Sunday, February 13, 2011

ku kan keseorangan selepas ini..?

salam...

hmm.. kejap kan, sedar-sedar umur aku dh 26 tahun dh. org cakap mmg masa yg sesuai dh untuk miliki keluarga sndiri nih,huhuhu... tak belum ready lg nk berkeluarga kot. belum pnya kewangan yg kukuh lagi, takkan aku nk berkeluarga dgn pendapatan yg belum tentu lagi mampu utk menyara kan. so, aku maish lagi mencari pkerjaan yg mampu berikan daku pendapatan yg stabil. kelmarin aku pi kenduri amal kt bukit mertajam. sat ja kan, sedar-sedar dia dh kawin dh. mcm bru ja bulan lepas kami dua dok layan game pes 6 kt dlm bilik kami masa kt bakti permai dlu,heheheh... tu la org cakap, jodoh ni bila-bila masa ja bleh sampai kan. mcm amal tak kisah la, di asudah punyai pekerjaan yg baik, ptd tu beb... gaji dia dh mampu dh sara keluarga sndiri jika isteri dia tak bekerja pun... lan pulak bru ja 2-3 minggu lepas bertunang. bermakna dalam masa setahun nih dia akan berkahwin dh dengan tunang dia, farah yg sememangnya tak pernah aku kenali & temui... masa kenduri amal kelmarin pun azmil bawa bersama family dia yakni kak chik & anak dia safiyya. ish ish ish... dok ingt lg dulu dok pangku dia masa bru sgt dilahirkan, skrg dh 5 bulan dah safiyya tu.. kejap ja kan..


masa makan-makan kelmarin pn, yg duduk satu meja adalah puan eza, ecah bidor, fidah. sebelah meja lak ala, amin, unjie dan member unjie.. dan soalan yg buat aku terpaku seketika ialah dr amin, " abg din punya turn bila pulak..?"... mau tak tergamam, yg kt situ semua dh kawin dh, siap pregnant lg skrg nih... lan dh bertunang dh. so, kt situ yg sebaya mmg tinggal aku sorang jer lah.. ala & amin mmg junior aku lagi arr. dan-dan aku tekanan,hadoiiii...

ntah la, aku rasa semua orang pnyai niat nak berumahtangga, termasuk aku jugak. teringin sangat setiap malam membelai seorang isteri di sisi sebelum tido. tapi tu la, aku blum pnyai pekerjaan yg tetap, bagaimana harus aku untuk berkahwin..? tambahan lak tak ada calon lagi. yg lagi comfirm la... ishhh.. betul, aku masih lagi single trang tang tang! seumur hidup aku skali ja penah kapel2 nih. itu pun 2-3 bulan ja. sgt sadis citer aku nih,hohohoho... tp aku tetap bersyukur sbb masih punyai teman-teman, sahabat-sahabat yg masih lg mahu membantu aku. hingga kini hati aku tetap kaish pada yg satu itu sahaja. setiap doa yg aku panjatkan ke hadrat-Nya, aku pohonkan Dia tunjukkan aku jalan yg sebenarnya untuk aku dan berikan daku petunjuk adakah org yg aku kasih itu adalah insan yg sebenarnya aku cari..? dan aku percaya, usaha yg berterusan disamping doa yg kita pohonkan akan Tuhan berikan kpd kita seadil-adilnya apa yg kita perlukan.. tapi, 2-3 ari ni aku sedang merasakan bahawa Tuhan mungkin sudah tunjukkan aku bahawa org yg aku kasih itu bukanlah orangnya. sehingga kini aku terus dianggap kawannya yg entah macam mana lagi hendak digambarkan nilai kawan itu. banyak bnda yg mungkin seorang kekasih hati lakukan iaitu aku turut sama lakukan, tetapi aku rasa tiada apa-apa langsung kesan pada dirinya.. nada berputus asa kan..? jika itu orang anggap putus asa, aku terima sahaja. tp hati ku ini merasakan sebaliknya. adalah lebih elok aku harus kurangkan apa yg seorang "kawan" sblm ini lakukan utk masa-masa akan datang. sudah tiba masanya kot utk aku cuba membuka hati pada yg sudi, tetapi siapakah yg sudi..? tiada.. org hanya suka kan aku, tetapi tidak kasih kan aku.. adalah lebih baik aku harus belajar kesian hati aku sndiri daripada terus biarkan teus mengejar pelangi yg belum tentu lagi aku kan dapat. wahhh... ayat jiwang sudah kuar nih,huhuhu...

penulisan di blog ini aku anggap sebagai satu ruang utk aku meluahkan apa yg sukar sangat utk aku luahkan dgn kata-kata. aku akan terus bersyukur kpd sahabat-sahabat aku azlan & siti aisyah yg masih sudi membantu aku dalam membina sebuah hubungan hidup ini. terima kasih atas nasihat kalian.. dan terima kasih atas kesudian kalian mendengar celoteh aku mengenai org yg aku sayangi itu, terima kasih...

sebelum aku tutup entri ini, ingin aku smpaikan kata-kata org lain yg penah aku baca. ' ada org berkata jika hendak berkasih, carilah org yg syg kan kita kerna dia mampu untuk terima kebaikan & keburukan kita tanpa persoalan kerana org yg suka kita itu hnyalah mampu terima kebaikan yg ada pada kita sahaja.. '. jadi, fikirkanlah ayat ini. semoga aku beroleh kebahgiaan yg berterusan, amin...

wasalam...!~