Tuesday, September 20, 2011

open house family aku 2011 ~ best...

nih aku nk citer pasal open house kt umah aku lak nih, hehehe.. mcm kebiasaan tiap-tiap tahun la, family aku akan buat open house pada raya kedua. sejak dulu lagi family aku dok buat open house nih.. alah.. sekadar seronok utk berkongsi makan dan cerita. sebab semua yg mai tu semua ceria ja, bnda makan kan. bukan suh pi berperang pun, hahahaa...

menu mcm biasa jgak la, cuma tahun nih ada tambahan menu. sebab cheff dr kl a.k.a abg sulung aku blk raya di kg tahun nih. so, byk yg dia sediakan. antara menu yg dia sediakan nih nasi kukus ayam goreng berempah. menu nih dlu aku dok gila sgt makan masa dok kl dlu, huhuhu.. pastu menu len mcm bihun sup, laksa, rendang, ketupat, lemang, satay dll laa.. alhamdulillah, tepat ja pukul 12 tengahari, orang dh mula start mai ke umah aku. antara yg menjadi tumpuan selalu open house nih adalah satay la. so, org yg jaga bab2 satay nih adalah kak jah tok shariff a.k.a mak mat ejas. bila dia yg jaga satay nih, mmg xda harapan la nk minta lebih2 nih, ekekkee... part aku byk backup ja. bhgian muzik raya, tu sume part aku la tu.. guna speaker tok harun trus pecah lagu. speaker lama kot, x support langsung bass.. last2 aku kuar speaker dlm bilik aku nih yg x brapa nk kuat nih. xpa la, janji dengar kan, heheh..

seronoknya open house nih, yang datang tu tak mengira pangkat umur serta fahaman politik. yg tu sebenarnya aku nak sangat. fahaman politik nih cukup la masa pilihanraya ka, part2 len xyah la masuk politik sgt. sebab tu berlaku pecah belah dlm masyarakat. alhamdulillah, kampung aku nih masih lagi dlm kategori yg selamat dr fahaman politik nih walaupun sedia maklum, kt kampung aku nih ada dua fahaman politik yg sangat kuat pengaruhnya. kiranya, penduduk kg aku nih masih lagi menjaga adab bermasyarakat. masakan tidak smpi knduri kawin atau kenduri arwah nih, kedua2 pihak fahaman politik yg berlainan nih masih lagi bleh duduk semeja. aku rasa itu yg pihak lain serta di tempat lain belajar akan adab berpolitik nih. program anak angkat kt kg aku pun disertai oleh kedua2 fahaman politik nih, kan bagus namanya tu...

so, sebab tu kalau open house nih, hampir semua penduduk kg akan turun, dan bleh duduk dalam group dok menyembang sakan. aku bangga dengan penduduk kampung aku nih kerana belum tentu lagi penduduk kg len akan dapat rasa mcm nih kan.. alhamdulillah, majlis open house umah aku nih berjalan lancar dengan kehadiran penduduk kampung, sedara mara serta rakan-rakan yang sudi hadir. semoga tahun-tahun mendatang open house nih akan lebih meriah kerana di sinilah medannya golongan muda serta golongan dewasa serta golongan tua bersatu. nak tengok masa bila lagi ketiga2 golongan nih bersatu, tunggu la time majlis qurban & akikah semasa raya aidiladha nnt. ketiga2 golongan nih akan bersatu padu buat kerja bersama. kampung aku ada, kampung len ada..? hehhee... nantikan pula entri aku selepas nih mengenai majlis reunion ex hostel smk guar chempedak yg julung2 kali diadakan. best gak woo, hehehe...

adios!~




Monday, September 19, 2011

cara aku beraya tahun ini...

alhamdulillah...

aidilfitri kali ini dapat juga aku sambut setelah sebulan aku menyempurnakan puasa di bulan ramadhan. ramadhan kali ini aku agak sibuk dengan kerja di dewan makan asrama. yelah, masa utk pi cari baju raya pun rasa sangat-sangat terhad. baju raya pun aku cari last day puasa sebelum raya, huhuhu...

ok, entri ini aku nk bercerita sikit berkenaan sambutan aidilfitri aku & kawan2 aku tahun nih... secara keseluruhan biasa saja. seperti aku tiap-tiap tahun, kalau time solat, aku mesti nak jgak pakai kain. tidak pakai satu pasang terus baju melayu. ntah la, aku lebih biasa pakai kain ja kot. tp bila solat aidilfitri, ramai kawan-kawan aku pakai satu pasang terus baju melayu berserta samping. wahhh.. semua nampak segak ja, hahha... tp tahun nih solat aidilfitri, ada yang tak dapat solat sama sebab ketidakcukupan tempat utk bersolat. rama jugak la member2 aku tak dapat solat. besa la, penyediaan tempat time raya nih sukar kita nk jangka kehadirannya kan. tapi aku sempat la bersolat nih.. tak apa, nama pun sunat. kalau buat dapat pahala, kalau tak buat tak dapat apa kan, hehehe... selesai ja solat, berhimpun la kami geng-geng muda kampung nih di tepi masjid dok menyembang sambil dok dengar khutbah raya. org time khutbah dok diam, depa balun dok menyembang, haru.. haruu.. selepas ja solat, kami semua kebanyakkan nya pulang dulu ke umah masing-masing. balik bersalam ngan family ka, pekena ketupat lemang dulu ka, apa ka.. then, lepas tu baru kami semua kuar ke rumah anuar ein ( port klu nk start aktiviti apa-apa pun )...

di umah anuar ein, kami sume berkumpul, tak da la ramai pun, dalam 8-9 orang kami sahaja. kiranya nih umah 1st la kami sume beraya kan. 2nd house adalah rumah 'art jepun atau 'art kaboi atau king.. umah dia nun di kg sg rotan sana. klu nak ikutkan memang jauh la, dah dia sendiri yg ajak pi umah dia, so kami sume pun pi la.. benghem'ba la kami semua nih dgn motor masing-masing tanpa pakai helmet, maklumlah, raya kan... polis bg can la kot, ekekek.. yg best nya raya kali nih aku bawa nikon d90 aku la, sekadar penuhi hasrat kawan-kawan yg nak bergambar dgn baju melayu tahun nih... smpi di umah, depa trus shoot laksa umah dia. kiranya yg lewat nih agak xdapat la, kena masak len, huhuhu... tgh dok puluh kabaiq ( dok cerita bohong laaa.. ), smpai lak mat usop ngan atan yg nek keta.. skali dia kuar, nikon d7000 la, pehhh... geram siot, ekeke... sambil sembang sambil makan apa sume, aku plan la kt depa ajak bergambar atas jambatan di bawahnya adalah lebuhraya utara selatan. depa pn kata ok la.. on the way balik, memang kami sume singgah la, siap atan yg mai nek keta parking kt belakang dgn bagi lampu kecemasan keta dia. yg len nih sume pakat dok berbaris siap dengan aku serta mat usop berada di penghadang jambatan bertentangan tmpat member2 aku berdiri nih. apa lagi, terus snap la sampai kan org yg lalu lalang kt jalan tu heran aku dok snap pic depa sume nih. memang riuh gak la.. kt tepi jalan raya tu beb, gempak abis aku shoot kali nih, hahhaha...

settel bergambar kt situ, kami pakat singgah la kt petronas guaq, singgah isi minyak motor apa sume. tp atan ngan mat usop yg mai ngan keta terpisah dh balik dah. so, next destination adalah kaki gunung jerai la, kat kayu yg tertera nama 'gunung jerai' tu.. percaya atau dak, bertahun benda nih dok buat, nih lah 1st time kami sume brgambar, hahha.. bukan apa, pakat dok segan abis. yelah, kat kampung sendiri kan.. tu pun kelam kabut suh aku snap cepat-cepat pic depa, hahaha.. abis ja bergambar, kami bergerak ke umah seterusnya adalah umah zam kalut. dia sana menu dia bukan laksa, tp berasaskan sup. ada mee, bihun serta koe teow... sume siap request lagi, huhhu.. settel umah zam, kami ke umah bedun lak. bedun nih nama org naa.. jgn dok buat tanya lak, hahha... menu dia laksa. settel situ kami pi umah khairul a.k.a umah jat serta pitt salleh.. menu dia sempoi sket, mee kuah kot kalau x salah aku. dok situ lama la sebab menu dia len sket kan... siap dok layan citer kt astro lagi, 'rooney vs drogba'.. lepas makan situ, terus kami balik umah masing-masing la.. bukan apa, sume perut sudah kenyang dh dengan org dok jamu apa sume...

so, raya pertama aku nih memang best gak. walaupun x banyak pic aku aku snap, tapi rasai kemeriahannya. terasa tahun depan nk kena pakai samping gak la, kasi cun sama mcm depa sume gak, hehhee... so, nnt kan entri aku selepas nih pasal open house umah aku di raya kedua. yang tu sket ja kot entri ja.. heheheh...

adios!~

Tuesday, September 13, 2011

aidilfitri 1432 : best raya kali ini...

as salam...

amboi, lama sungguh x taip entri baru nih. maklumlah, bz sket dgn segala hal dunia & akhirat, hehehe... aku tak berniat taip panjang2 entri bg kali ini, maklumlah.. time keja nih agak terhad sket utk taip berjela-jela entri nih. so, kali nih aku just highlight kan sj entri-entri yg bakal aku detail sepanjang jambatan pulau pinang tuuu, hahahha.. semasa aku tulis entri nih, bru reda sket isu 6% cukai yg pihak pembekal telekomunikasi prabayar nk kenakan kepada setiap produk mereka yakni topup prepaid la. memang kecoh gak la... tp dh sikap manusia kan, segala apa yg brlaku mesti nk jugak cari pesalahnya. dalam kes ini adalah kerajaan. besalah, sapa lagi nk disalahkan sedangkan yg buat bnda nih sume adalah pembekal. tanpa meeka, x guna kita handphone2 nih kan... bg aku mudah ja, kita punyai pilihan. jika astro, rokok, kad kredit dan sebagainya punyai cukai yg lebih tinggi, kita buat dek jer guna. sedangkan topup bru 6% naik, dh bunyi macam2 dah.. bukan bila aku cakap mcm nih aku adalah kaya. aku pun marah gak. tp cuba kita fikir logik balik, apa sgt kita boleh buat dengan amarah kita nih. nak boikot..? silalah... tp lepas nih nk guna apa lak...? mau tak mau kita tetap kena guna gak. len la klu pembekal naikkan cukai smpi 60%, yg tu kira melampau la kan... so, nih hanya sekilas sj nak aku luahkan pasal isu ini. insyaAllah, entri bab nih aku tak akan buat sebab kurang berminat nk ulas...

aku nk ceritakan pasal raya kali nih. posa tahun nih alhamdulillah, cukup sebulan aku berpuasa penuh. moga aku beroleh hikmahnya yg tersirat itu. aku bangga dengan diri aku sebab mampu untuk menuruti rukun Islam ketiga nih. yelah, aku puasa penuh sejak darjah 3 lagi hingga sekarang, itu adalah rekod untuk aku. bukan rekod dunia nk kita ligan kan, tp rekod akhirat tu. moga kita beroleh hikmahnya... tahun nih aku agak bz sket dgn pelbagai benda nk kena settelkan. antara pasal reunion, open house family, raya utk diri sendiri dan lain-lain lagi. maaf, tahun nih ayam mentah aku tak jual. sebab ayah aku kata ayam pemborong jual mahal sgt, berapa sen sgt nak boleh kan. so, agak relax sket la aku tahun nih. masa relax aku tu dipindahkan ke bahgian len, hehhe...

antara benda yg buat aku busy sgt puasa kali ini ialah pasal 1st reunion ex hostel smkgc 2011. peh... mmg kelam kabut sket la aku time tuu... sume benda aku kena buat. tp hasil dia sgt berbaloi la.. xpa, nnt aku akan ceritakan lebih panjang dalam entri seterusnya. kedua lak pasal open house umah aku.. macam biasa, tiap-tiap tahun abah aku mesti akan buat open house pnya di hari raya kedua. bukan apa, open house nih kekadang mcm zakat gak. menjamu org ramai dengan jamuan yg pihak kita sendiri sediakan. rezeki tu kalau tak dikongsi, maka bagaimana ia boleh rezeki kita melimpah ruahkan. yang nih abah aku selalu pesan, usah terlalu kedekut sangat. bila kita jamu org makan, org baca bismillah, kita dh dapat dh pahala. tu belum org dlm hati berterima kasih lagi. tp itu bukan soalnya... kita lebih senang hati bila tgk org dtg makan, balik dengan senyuman.. itu sudah menjadi satu terapi yg sangat mujarab utk jiwa kita kan. wahhh... terapi lak nih aku berkata-kata, hahahaa... yang ketiga lak pasal hari raya aku tahun nih. agak meriah sket cuma tahun nih tak ada pulang meronda sakan ke rumah kawan2 aku yg sama2 sekolah dlu ini. cuma banyak pusing dalam kampung ja. tp, tahun nih raya aku bawa kamera tuuu, heheeh.. tak apa, nnt akan aku ceritakannya...

secara keseluruhannya, tahun nih raya agak lebih hepy sket. dan yg pastinya tahun depan raya aku mesti sediakan lebih byk duit raya serta baju melayu bersamping. seronok tengok kawan-kawan bersamping apa sume tahun nih... so, nantikan entri aku yg seterusnya buat semua pembaca aku ( ada ka org baca blog aku nih..? huhuhuh... ).

wasalam..