Wednesday, December 19, 2012

percintaan atau persahabatan?

assalamualaikum...

                     amboi, lama sungguh aku tak update blog nih walaupun aku sedia maklum blog aku nih bukanlah ada org baca pn. tak pa, janji hati bahgia, hahahaha.. ala, dlm cerita adam hawa tu, hawa relax ja tulis setiap luahan rasa dia di sebuah buku. manakala adam lak selamba tulis luahan hati dia di kertas yg disimpan dlm sebuah kotak. so, mungkin ini tempat aku luahkan rasa hati aku nih... aku sedia maklum, Tuhan tempat aku mengadu nasib. namun, setelah pada Dia aku luahkan, tiada salahkan di sini juga boleh aku luahan rasa itu. ala.. luahan rasa ja kan, heheheh....


                       mesti ada tertanya kan kenapa aku update entri blog aku nih dgn tajuk diatas. tiada apa, sekadar meluahkan rasa apa yg berlaku pada aku sebelum ini. jika hangpa diberikan pilihan, siapa yg hangpa pilih.. cinta hati hangpa atau sahabat hangpa sendiri..? susah kan... tapi hingga kini aku tetap pilih persahabatan. kerana aku merasakan persahabatan itu lebih akrab daripada cinta. bukan bermakna aku menafikan cinta itu. setiap org mahukan cinta dalam diri masing-masing. termasuk aku, aku juga manusia normal yang dahagakan cinta. biarpun hingga kini aku tiada lagi mempunyai cinta, aku tetap redha bahawa masa untuk aku memiliki cinta sejati itu belum lagi sampai waktunya. namun, percayalah.. persabahatan itu lebih indah sebenarnya. kita mampu ketawa, menangis dan mampu pelbagai lagi perkara bersama sahabat kita, namun sangat sukar untuk kita menghadapinya keadaan sebegitu jika dalam percintaan. kerana persahabatan itu lebih mirip kepada kesukaan yang sama dengan diri kita berbanding percintaan ini dia macam 4 musim negara eropah. ada musim panas, sejuk, luruh mahupun bunga... tapi kalau persahabatan tuu, lebih kepada dua musim ja, hehehehe...


                     cuba sekali sekala kita memandang disisi kita, siapakah yg sebenarnya paling rapat dengan kita. cinta hati kita atau sahabat kita? siapa pun mereka, merekalah insan yang sentiasa mendengar, memahami, mengerti, menasihati kita bila berlaku sesuatu perkara dalam hidup kita. namun, pernah tak kita menghargai mereka..? bila sudah tiada barulah kita akan hargainya kan. apa boleh buat, sudah menjadi sifat manusia begitu. lebih menghargai bila sudah tiada. dalam satu-satu situasi, aku lebih suka mengharapkan kita sebagai manusia yg lemah ini bijak membuat penilaian akan persahabatan itu. jujurnya, aku juga pernah mengorbankan cinta pertama aku demi sebuah persahabatan. benar, hati siapa tidak kecewa. namun, ku cuba mengerti keadaan diri kerana persahabatan kami ini masih lagi terjalin, alhamdulillah. aku lebih rela memilih sahabat daripada cinta walaupun ianya bukan yang aku pinta. segala yang berlaku ini ku percaya bahawa Dia yang aturkan terbaik untuk aku. kini, aku gembira dengan persahabatan aku ini... benar!


                          biarpun kadang kala ada orang lain menafikan kejujuran aku dalam persahabatan, aku redha. aku baru-baru nih juga sedih dengan seorang insan yang mahu menjarakkan persahabatan aku dengan nya. insan yang aku anggap adik dan juga sahabat tempat berbicara telah pun mengambil satu keputusan yang mengejutkan aku. dia lebih sanggup melupakan aku dan memilih cinta hatinya. aku terima kerana itu adalah haknya. tapi dalam lubuk hati ku ini percaya apa yang dia ungkap itu bukanlah daripada hatinya sendiri. segalanya dari orang lain yang terpaksa dia lakukan. dan aku terima setiap apa yang dia ungkapkan itu kerana aku perlu menghormatinya. sedih.. memang aku sedih. tapi itulah keadaan yang harus aku terima. aku percaya kejadian sebelum ini membuatkan dia terpaksa lakukan tindakan ini. tak apalah, mudah-mudahan dia bahgian dengan cinta hatinya serta sahabatnya itu. aku sedar dimana tempat aku. oleh itu, lebih baik berdiam diri daripada terus menyalahkan situasi. untuk hangpa sendiri, jika anda diberikan pilihan antara percintaan atau pun persahabatan, buatlah pilihan yang terbaik. setiap kedukaan itu telah Tuhan tetapkan kegembiraan buat kita dimasa hadapan. semoga kita terus dikasihani-Nya, amin...

wassalam!~