As salam...
nampak kan muka semuanya ceria & hepy. hah! nih la baru dikatakan hepy kan, hehehe... nih semua pic kami semasa pi bersantai di swiss garden resort, lumut, perak. memang nk datang ke sini bukanlah plan yg telah pun dirancang awal, semuanya agak on the spot. terutamanya aku la, heheeh... tiba-tiba ja org kat bawah nih iaitu eta ajak aku datang ke lumut nih. mulanya dia suh pi kt dia di tanjung malim, skali dia ajak ronda2 perak. selepas di survey, aku ckp la tmpat-tempat yg menarik di perak termasuk la safari night, hot spring sungkai, gua tempurung, kelly castle, pulau pangkor. pastu dia cakap nak pi tempat yg santai dan bermalam di sana. aku pelik gak la.. so, dia cakap tak mau nak bot, suh dia minta aku survey pantai di lumut. yang aku dapat hanyalah teluk batik ngan teluk rubiah. hanya no fon chalet di teluk batik saja aku dapat, so pass la kat dia. semasa tu aku dh on the way ke perak la sambil menumpangkan areff ngan brahim. mulanya ingat hanya kami bertiga ( aku, eta ngan adik a.k.a aisyah ) saja, pastu depa suh aku ajak areff ngan brahim skali...
so, aku ajak la areff ngan brahim.. depa nih berbelah bagi sebenarnya sebab projek depa tak siap lagi bahagian design nih. pastu apa apabila di ajak oleh eta ngan adik, maka depa pun join la skali. so, plan asal aku nak hantar areff ngan brahim balik ke uitm tak jadi, sebab aku terus ke tanjung malim untuk ambik eta terus. sampai di tanjung malim hampir kul 3 jugak la, semasa itu eta ngan member dia berada di rawang. maka, menanti la kami di depan bangunan kedai di upsi sampai tertido dalam kereta. sehinggalah hujan turun, memang layan la tido kan, hahaha...hampir kul 5 petang, baru la eta smpai. terus ambik beg dia dan kami terus gerak ke seri iskandar dulu sebab nak ambik adik. smpai uitm, kami hantar areff ngan brahim utk hantar dulu beg-beg depa yang banyak tu. then terus gerak ke lumut....
on the way ke sana, eta ni berkali-kali comfirm ngan chalet yang di booking tu untuk sampai lewat. sekali adik suggestkan kami ke swiss garden sebab disana lagi best katanya. aku nih memang tak tau sangat la sebab aku tak pernah sampai. masing-maisng dok konpius dengan jalan situ, yelah.. time tu dah senja kan. so, peta yang aku bawa tu sebenarnya tak membantu pun. jadi, aku pakai la gps aku kat handphone tu... akhirnya dapatlah mapnya sampaikan terpaksa melalui kawasan pasar malam yg ditutup jalannya ketika itu, huhhuhuh...
memang jauh jugak la sebab pukul 8 malam kami masih lagi mencari kawasan ke tempat itu. akhirnya jumpa jga jalannya dari jalan utama. so, sekarang ini adalah jalan yang memang menuju ke swiss garden sahaja. sekali melalui kawasan hutan yang sangat gelap. dah la tak banyak kenderaan, memang dalam hutan sungguh la, huhuhh.. akhirnya handphone aku terpadam disebabkan baterinya yg habis. dipendekkan cerita kami terus register di kaunter, dan terus menginap di bilik hotel. nasib baik ada gak bili, hehehe... sesudha mandi apa semua, kami semua plan akan turun makan jam 9.30 malam. skali trun, banyak makanan western. rupanya time tu malam tahun baru, maka byk menu ditukarkan utk meraikannya. dah la tak banyak pilihan, akhirnya kami pilih utk makan di bilik sahaja, makanan yg di order dari bilik. so, melepaklah kami satu bilik sambil dok buat keja yang tertangguh. aku ngan eta dok edit pic utk projek keja eta di tmpat keja tu, adik pulak dok study final exam sambil layan facebook, hahaha.. manakala areff & brahim lak dok layan game chelsea yg kalah tu la, ekekek...
keesokkanya, program kami pagi-pagi adalah bersarapan di tmpat makan. mak aaiiihhh, pnya ramai orang. nasib baik ada gak port utk kami makan. menu yang kami layan pn hanyalah nasi lemak ja.. selesai makan, kami terus ke pantai. disitu apa lagi, berposing sakan la depa. maklumlah, free snap, hahha... smpi pukul 11 lebih, kami semua dh gerak naik dh sebab check out pukul 12... smpi dibilik eta cakap kul 1.30 check out, hotel bagi can. aku time tu dok ushar-ushar balik pic di dlsr aku tu, terus tertido bertemankan kamera nikon aku, heheh.. sedar-sedar dah pukul 1.30, terus aku bangun mandi ngan solat siap. selepas kemas barang,a ku dok tnggu nk blah dh, skali adik call aku... "abg din, mai bilik sat. kak eta jadi apa ntah, adik kejut tak bangun pun...". aku pun cuak jgak, diantara nk percaya atau tidak, terus aku ke bilik depa smbil dok galas bes semua. skali depa buat surprise besday utk aku... tersenyum aku seketika, hahahaha... rupanya depa buat siap-siap sebab tak tau bila lagi dapat celebrate sebab besday aku 12hb tu, jatuh pada hari kerja. memang tak dapat arr kan.. so, aku terharu pn ada, hepy sangat pn ada sebab diraikan oleh adik-adik aku ni, huhhuhu...
selepas makan ja, kami terus gerak balik. namun, singgah sekejap di marina cove resort, area jetty tu.. tempat asalnya penginapan kami. nasib baik tak pi, sebab penginapan dia kat situ memang tak best, huhuhuh... kami lepak sat area situ sambil bergambar. best... cuaca redup dgn angin laut buat kami semua rasa selesa. kat sini pakat berposing sakan la kan sebab view dia menarik jgak... nk tgk pic lagi sila ushar facebook aku...
selepas itu, kami semua bergerak balik ke seri iskandar untuk hantar areff, brahim & adik. selepas itu tinggallah aku ngan eta ja on the way ke tanjung malin untuk hantar eta balik. rupanya dia tnggal sorang ja malam tu, sebab yang lain semua balik kg. esok tu baru depa sume balik semula. perjalanan dari seri iskandar ke tanjung malim aku rasa dekat sangat. yelah, tengah seronok bersembang ngan eta kan... namun, percutian kami ke lumut tetap memberikan aku sedikit perasaan gembira & hepy. aku rasa tenang sangat setelah melalui hari-hari yang kurang best. aku ngan eta sebelum tu ada sedikit salah faham disebabkan mistakes aku tuu.. namun, plan yg dirancang oleh eta berjaya menyelesaikan kembali kemelut antara kami, wahhh.. dh macam drama dh nih, hahahaa... alhamdulillah, semua kembali normal dan aku gembira kerana keakraban antara kami semua ibarat satu family telah buatkan aku lebih menghargai mereka. aku sayangkan family aku ini.. aku tak dapat bayangkan kalau salah seorang daripada kami semua berpisah,. mesti tak best kan...
kesimpulannya, kami semua pulang dengan perasaan yang sgt gembira dan bahgia. selepas aku hantar eta dalam pukul 9 lebih di tanjung malim, aku terus pulang ke kampung walaupn asalnya aku nak ke kuala lumpur. setelah ada beberapa perkara yg berlaku di kl, aku rasa aku nk balik kampung terus la. drive time malam mmg layan. aku tekan minyak sungguh. dalam masa 3 jam aku dah smpi pun rumah aku. terima kasih Tuhan atas kurniaan kegembiraan buat aku serta kami semua yang sertai. juga thanks kepada eta yang bersusah payah plan & menanggung kos penginapan kami semua. semoga Tuhan membalas jasa mu eta, terima kasih...!~
sekian, wassalam...