Monday, January 3, 2011

2011 kini menjelma, apa azam aku..?

salam...

hmmm... 2011 kini menjengah menuruti putaran alam yg sememangnya semakin hari semakin banyak cabaran & dugaan yg menjelma. aku termasuk hangpa-hangpa yg baca entri nih pun akn terasa kehebatan dunia kini semakin terserlah kacau bilaunya.. setiap orang punyai azam tatkala di tahun baru. tp, ingatkah hangpa pada azam tahun lepas ( 2010 )? apakah azam itu sudah tercapai..? huhuh.. klu ditanya pada aku, aku pun tak tau apa azam aku tahun lepas. rasanya tak ada azam kot.. apa la teruk aku ni. harus diingat, azam di nyatakan mahu pun dicipta adalah untuk kita lebih berdisiplin akan apa kita cuba janjikan pd diri sendiri mahu pun orang sekeliling. tanpa azam, mungkin kita tak perlu perbaiki diri kita ke arah tahap yang lebih baik kan..

panjang lebaq sungguh pendahuluan aku nih,ekekeke.. ok2, aku cuba mencipta azam baru di tahun 2011 nih. moga-moga azam nih mampu menjadikan aku lebih baik daripada sebelum ini. azam aku yg utama ialah nak lebih patuh kepada ajaran Islam. rasanya bukan aku saja yg mengakui bahawa kepatuhan kita pada Islam semakin lama semakin lalai. termasuk aku.. agak lalai dalam mengerjakan suruhan-Nya.. jadi di tahun baru aku cuba berazam untuk sedaya upaya menuruti ajaran yg Nabi Muhammad telah bawakan kepada kita semua. dr segi solat 5 waktu, kekadang aku memang akui agak cuai & malas. bnda paling wajib utama nih bleh lak aku lalai. sangat teruk aku nih. oleh itu aku cuba untuk menjadikan bnda yg wajib nih perkara utama utk aku laksanakan. yelah, kadangkala agak malu dgn kawan-kawan yang lain mampu buat. kita lak penyegan.. tengok! malu ngan kawan-kawan, dengan Tuhan x reti nak malu lak..! adeiii... kan dah kena dh diri sendiri..

azam kedua aku ialah nk terus bekerja keras. yelah, tahun sebolehnya aku cuba menjejaki pekerjaan yg lebih tetap. bukan kerja sekarang tak ok, ok. tapi kerja dengan family nih len sket, bleh buat apa yg kita suka. tp bila kerja ngan orang len kita lebih disiplin, rajin & fokus. tak ada lak mengarut sangat dengan benda2 lain kan.. semahunya aku cuba mencari kerja yg lebih tetap, semua orang mencari pekerjaan dengan kerajaan. sbb apa, banyak sebabnya. yelah, takkan tak mau kawin kot kan, tak kan tak mau punyai kenderaan sendiri kan, punyai itu, punyai ini.. segalanya dengan tituk peluh sendiri. jadi, dengan usia 26 tahun nih aku rasa perlu untuk lebih bekerja keras untuk diri sendiri...

azam ketiga aku ialah nak lebih banyak bersukan. betoiii.. lama benar tak bersukan. ushar arr badan nih, dah mcm anak gajah pun ada. jadi, sebolehnya aku cuba untuk lebih banyak bersukan. kurang-kurang keluar gak peluh. sebab utama ialah nk kurangkan berat badan nih. bulan 3 nanti kawan aku pak lah dh nak kawin, so dijemput kahs menjadi pengapit dia. 1st time ni beb,huhuh.. oleh kerana aku lebih besar dr dia, makan aku kenalah kuruskan lagi berat badan agar senang orang cam mana satu pengantin, mana satu pengapit kan,huhuh.. tak pa, demi kawan baik, apa salahnya. untungnya aku sendiri gak agar dapat balik berat yg aku idamkan. berapa berat aku skrang? usah ditnya lah,hohohoho...

dan azam terakhir aku ialah untuk perbaiki diri yg banyak kelemahan serta serba kekurangan ini. semahunya aku nk perbaiki balik apa yg kurang. sebab kekurangan inilah pewatakan aku dikatakan agak garang, tak ada kekasih ati ( sedih beb.. )... hmm... jika boleh aku malas lagi nak layan feeling pasal awek-awek nih. bukan apa, dok terasa kecewa ja selalu, mana bleh tahan beb. oleh itu, lebih aku fokus pada kerjaya dan hidup dlu. dah ok nanti, bru bleh pk pasal awek-awek sume nih...

panjang gak nih azam aku,huhu.. sehingga kini, aku rasa dh dua perkara aku sedang laksanakan azam aku dgn positifnya iaitu solat 5 waktu & bersukan. dua benda nih alhamdulillah, aku mampu laksanakan dengan baik. semoga ianya terus berkekalan sampai bila-bila. yg lain-lain diharapkan dapat juga aku laksanakan dengan berkesan selepas ini biarpun secara perlahan-lahan. semoga Tuhan tekadkan hati ku ini dan berikan aku kekuatan ini, amin...

wasalam...

adios!~