Wednesday, March 23, 2011

oprah memang terbaek!~

as salam...

semalam aku balik kerja dalam 11.30 malam mcm tu. so, aku singgah jap kt dangau kt kg aku nih. dangau yg menjadi port lepak member ramai-ramai ni. dangau nih len sket, ada tv, dvd player, speaker besar, kipas angin, port dok layan facebook ( broadband masing-masing arr.. ) dan lain-lain lagi. dan hak milik dangau nih sudah tentu la tuan punya tanah yakni anuar ien. dan kt sini juga makanan x pernah kata tak ada. memang sentiasa ada makanan punya. ok2, balik kpd cerita asal nih,huhhuhu... so, aku singgah jap kasi hantar itu makanan lebih dr tempat kerja aku iaitu ayam percik ngan kuih samosa serta apom gula hangus. tup2, ada 2 org ja iaitu anuar ien ngan mat tok derani nih. pehhh.. makanan
banyak nih,huhuh...

so, lepas ja aku letak makanan kt situ, layan la sat tv kat sana sambil-sambil dok sembang. dalam kul 1.30, aku gerak balik umah. sampai umah, aku bersih-bersih badan dan solat isyak. then aku layan arr tv lak sebelum mata ini terlelap dengan sendirinya... aku buka channel astro axn, xda cite yang best. channel seterusnya astro diva 702. seingat aku la, dulu bukan nama astro diva. bial dia tukar pun xtau la. so, ada la citer 'Oprah Winfrey Show'. cerita yg akan mengotakan segala permintaan orang. yelah, oprah nih kan popular. so, dia nk panggil artis mana-mana pun, memang tak ada hal la. artikel yg terbaru aku baca, pendapatan dia bg tahun 2010 adalah sebanyak rm10 million!!!! pehhh... kaya tu. patut la dia mampu tunaikan segala impian orang nih.

time aku dok layan tu, dia tgh menunaikan satu harapan yg sangat
best kepada semua bakal pengantin perempuan nih. ada la dalam 30-40 orang yang mungkin akan kahwin tak lama lagi, diberikan pelbagai hadiah yg menarik. mulanya, tokey baju pengantin tu nk sponsor baju pengantin kepada semua bakal pengantin nih. pastu kasi kejutan lagi dia bagi lagi pakaian sewaktu berbulan madu. ada la dalam 3 jenis.. dok sat, oprah umum lagi setiap bakal pengantin tu akan menerima $250 baucher bg belian barangan terpilih di butik pengantin hebat tersebut. nk kasi hebat lagi, penginapan percuma berbulan madu kt hotel Marriot di US, Puerta Rico, Itali dan lain-lain lagi la.. dia kasi lagi kecoh bila pengangkutan ke sana lak ditanggung beres oleh Amerika Airlines... pehhh.. memang sakan la pengantin nih dapat berbulan madu nanti. dapat dilihat air mata gembira bakal pengantin mula mengalir di setiap orang. wahhh.. org bagi hadiah kan.

segmen seterusnya pula aku tengok sedutan video bagaimana seorang ibu memelihara anak lelakinya serta 2 lagi orang perempuan anak angkat selepas kematian suaminya. sememangnya dia seornag yg tabah kerana tiada satu pun harta yg ditinggalkan oleh suaminya serta dia serta anak-anaknya terpaksa merempat merata-rata termasuk melakukan 3 kerja dalam satu hari demi memelihara anak-anaknya. dia juga terpaksa menanggung pinjaman pendidikan untuk anak-anaknya ke kolej sebanyak $78,000. bagusnya anak lelaki nya itu kini seorang baru menjadi doktor. dan dia juga mengharapkan agar satu masa nanti dia dapat bercuti bersama anak-anaknya ke itali, sebuah negara yang ingin sangat dia lawati... melihatkan situasi itu, aku sendiri rasa tersentuh dengan kecekalan seorang ibu demi menjaga ketiga-tiga anak-anaknya. namun, dia di undang ke Oprah Winfrey Show untuk diberikan sesuatu yang sangat bermakna pada dirinya sedangan sebelum itu penerbit rancangan tersebut berbohong padanya untuk temubual sahaja. dengan selamba, oprah umumkan bahawa dia boleh lupakan pinjaman $78,000 itu kerana oprah sendiri akan langsaikannya. lihatlah bagaimana wajahnya ketika di umumkan perkara ini. dia sendiri berkata hutang itu akan habis apabila umurnya cukup 93 tahun. dan yang lebih manis lagi bila oprah umumkan bahawa dia serta anak-anaknya akan ke itali, negara yg sangat ingin dia lawati yang ditaja oleh hotel marriot serta america airlines... sangat terharu ketika diumumkan ini. semuanya berpelukan gembira & syukur. serta pengumuman yang lebih manis bila oprah nyatakan bahawa dia akan bercuti selama setahun dan gajinya akan dibayar sendiri oleh oprah selama setahun. pehhhhh... aku pun mau kalau mcm tu, sapa tak mau kan... time nih jugak lah air mata aku menitis. sangat terharu beb...

aku salute oprah sebab dia tahun dimana nak gunakan kelebihan diri serta kekayaannya.. dia gunakan kelebihan diri untuk mendapatkan penajaan yg bernilai dan kekayaan nya itu dikongsi bersama dengan orang yang kurang berkemampuan. aku sangat terharu dengan apa yg dia buat untuk pastikan semua orang tersenyum & gembira... aku juga terfikir, jika satu hari nanti aku di tempat seperti dia, adakah aku mampu lakukan apa yg dia lakukan kini...? aku termenung seketika...

Monday, March 21, 2011

selamat pengantin baru pak lah, chaq & chiq serta yatie. selamat bertunang qsiah!~

as salam...

catatan kali ini adalah sekadar mahu mengucapkan ucapan selamat berbahagia kpd teman-teman, rakan-rakan yg rapat seketika dulu hingga kini. hmm.. cuti sekolah 1 minggu bru abis. sat sungguh masa berlalu. mana tak nya, semua hari cuti sebok dgn kenduri kendara. tak pi pun tak boleh gak, dh org jemput kan. kena pi gak,huhuh... ok2, akan ku ceritakan sedikit sebanyak kenduri kendara yg sempat aku pi.. bagi aku, mereka yg ku raikan bersama ini adalah insan yg terbaek diantara terbaek dlm hidup aku. sebab tu aku sgt respek depa nih...

mula2 skali aku nk ucapkan selamat pengantin baru buat sahabat paling rapat aku, pak lah atau nama official nya Mohd Abdullah Ramli. Alhamdulillah, sekali lafaz pd tanggal 11 mac 2011 depa dua sah menjadi suami isteri. aku tersenyum pabila melihat senyuman pak lah & air mata kegembiraan mak dia. sbb pak lah nih anak sulung, segalanya terletak padanya. aku kenal pak lah, aku kenai mak dia, tok dia dan juga adik2 dia.. tp bila aku lihat air mata mak dia, aku terdiam... bahawa air mata itu akan menjadikan pak lah nnt berada di rumah yg lain. tapi itulah doa setiap ibu kan. setiap apa yg berlaku pd anaknya diharapkan menjadi terbaek & lancar serta di redhai.. hari sabtu kenduri di umah pengantin pompuan, sgt meriah... begitu juga kenduri di umah pihak lelaki. sgt meriah. kelihatan ramai teman-teman lama hadir ke majlis pak lah. dapat juga bertemu kan.. termasuk cikgu2 & bekas warden2... apa2 pun, aku doakan mereka berdua dpt menjalani kehidupan berkeluarga dgn lancar, aman, bahgia serta dipenuhi dgn cinta & kasih syg. dan cepat2 kasi aku anak menakan,huhuh...

juga aku nk ucapkan tahniah dan selamat penganin baru kpd junior aku yg agak rapat sewaktu di sekolah dlu. yatie sa'ayah a.k.a nurhayati sa'ayah di umah nya di kg siam, pokok tai. alhamdulillah, sorang lagi adik aku
sudah pun di ijabkabulkan dgn pasangannya zamri. semoga depa dua juga beroleh kebahgiaan berterusan serta dilimpahi dgn kasih syg yg berpanjangan. sempat juga aku bertemu dgn rakan-rakan lama seperti own, awie & tony serta rakan sekelas depa dulu nih..

kenduri lagi satu adalah pasangan kembaq dlm kelas aku sek men dlu. sapa lagi kalau bukan chaq & chiq atau nama benarnya adalah siti salwa mat isa & siti sarah mat isa. alhamdulillah, kedua2 pasangan sgt secocok dan cantik ketika masing2 memakai baju pengantin kaler pink dan biru.. aku ke majlis nih bersama fathil, cikgu naremah, cikgu karim serta di follow oleh pak teh. serta dijoin makan bersama cikgu ayob di umah kenduri pada ari tu.. seronok gak skali skala dok semeja makan nih. byk bnda dok sembang2. tak lama kami di umah kembaq nih sbb berkejaran masa nk ke kenduri pak lah lak selepas itu.. wlaupun sekejap, masa kami sampai kena la time dgn pengantin baru smpai. kt sini juga aku sertakan bersama pic depa. klu nk tgk yg lain2, sila ke fb aku la yer,hehehe.. apa2 pun, tahniah sis2. dh lepas dh satu tahap
kan, hehehe.. kenduri aku nnt jgn lupa mai nooo,hehehe...

lagi satu aku ucapkan juga selamat bertunang kpd sorang lagi sahabat baik aku, khursiah. alhamdulillah, kini sudah pun bergelar tunangan org. jadi, bila jadi tunangan org, tiada siapa lagi boleh masuk meminang beliau. sudah pun diterangkan dgn jelas dalam Islam kan.. apa2 pun,
selamat menempuh alam pertunangan ini dgn sabar, kuat semangat serta curahkan skali skala perasaan cinta & kasih syg. klu bg byk2 skrg, nnt dh kawin x brapa byk dh nk bagi kan,eheheh.. kenduri pun tak lama dh, ok lah tu kan..
bila knduri tu, biarlah tuan punya badan sndiri maklumkan nnt walaupun aku sedia maklum dh tarikh dia,hehehe...

hmmm.. rakan-rakan yg lain dh pun lepas. tinggal aku yg masih lagi kt sini. soalan yg kerap di dengar, " hang lak bila lagi..? " sudah pun malas nk jawab. bukan apa, klu bleh nak time nih jugak. masalah nya calon masih belum ada, pastu lak ekonomi diri masih lagi kelam kabut.. harus stabil dulu tu.. xpa la, sampai masa akan kawin jugak kan klu Dia izinkan, insyaAllah.. yg pasti, aku akan kian sepi & sunyi selepas ini. so, cepat2 la kawin encik ali oii...!~

wassalam...