la. so, yg tinggal yang nih ja. tapi, dua org nih pun pantang ja ajak, mana2 pun ikut aku. maklumlah, depa pun tak geng gak,hhuhu.. so, kt sini aku cite la sket2 pasal member aku dua orang ini.

pic kt tepi ni member aku nama lan. tu panggilan member2 la. klu dgn sedara mara dia, org panggil dia acik alan. nama manja gila arr,hahaha.. nama penuh dia azlan abd rahman. sama baya ngan aku dan member masa study dulu kt usm. tp dia nih tergolong dlm golongan org bijak pandai la bagi aku. sbb dia dlu degree tesol. pastu sambung buat master mascom. org yg agak kecoh & riuh. klu xda dia rasa sunyi ja,hahaha.. nampak ja mcm nih, tp agak jambu gak la,hahaha.. tapi dari mata aku dia antara kawan lelaki aku yg best arr. senang di bawa berbicara, senang di bawa berjalan. selalu support & bg semangat kt kawan2. klu aku nak turun penang, dialah org 1st aku cari dlu. anak jati penang tapi bukan kategori anak mami menantu mamu arr. klu pi karaoke ngan dia, sume layan lagu macam new boyz la, naqiu la dan seangkatan dengannya. sebab tu la aku cakap dia nih jambu,hahahha.. mudah kesian ngan orang dan kategori pencinta wanita, bukan lelaki!!! aku rasa sapa kawin ngan dia, mesti beruntung beb. bab agama bagus, pelajaran tinggi, budi bahasa tu xtau la sebab dia nih mulut pun boleh tahan gak,huhuhu.. tapi, dia best arr. klu masuk part gosip, habis-habisan dia gosip. klu bab2 dari hati ke hati, slalu gak la buat muka sedih2,huhuh...




okies.. yang nih nama dia julia. nama penuh julia mat hadiah. panggilan yg slalu di panggil jue la. nama dia simple, sama mcm org dia gak. muda setahun dari aku. hah! mesti sapa 1st tgk dia nih, mesti minat kt dia kan?hahaha.. cun? memang kategori cun gak arr minah nih. tp, bila sekali dia buka mulut, terus tak reti nk berenti.. macam peluru kalau dia cakap. sapa tgk dia cakap mesti melopong gak la. nih pic dia dok buat cun arr. sebenarnya dia pakai spek. sebab dia nih rabn. tak pasti lak rabun dekat atau jauh,hhuhh.. sebab apa yg aku suka kawan ngan budak nih, kepala dia best. sama macam lan gak, bleh masuk punya kepala nih. jenis tak kisah sangat klu dok sembang2 nih. sbb adakalanya org pompuan bila kita berbicara dgn depa, haruslah control2 sket bahasa dia, perbuatan kita. tapi klu dia nih, langsung jenis tak kisah. selagi follow batas2 agama arr. hmm.. apa lagi arr. dia nih jenis kategori suka bergambar. klu tgk koleksi pic dia kt fb tuh, peh.. mana2 pi mesti ada ambik pic sendiri. konon2 mengaku dia cun arr, pirahhhh!! hahaha.. tapi kepala ting tong pun, ramai dok perhati dia. yelah, org bila byk bercakap nih selalunya lebih menonjol. sampai ramai la terpikat dengan dia. dia lak jenis yg suka melayan sume org. sebab tuh ramai dok try dia.. wahhh.. nampak sangat budak nih top kan?ekekeke.. apa2 pun, aku senang dgn dia.

aku rasa la kan, tak ramai la aku ada kawan2 macam depa dua nih. memang kalau dok semeja, memang kecoh gak la. tu tak masuk lagi member2 yang len mcm fidah, nurul, baha, habsah dan lain-lain. semua jenis riuh rendah nih, sebab tuh aku suka kawan dgn depa nih semua. hmm.. apa2 pun, depa nih sume kawan yg baik. dalam keadaan sekeliling, terdapat ramai kawan. ada kawan yg makan kawan, ada kawan yg bergelar sahabat. nak cari kawan yg bergelar sahabat tu yang susah. tapi depa yang aku sebut kat atas td sememangnya termasuk dalam kategori kawan2 bergelar sahabat!!! thanks & luvly u all my frendz... mereka tetap di hati ku selamanya.

adios!~