Saturday, February 25, 2012

aku kecewa dan terasa...

salam...

dalam keadaan macam nih, aku terasa seperti langsung tak best
rasa macam tak senang untuk berasa tenang
untuk aku tenteram dalam diam
mungkin sebab diri aku juga
luaran keras namun dalaman sangat lembut
bermula dengan satu perkara
kini berjangkit menjadi lebih tak best

mulanya isu apabila aku ingin menggembirakan orang lain
namun telah pun disalahertikan
jujurnya aku masih sayangkan dia
mungkin percubaan aku buat sekian kalinya
bakal menghasilkan satu jawapan yang lebih baik
mampu memberikan kepuasan hidup berpasangan
dan aku memang mahukan dia bersama aku
sampai akhir waktu
mungkin jga terpaksa memilih dia kerana aku tiada daya
aku tiada kuasa untuk memilih orang lain
namun...
ajakkan aku untuk bersamanya berdua bercuti telah pun salah difahami
bagaikan peluru menembak aku tanpa ruang aku menahan asakan
aku di tuduh seperti lelaki lain
sangat mudah mengambil kesempatan ke atas mereka bernama wanita...
aku hampa...

sesungguhnya aku teramat kecewa
kerana niat ku ini di tuduh sebegitu rupa
berkali telah ku katakan
aku bukanlah seperti lelaki lain yg pernah dia kenali
aku sedar siapa diri aku
tiada kekuatan untuk menabur janji pada yang lain
sebolehnya aku jujur pada diri ku bernama lelaki sejati
dituduhnya aku ingin mengambil kesempatan kepadanya
kerna ku halangnya untuk nyatakan kepada orang lain akan niatku bercuti bersamanya
katanya bakal mewujudkan satu fitnah besar kepada kami berdua

aku menerima setiap nasihat daripada orang lain walaupun...
walaupun ramai yang tidak sukar dinasihati
namun ku terima jika itu adalah nasihat terbaik untuk ku
namun ku kecewa bila aku disamakan dengan lelaki lain serta dituduh sebegitu rupa
hilang terus rasa ingin aku bersamanya lagi
kerna tindakannya itu mungkin kerna dendam pada mereka yang pernah dia disakiti
tetapi... kenapa aku yang menjadi sasaran dia
kenapa aku harus tanggung dosa bagi tindakan yang tiada aku lakukan
sungguh tidak adil buat ku bila sebegini rupa aku diperlakukan
aku memilih untuk terus berdiam diri tanpa mengambil apa-apa tindakan
kerna aku tahu diam itu lebih baik dan tidak memudaratkan...

namun... isu kedua membuatkan aku bertambah resah dan kecewa mungkin
tiada nafi mahupun dusta aku katakan
dialah wanita terbaik pernah aku temui
tetapi.. bukan aku pilihannya
mungkin kerna aku bukan imam muda diharapnya
aku bukan hartawan mampu menyenangkan dia
aku bukan lelaki kacak untuk tatapannya
janji kami berdua telah pun diungkap
cukuplah kami sekadar teman biasa
aku mengerti maksudnya namun...
bagaimana harus daku melupakan dia begitu
kerana dia begitu dekat dengan ku
banyak perkara aku menjadi rujukan dan panduannya
walaupun dia telah pun mengungkap bahawa ada lelaki lain dalam dirinya
sedaya upaya aku ingin melupakan perasaan aku padanya
tetapi semuanya gagal...
adakah ini semua mengambil masa untuk ku...?

perlahan-lahan ku cuba membuka hati ku kepada insan lain
adakah selama ini aku menutup perasaan itu..?
aku rasakan tidak kerana sudah menjadi sifat aku
hanya setia pada yang stau apabila berbicara soal cinta
tiada tambahan mahupun sampingan bagi diri aku
jika itu minat ku, maka dialah saja dalam jiwa aku
aku mengharapkan Tuhan dapat menemukan aku dengan insan yang mampu memahami aku seadanya
supaya tidak lagi rasa kecewa dan sakit hati
terpaksa menjadi hati orang lain daripada menjaga hati sendiri
sesungguhnya... aku amat cemburui akan sahabat-sahabat ku yang lain
yang kini sudah pun menjalin hubungan setia yang sah
dan sudah pun punyai keluarga yang bahagia dan gembira
Ya Allah Ya Tuhan ku...
berikan daku kekuatan akan semua ini
hanya pada Mu daku berserah
agar jiwa ku ini tiada lagi perasaan duka dan lara
terima kasih Tuhan!

wassalam...

Tuesday, February 21, 2012

tahniah lan & farah...

assalamualaikum...

                         sepatutnya entri nih dh lama aku buat. tp dok tangguh-tangguh, ari nih baru dok buat. tu kebetulan tgh takda keja kan. so, menaip lah keja aku buat masa nih. ok, ari nih aku nk review sikit majlis perkahwinan seorang sahabat baik aku, azlan abd rahman. sahabat aku sama-sama study di usm dulu. kini menjadi lecturer sepenuh masa di uitm merbok, kedah. kiranya dekat la dengan aku. sebelum dia kawin, kami dua selalu kuar pi lepak skali. main bowling, tengok wayang, kuar makan-makan... kekadang tu azmil & family dia pn join skali. tp byk kami dua la. yelah, wife dia a.k.a farah dok study master kt usm ( kini dh grad pn ), aku pulak memang takda gilfriend kan, makan slalu lah kami berdating berdua, hahaha...


                              pertemuan lan ngan farah nih, kalau tak salah aku la yg penah di ceritakan kepada aku adalah semasa sama-sama buat master di school masscom di usm. tak pasti lak masa tu farah tgh buat master atau degree lagi. sebabnya farah nih lebih muda dari lan. yelah, lan sekarang dh jadi pensyarah hampir setahun, manakala farah lak baru ja grad master. aku pun tak tau macam depa bleh tetiba tegur menegur nih. tp yg pastinya kt school masscom la. tambahan lak lan nih jenis peramah sikit, tak mcm aku, hahaha... so, bila malam-malam aku kuar dengan lan nih, farah tau la dia kuar dengan sapa kan. dan sah-sah la farah tak syak apa-apa sebab kuar dengan aku nih. aku nih bukan jenis kuar dengan perempuan skali ka apa kan.. xtau la apa yg lan citer kt farah bab aku nih. sebab bila dia tau lan kuar dgn aku, dia akan sampaikan salam kt aku sama. maksudnya, dia percayalah kt aku ngan lan. kami nih bukan jenis gelong-gelong kan, hehehe... 

                                  dijadikan cerita, lan ckap nak kawin. pada tahun nih pada tarikh hari jadi dia. aku kata ok la. so, masa majlis akad nikah di alor mengkudu, lan nih tak menggalakkan kawan-kawan dia ikut sekali. dia cakap takut kawan-kawan dia gelak kt dia la, apara.. hahaha.. dan lagi satu yg dia takut adalah takut bacaan taklik selepas akad nikah tu dalam tulisan jawi, hahahaha... aku ckap kt dia, tak yah risau. kt kedah nih semua dalam tulisan rumi. tak kan tok kadi nk menyusahkan org nk berkahwin lak kan, heheh... so, ari yg ditunggu pun tiba. aku tnggu dia di R&R dataran gurun. sebab dia ngan family dia akan dtg dr penang. byk biji jugak la keta yg follow dia nih. kalau tak salah aku dalam 7-8 biji keta gak la. di dataran gurun, lepas depa semua makan terus gerak ke masjid alor mengkudu. masa tu dalam pukul 11.30 dah mcm tu. lan cakap 12.30 akad nikah. masalahnya, adik beradik dia semua lepas depan dah. dia ja dok belakang. aku follow dia. kereta pn banyak sgt, so susah sikit nk potong keta nih. so, aku call dia utk blok jalan bg dia gerak dlu. yelah, lewat sampai nnt jadi kelam kabut lak kan. aku bg ja signal, terus dia masuk depan aku dan memecut laju ke tol alor setar selatan. disitu kami kumpul balik semua kereta. then terus gerak ke destinasi utama. smpi ja simpang ke alor mengkudu, jalan jem. rupanya jambatan yg depa buat utk laluan keretapi elektrik tu dh jadi satu laluan. keta lak byk, jadi jem la. dalam dok slow-slow pn, aku terasa keta aku kena sodok dari belakang. hadoiii... geram gak ni. tgh jem tu, aku bg signal parking tepi jalan. keta belakang aku pn turut sama buat. aku turun dgn perasaan yg tak puas ati gak. terus aku tgk keta aku, hanya calar sket ja bumper belakang. tu pun bahagian bawah kereta. skali kuar brader yg mcm mamak nih nek keta proton wira datang bg salam kt aku. dia cakap dia minta maaf. aku pn malas nk panjang2 cerita sebab keta aku tak ada apa sgt berbanding dgn dia bonet depan dia. nampak lekuk dalam jaaa... dalam pk, biar betul, keta aku relax ja, keta dia yg teruk nih. mmg kena ketuk blk then cat balik la. dia tanya aku keta aku mcm mana dan minta maaf. aku kata ok ja. aku tnya dia blk, dia cakap keta dia tak ada apa walaupn ada lekuk. maybe dia tau salah kot, sebab tu buat mcm x kesah ja pd keta dia. then, kami bersalam terus blahh... 


                             sampai di masjid alor mengkudu, kami semua tunggu pengantin perempuan datang. termasuk jurufoto member lan yg dia booking. so, pakat try la snap pic di dalam masjid utk dpt pengcahayaan terbaik apabila snap nanti. masa yg ditunggu telah tiba, tok kadi hadir bersama saksi-saksi. pengantin perempuan juga dtg satu keta, maybe saudara terdekat kot. ayah dia tak mai sebab kenduri adalah pada masa yg sama. maknanya, ayah dia dh pi jumpa kadi dh tu utk berikan kebenaran. sepanjang majlis berlangsung, kelihatan wajah lan tersenyum saja. tak tau pasal apa, rasanya nk tutup rasa takut & gementar tu, hahaha... mcm besa, lan nih jenis ringan tulang. ada saja benda dia nk uruskan. mana-mana majlis pn, dia la org yg paling kalut skali setup setting apa semua. so, dh tau dia mcm nih, aku pesan kt dia supaya suh banyak-banyak relax.. hahahaha...


                                salah satu part yg buat aku nk gelak adalah apabila sesi bergambar selepas selesai apa semua majlis akad nikah nih. masa nih, semua org dok ambik pic dia ngan farah. ada yg buat video, ada yg suh pose macam-macam. ada satu part tu, lan tetiba jadi mcm tak berapa betul sikit otak bila selepas farah cium tangan dia utk pose, dia kejap pegang bunga, kejap pegang duit mas kawin, kejap pusing kiri kanan. dia jadi mcm kelam kabut sikit. sume org tersenyum, sampai la suh dia relax sikit sambil dituruti ejal yg menjadi pengapit dia, hahahaa... maybe rasa gementar tu tak abis lagi kot, ekekeke... apa2 pun, dgn sekali lafaz farah sah menjadi isterinya yg sah. alhamdulillah... aku terasa bangga seketika bila seorang sahabat aku selamat melangkah ke alam baru. semoga kalian berdua kekal bahgia sampai akhir hayat, amin...


                               majlis kenduri di pihak perempuan aku tak join sebab aku ada kenduri di kampung yg perlu aku hadir. so, di pihak lelaki, mmg kena pi la. sebab ramai member turun penang kan. tak tau la mcm mana aku setting, boleh lak aku terlambat pi sana, huhhu... sebab lan cakap pengantin sampai lepas zuhur. jadi aku lak yg kelam kabut, huhu... kes singgah di sg petani yg buat aku terlambat. berkejaran aku di atas highway supaya sempat sampai awal. ketika aku smpi, rombongan pengantin lelaki baru saja sampai. lepas dpt parking, aku terus ke khemah kenduri. rupanya, pengantin dh masuk ke dalam dewan dh untuk sesi bersanding. aku terus ke sana. mak aii.. punya ramai org.yg ramai itu adalah anak didik dia uitm tuuu, hahaha.. patut la dia cakap student dia ramai yg kamcing ngan dia. brapa pnya byk geng dok snap pic ngan pengantin. sakan sungguhhhh....


                                antara yg hadir ari tu adalah amy, ecah & family, ala, kak chik, syu, naim, amin, syed, brader cafe dan lain-lain lagi. nih kira geng bakti la.. ada lagi yg smpai awal, tp maybe berkejaran masa kot, so x dpt la aku nk jmpa depa. antarayg aku tau hadir awal adalah fidah, azmil & family, puan eza & family. yg len-len tak pasti lak sapa yg datang kan...




                               kat atas nih adalah gambar aku yg di ambil oleh naim. yg aku pegang itu adalah frame hadiah utk lan sempena majlis dia nih. aku tak tau nk bagi apa sebenarnya. namun, semua rakan-rakan yg rapat dengan aku banyak aku kasi hadiah frame nih la. bg aku frame nih utk digantung dan dipaparkan. slalunya kt dinding umah la kan. bila hari-hari pandang frame nih, mesti dia akan teringat juga pada kawan-kawan yg len kan. sebab kt frame nih aku just letakkan pic waktu-waktu hepy dengan rakan-rakan yg lain. semasa aku bg frame nih pun aku terasa sedih gak sebab lepas nih aku tak ada org nk teman aku men bowling, tgk wayang. sampai la lan cakap kt aku depan farah, " farah dh bg izin, nnt kita dua boleh tgk wayang lagi. time kita tgk wayang nnt aku hantar farah balik kampung la..." ujar lan yg turut sama disetujui oleh farah, huhuhuh.. sedih dengar ayat lan walaupn nada tu nada gelak tawa dan bergurau. hahahah.. aku kena terima kenyataan bahawa lan kini sudah masuk peringkat lain yg harus dia berikan tumpuan 100%. dia sudah punyai tanggungjawab yg harus di pikul. aku..? kena cepat-cepat la kawin, baru ada org mau teman kan lepas nih, hahaha... oklah, setakat itu sahaja review aku mengenai majlis lan. semoga mereka beroleh kebahgian sampai akhir hayat. aku mendoakan mereka cepat-cepat dapat baby nnt, hehehe....


wassalam...

Tuesday, February 7, 2012

aku & cinta...

as salam...

                      hari nih entri aku xda la citer sgt bab program-program aku tu. tapi just sesi meluahkan rasa. aku rasa aku dh luahkan rasa aku pada org yg aku percaya. sekurang-kurangnya disini tempat aku curahkan segala pandangan serta apa yg aku rasa. aku akui di fb ada la org highlightkan pasal tempat untuk meluah rasa ni. org ckp, jangan luahkan di fb, twitter mahupun blog. tapi luahkanlah pada Allah yg satu. aku sgt setuju dengan nasihat itu. aku telah pun meluahkan kepada-Nya. semoga Dia memberikan daku petunjuk & jalan yg terbaik untuk aku ini...

                       sehari dua nih terasa sedikit kurang hepy dalam jiwa aku. yelah, setiap org ada keinginan serta idamkan apa yg dimahukan. sama jugak seperti aku, mahukan sesuatu untuk menjadi hak milik aku yg kekal & sah. namun, bukan semua yg kita impikan itu menjadi kenyataan. kerna Dia telah pun menetapkan apa yg terbaik utk kita. apa yg aku ingin sampaikan disini ilah berkenaan hati & perasaan, atau dalam bahasa mudahnya cinta. semua org ingin dicintai dan mencintai. kerna itu adalah sifat semulajadi yg Tuhan berikan kepada setiap umat-Nya. aku jugak tidak terlepas daripada cinta ini. sebenarnya, aku sgt cemburu dgn orang-orang disekeliling ku yang sedang dan sudah pun memiliki cinta mereka. betapa indahnya bila kasih & sayang tu ada tempat untuk mereka curahkan. tidak macam aku, langsung tiada tempat untuk aku berikan rasa itu. mungkin, bukan masanya lagi kan.. semua tu ada sebabnya...



                        seumur hidup aku, aku hanya pernah bercouple skali sahaja. itu pun dalam tempoh 2 bulan saja. itu pun seorang di penang, seorang lagi di kelantan. aduhhh... betapa pilunya bila kali pertama aku break. sgt-sgt frust sebab ini adalah perkara pertama yg tidak pernah aku sendiri alami. peritnya hanya Tuhan yg tahu. pantai queensbay menjadi tempat aku termenung seorang diri tanpa ku ajak teman-teman belajar ku menemani ku.. saat itu, aku keliru dan tidak mengerti. apakah salahku hingga ku diperlakukan sebegitu. alasan yg diberikan ialah tiada keserasian. mungkin ya, mungkin tidak. akhirnya, org yg pernah aku couple itu kini sedang bercouple dgn rakan baik aku... tika itu, terasa jiwa aku dipanah petir kekecewaan. namun, tidak sesekali ku pamerkan kekecewaan ku di depan rakan-rakan ku yg lain. kerna aku bukanlah jenis bercerita kepada mereka akan kisah cintaku. ku lalui hari-hari mendatang dengan tabah demi menutup kekecewaan aku. 

                          percintaan kali kedua ku sangka akan menjadi, akhirnya tidak. ketika ini aku bekerja di ibu kota kuala lumpur. rupanya, dalam diam kami masing-masing menaruh perasaan. namun, mungkin silapku ketika itu menyatakan dia akan menggantikan cinta pertam aku itu seandainya cinta pertama ketepikan aku. rupanya, dia menyimpan dendam padaku keran menjadi kan dia galang gantinya, bukan kerana hati yg ikhlas. namun, dia bijak untuk membuatkan aku tertarik kepadanya sehinggalah tiba saat itu, dia berterus terang mengapa dia lakukan semua itu. barulah aku mengerti, namun ku cuba jua untuk menyintainya. kami sama-sama membina hubungan ini dengan sebaiknya. namun, tindakan aku yang kekadang melampaui batasan memakan diri ku. kami terus terpisah dek kerana sifat kami yang tidak berjaya kami kawal. aku pasrah kerana dia mungkin bukan untuk ku...

                         perlahan-lahan aku cuba untuk menghampiri kembali cinta pertama ku, namun seakan-akan dia bukan milik ku. akhirnya, kami dikatakan cukup sebagai rakan sahaja biarpun aku juga ada keinginan yang lain. tetapi, di saat itu juga Tuhan temukan aku dengan seseorang yang aku gambarkan insan yang sempurna. orang cantik sentiasa tersenyum. namun, bukan mudah untuk menjentik hatinya yang keras itu. dia terlalu baik dengan ku membuatkan aku sangat mudah jatuh hati padanya. biarpun dia di awal-awal lagi sudah berterus terang akan jangan jatuh hati padanya, tetapi jiwa aku tetap berdegil mahukan dia juga. namun, akhirnya aku yang sendiri kecewa apabila dia menyatakan dia sudah pun membuat pilihan itu, bahawa ianya bukan aku. kecewa itu memang sudah terasa, namun ku cuba sembunyi nya. namun, dapat juga dihidu... kini, kesedihan mula merapati aku selagi aku belum mendapat pengganti. aku cuba sedaya upaya untuk gembira. alhamdulillah, ku punyai keluarga & rakan-rakan disekeliling ku yang mampu membuatkan aku terus gembira. 

                            buat dia, aku sentiasa mengharapkan doa ku seharian dapat Tuhan berikan daku petunjuk agar aku tidak terus kecewa & bersedih. usah risau, kerana aku bukanlah manusia yg kejam yg sentiasa mendesak org lain untuk mencintai aku. aku percaya pada-Nya.. aku serahkan segalanya kepada-Nya. supaya aku dipertemukan insan yang mampu memahami serta menjaga aku seperti mana aku mahu menjaganya. semoga doa-doa aku Tuhan makbulkan, amin... tiada gunanya terus bersedih kerna dengan bersedih ini tidak akan selesaikan segala masalah aku ini kan.. terima kasih Tuhan!

wassalam...