Friday, May 20, 2011

happy convocation day Arnida Arshad & Aisyah Arshad

as salam...

entry kali nih tiada apa sgt catatan ku. sekadar mahu mengucapkan tahniah kpd adik angkat aku sewaktu zaman sek men dlu yg bru-bru nih konvo diploma di uitm seri iskandar. alhamdulillah, konvo jugak dia bersama adik dia yg turut sama konvo. mesti tertanya kan, mcm mana lak adik dia leh konvo skali ngan dia. panjang cerita dia... pendekkan..? nnt mai jumpa aku, aku citer mcm mana nnt,hahahaa...

pertamanya sekalung tahniah dari ku buat Arnida Arshad dan Aisyah Arshad krn berjaya juga akhirnya menggenggam segulung diploma dlm bidang perancangan bandar & wilayah nih. syukurlah, akhirnya dpt juga depa perolehi bnda yg depa dh lama nak kan. wajah kegembiraan serta keceriaan jelas terpancar di wajah masing-masing termasuk familynya skali. seronok tengok bila bnda yang gembira ini diraikan bersama keluarga sndiri kan. orang cakap, salah satu bnda yg paling gembira dalam hidup adalah apabila konvo la selain hari perkahwinan, hari jadi, hari naik pangkat dan lain-lain lagi,hehhe...
selain daripada family dia yg sertai konvo ini, adalah aku ngan ieta.. mesti tertanya kan mcm mana kami dua leh join skali. aku ni kan abg angkat kpd Arnida nih, maka haruslah ada kan. ieta nih lak kawan baik kpd Arnida nih. kirannya dh nampak mcm anak angkat mak Arnida nih dah. memang depa semua nih rapat sangat. dari dulu lagi rapat, tapi ada la satu masa tu memasing membawa haluan sendiri. xtau la pasai apa. semuanya sepi terus... org tgh yg menyatukan kembali balik nih adalah aku la. yelah, dh aku pn rapat dan mesra dgn kedua-dua pihak nih. takkan la aku nk tgk sj kan.. so, alhamdulillah, kini depa kembali seperti dulu, aminnn...

berbalik kpd konvo nih. memang Arnida nih dh maklum dh kat aku yang dia akan konvo pd 14/5/2011 di uitm seri iskandar, perak. aku cakap insyaAllah aku pi jika xda aral nih. dok belek2 kalendar tu, rasanya mmg aku boleh pi la. dok set ngan ieta ni la. yelah, klu pi sorang segan la aku. lagi pn aku pi blk ari dr gurun nih. adjust pnya adjust, ieta kata ok. ok la tuuu.. masalah aku satu lagi adalah bab plan nk ke sana. yelah, aku nih mana la reti sgt jalan kt perak tuh. seminggu jugak la aku study google map kt tenet tu. last2 paham gak aku plan dia... ari yg ditunggu, aku gerak dr gurun kul 7 lebih mcm tu la terus ke tanjung malim. yelah, ieta dok sana sbb dia keja kt upsi. tekan2 pnya tekan, kul 10 aku kt R&R simpang pulai. maksudnya lagi sejam mcm tu la nk smpi tanjung malim. aku lepak jap minum air. tup2 ieta call ckp Arnida kena masuk awal dlm kul 12 mcm tu sbb ada taklimat apa ntah. yelah, plan asalnya kul 1 lebih, gerak skali kan.. pastu ja, aku trus gerak ke tanjung malim, ambik ieta.. then trus ja gerak ke seri iskandar. kami singgah jap kat hentian rehat sebelah slim river sbb aku nk tukar baju. time tu jugak la aku ngan ieta dok sign kt pic besar berserta frame nih sbg hadiah utk yg konvo nih. bayangkan pic depa yg saiz 11R yg di edit, maksudnya satu frame tu byk pic depa,huhuuh.. meriah tuuu...
settel ja semua, kami terus gerak ke seri iskandar melalui tol gopeng. sbb dlm map, itu ja yg paling dekat pn. aku prepare siap dgn pelan yg aku lukis la, gps la, apa la.. last2 senang ja nk ke sana sbb spanjang jln ada signboard dia,hhuhu... kul 1 lebih kami sampai kt uitm tu. xda la susah sgt kan nk ke sana. rupanya2 depa dh masuk dewan, tinggal la kami dua kt luar tu. pehhhh.. panas siot kt situ. dgn kawasan luas, pokok2 la blum besar2 lagi. mmg panas arr. 'berdating' la kami dua kt situ pnya lama smpai kul 4 lebih, hampir pukul 5 bru depa kuar. nasib baik la time tu teduh sket. apa lagi, time nih la bergambar sakan depa,huhhu... settel apa semua, ingt aku nk gerak blk la sbb ari tu aku keja ptg. dok bajet lepas maghib leh la smpai. skali mak Arnida nih ajak pi lepak2, rehat2 kt umah sewa Aisyah nih yg berdekatan dgn uitm tuu.. apa lagi, dok sana sembang sakan la. siap mkn skali lagi. last2 kul 9.30 bru aku gerak blk. tp ieta aku x hntar la sbb dia minta kawan dia tlg ambik kan dia. yelah, sbb dia kesian kt aku kan nk blk ke gurun lak. pastu aku trus blk ke gurun dan aku smpai kt umah dlm 11.30 mcm tu la. pehhh, laju gak la kan aku tekan nih. dlm 2 jam aku dh smpi kt umah dh. yelah, mlm kan, tu yg sakan leh tekan. klu siang mau kena speedtrap aku,hohohho...
apa2 pn, aku gembira gak dpt raikan mereka sewaktu konvo depa nih. benda yg paling buat aku hepy adalah saat2 aku bersama ieta la,lalalalala.... heheh... saat bila Arnida & Aisyah dok ushar lama pada hadiah yg aku bg tu. hadiah pic depa tu... yelah, semua pic tu aku ambik dr fb kan,huhuhu... antara moment yg buat aku gembira sgt,hehehe... lagi skali tahniah kpd Arnida & Aisyah. semoga kalian berjaya dan terus berjaya di masa hadapan, aminnn...!~

wassalam...!~