Saturday, September 4, 2010

wanita melayu Islam bertudung merokok : aku dikatakan kolot?

hmmm...

dua tiga ari lepas aku ada la mcm x puas hati sket ngan member aku nih. kata mudahnya mcm gaduh2 gitu lah. tp xda la sampai pukul-pukul.. tu ganaz namanya,hhhuhuu... pelik kan..? bila aku diminta membantunya dlm sesuatu hal, aku pula dikatakan agak kolot! hayoiii.. baik bantu diri sendiri, xyah minta tolong orang. dh org tolong mau cop itu mcm lak.. memang aku panas gak la kan. ok2, cite dia mcm nih...

aku ada sorang member, pompuan la but dia bukan la awek aku, okey!! member study dlu.. sejak2 setahun dua nih memang dia agak rapat sejak hampir lebih 5 tahun kami x pernah berhubung. segalanya atas dasar study la.. so, dia nih jenis byk suka bercerita. maksudnya suka citer masalah dia. maklumlah, aku nih kan dikatakan antara pendengar yg sedia,hohoho... member aku nih dulu mmg dikenali seorang yg sangat pendiam. susah la nk pandang lelaki. masa tu aku ada la syok sket kt dia. mana study dlu la.. pastu aku jmpa blk kt pasar malam kt tempat aku. itulah kali pertama aku jumpa sejak 6-7 tahun memasing bawa haluan study masing-masing. sejak itu, kami kira selalu berhubung. apa yg sgt aku pelik ialah bila perwatakan dia agak agresif. sgt ceria x macam aku kenal dia dlu.. sangat berlainan la.. rupa2nya, ada sebab musabah dia berperwatakan begitu. sebab dia..? nnt aku cite selepas nih...

dijadikan cerita, 2-3 ari lepas dia ada minta tlg aku beri bantuan nasihat utk pakwe dia nih kembali suka ngan dia. maksudnya kembali bersama mcm mula-mula kenal dlu. terus terang aku cakap, aku bukan pandai dalam bab-bab mcm nih. yelah.. pengalaman aku bercinta hanyalah bertahan 2 bulan sahaja. itu sahaja pengalaman aku bercinta,hohoho.. sedih kan.. tp tulah, aku dikelilingi dengan pelbagai orang yg punyai pelbagai masalah dalam percintaan. secara tidak langsung aku dapat menilai sendiri bagaimanakah kesah percintaan itu pasang surutnya. juga mungkin dari segi pembacaan aku. mmg aku suka membaca bab-bab perasaan jiwa & hati nih. ramai dok kata, aku nih agak jiwang. lantaklah apa orang nk ckp kan. itu adalah hak aku sndiri.. so, orang nk ckp, ada aku kesahhh..! ok2, panjang pula huraian aku nih,hohohoh... secara kasarnya, aku nilaikan member aku nih seorang yg agak kasar la. maksudnya mudah melenting, mudah mengamuk, mudah emosi. bila aku cite sket atau nasihat, mesti dia suruh aku stop. x sanggup nk dengar. pastu mula nk merajuk la, marah la, emosi la.. lepas 2- ari bru nk nyesal. tapi, dok jadi lagu tu gak.. tu la, kekadang aku x faham gak org pompuan yg mcm nih....

dia jelaskan pada aku bahawa hubungan dia dengan pakwe dia semakin renggang gara-gara sikapnya yg agak emosi. pastu lak masuk lak awek len dok kata pakwe dia. apa lgi, nk jadi perang dunia la,huhhuh.. sebab apa dia nk perang? meh aku cite, tp secara ringkas la.. member aku nih ada masalah dalaman sikit. iaitu kilang ovari dia ada problem sket. dulu penah operate dah. tp ubat yg doc bg tu hanya mampu bertahan lebih kurang 3 tahun ja. selepas tuh, ovari dia di kedua-dua belah akan mula rosak dan sebabkan dia x mampu lagi menjana ovum dan sebabkan dia x mampu lagi mendapat zuriat! so, sekarang nih dia dalam proses nk kawin secepat mungkin la agar mampu juga peroleh zuriat dia sendiri walaupun seorang anak sahaja. tp, secara jujurnya, susah nk cari lelaki yg mahu kawin dengan dia hanya kerana masalah dalaman dia nih. tetapi, hanya seorang shj yg mampu kahwini dia iaitu pakwe dia sekarang. tetapi pakwe dia nih sekarang mcm menjauhi darinya disebabkan dia yg gemar sgt nk mengamuk & melenting. ntah la, benda dah ada depan mata, x pandai lak nk jaga.. so, aku nih yg baik hati telah pun berikan pelbagai jalan dan nasihat. nasihat apa? dia kena ubah la sikap dia tuh. bukan shj pakwe dia dok marah, aku nih sbagai kawan pun dok terasa hati dengan dia. suka2 hati cakap smpai x ushar kiri kanan. tp aku sabar jer la disebabkan masalah dalaman dia tuh yg sebabkan dia jadi mcm tu...

alhamdulillah, sesudah sahur ari tuh dia ada mesej aku cakap ada masalah. so, minta aku bantu dia. so, lama jugak la aku dok call dia bagi jalan penyelesaian. secara amnya, dia boleh terima nasihat aku dna mahu berubah sikap negatif tuh ke arah kebaikan demi mahu memiliki cinta dia dlu supaya cepat dia kawin.. ntah mcm mana ntah, tup2 terkuar dr mulut dia klu tension dia akan hisap rokok!! beb, boleh dak hangpa bayangkan seorang perempuan melayu Islam, bertudung hisap rokok..? terus terang aku terkejut. sgt2 terkejut!! yelah, aku sgt2 tidak menyangka dia yg kategori cantik paras rupa la, elok segi agama bleh ke arah itu. mula-mula dia mcm x mau ngaku. aku desak punya desak bru ngaku. sejak form 5 lagi dia hisap rokok.. bila dok kl, dia berjumpa lak dgn member dia yg hisap rokok. apa lagi, ada member la kan.. sejak dua bulan lalu dia dh berhenti sebab doc dh kasi amaran & ubat kt dia sebab paru2 dia dh mula effect. hmm... dh kena bru nk sedar kan.. katanya, dulu dia slalu tension, tu yang buat dia hisap rokok tu.. aku pelik gak kan, x kira laki atau pompuan, bila tension mesti hisap rokok. awat, dh xda cara lain dh ka..? aku bersyukur la sebab aku bukanlah seorang perokok walaupun ayah aku dulu perokok tegar, tapi dh lama sgt dh dia berhenti. abg aku yg sulung & no 2 juga perokok. adik aku yg laki tuh bru abis spm un hisap jugak. tp sorok2 la sebab x jumpa ngan aku lagi. klu jumpa, mau tau la apa mau jadi kan..

yg buat darah aku berderau bila dia kata aku ni kolot bila pompuan hisap rokok. hellooo..! perkara biasa kalau lelaki hisap rokok, sgt luar biasa bila pompuan hisap rokok, kena lak hg bertudung.. mmg aku hilang respek la klu ada pompuan hisap rokok nih... mmg aku kolot sebab aku dok kg, bukan dok kl yg bersepah dh sekarang pompuan dok hisap rokok.. tp, xkan x leh pikir kesannya pada diri pompuan tuh sendiri. baik dia xyah dok kecoh2 nk kawin klu diri sendiri langsung xmau jaga. setahu pengetahuan aku la, merokok ini akan memberi kesan jangka panjang kpd pertumbuhan seorang bayi bila ibunya seornag perokok. nk zuriat sendiri, tapi kesan pad azuriat langsung x penah pikir. aku pelik ngan member aku nih, dia tuh ada masalah ovari, dok hisap rokok lak, pastu kejap2 dok ngadu dia selalu gatrik la, kekadang ada migrain gak kot. penyakit dh banyak dh dalam tubuh tuh pun nk tambah penyakit lagi..?!! haiyooo.. x paham aku manusia mcm nih...

jika member aku yg aku maksudkan ini dia sedang baca blog nih, percayalah.. klu niat aku nih jahat, dh lama aku suh hg buat bnda yg lebih keji lagi. tapi atas dasar seorang kawan, kekadang nasihat & pandangan aku dikatakan agak kolot, tak up to date... aku rasa elok la pakwe hg mula menjauhi hang. dan elok la hg mula bantu hg sendiri. tak payah minta lagi nasihat sesapa sedangkan hang sendiri mampu buat keputusan yg bg aku nih sgt bodoh. jika hang nk keji aku atau nk kata aku sibuk pasal hang, terpulang lah. apa yg aku kata nih atas dasar seorang kawan... bukan tak suka kawan dengan hang, tetapi aku sangat terasa hati & kecewa dengan sikap hang yg mcm nih.. x penah cuba nak bantu diri sndiri. hanya fikirkan orang lain, diri sendiri yang merana. akhirnya, apa pun tak kan hg perolehi.. elok rasanya sekarang nih hang mula menghitung masa-masa gembira hang sebelum masa-masa duka hang kan tiba. jika kata-kata aku nih menyakitkan hati, aku minta maaf. tp maaf aku untuk orang mahu berubah. tetapi jika masih mahu seperti sedia kala, tolong jangan pandang maaf aku nih...!~

salam