Sunday, July 10, 2011

terima kasih Bersih 2.0

as salam....

salam dihulur
jejak disusun
langkah di buka
niat di pendam
tapi...
tiada juga kedengarannya...


mungkin ini sesuai kot utk menyatakan apa yg berlaku smlm, sejarah 9 julai 2011. rasanya semua mata rakyat malaysia senantiasa menatap televisyen lama mahu pun HD semata-mata ingin mengetahui akan apa yg berlaku smlm. rasanya, bukan mata kita sahaja yg melihat, malah mata seluruh dunia pastinya melihat ini satu lagi malapetaka yg melanda malaysia khususnya kuala lumpur. jika di buat undian mahupun semakan bg penduduk dunia yg mengenali malaysia, pastinya akan menurun tahap hormat mereka kepada malaysia kan... inilah malaysia kini, terlalu menurut kata org lain. iya, aku maksudkan kata orang lain. klu kata diri sndiri dia tidak akan jadi sebegini, malah mungkin lebih teruk lagi atau langsung tidak terjadi apa-apa...

aku bukan menyokong mana-mana pihak, samada kerajaan atau pembangkang. sebab sedia maklum, aku bukanlah peminat hal-hal politik. cukuplah sekadar mengetahui apa yg berlaku atau akan terjadi kerana aku tidak mahu dilabelkan manusia dia dalam gua. sejak dulu lagi, aku kurang berminat politik kerana politik yg di amalkan kini bukanlah politik yg dituntut Islam, tetapi lebih kepada politik utk keuntungan satu-satu pihak individu sahaja. untuk itu, aku agak berkecuali dalam politik. lebih gemar mendengar, melihat dan tersenyum sahaja. jika ada yg berkata-kata sedemikian dgn nada yg negatif, pastinya aku akan berlalu pergi. ini bukan politik g yg sebenarnya. ya, aku tiada ilmu dlm politik. sbb aku tiada sukanya. jika benar aku suka politik, sudah lama kos major aku di usm dlu sains politik. tetapi aku ambik major perancangan pengurusan pembangunan shj sedangkan major-major ini dalam kos aku sebenarnya...

apa yg aku nk nyatakan disini adalah berkenaan Bersih 2.0. wahhh.. siap ada version nih. semua sudah ketahui akan perhimpunan ini di adakan. cuma aku ingin menyentuh kesan akan terjadinya benda-benda sebegini. ingin ku tanyakan kpd rakyat malaysia yg mengikuti perkara ini, adakah kita.. bangsa Melayu kita semakin kuat? semakin hebat? semakin maju? tidak sama sekali kan.. adakah agama Islam kita makin utuh..? makin tersebar ajarannya? makin tercapai matlamatnya..? tidak sama sekali kan. jadi, apakah relevan nya perhimpunan ini..? dikatakan utk menyerahkan memorandum kpd Yang Di Pertuan Agong berkenaan SPR. tetapi, dimanakah ia..? yang menanggung sakit, yang menanggung derita, yang menangggung beban & yang menanggung masalah adalah MELAYU kita sendiri. bangsa lain bertepuk tangan, bersorak gembira kerana itulah yg mereka mungkin harapkan secara tersirat. berapa kerat shj bangsa cina, india dan lain-lain yg turut sama perhimpunan ini. tahniah bangsa ku, anda kini semakin hebat! yang menjadi dalang semua ini adalah Ambiga. yg jadi kuli batak adalah bangsa aku. ohh.. rendahnya taraf bangsa ku.. seluruh urusan perniagaan terpaksa ditutup kerana ditakut menanggung kerugian yg berlipat kali ganda... apakah salah peniaga ini..? pengguna jalan raya dijebak kesesakan jalan raya, apakah dosa mereka..? segalanya berpunca daripada... BERSIH!

aku ingin mengucapkan jutaan tahniah & terima kasih kepada Polis DiRaja Malaysia ( PDRM ) atas keprihatinan mereka menjaga keamanan. seramai seribu org lebih telah pun di tahan termasuk beberapa pemimpin pembangkang serta kerajaan yang ingkar akan arahan serta amaran oleh pihak mahkamah. jika pihak kerajaan buat salah, tahan sama mereka. jadi, pembangkang & kerajaan adalah sama shj sikapnya. yang salah tetap dikenakan hukum serupa.. namun, matlamat utama perhimpunan tetap juga tidak dapat dicapai. jadi, dimanakah relevan nya perhimpunan ini. sedih kerana mereka yg mengikuti perhimpunan ini sejak awal bukanlah penentang sejati. mereka ini bolehlah ibaratkan sekadar suka akan perkara negatif dan terlalu taksub terhadap sesuatu pemimpin. semua orang lebih suka mengkritik daripada membina kan.. pelancong mula takut utk ke malaysia lagi, peniaga mula menghitung kerugian, pemandu teksi mula mengeluh akan pendapatan mereka berkurangan, malaysia kini semakin terancam... di manakah letakkan nilai demokrasi malaysia..? dimanakah letakkan nilai silatulrahim pelbagai malaysia di malaysia dan dimanakah nilainya kehebatan malaysia mententeramkan negara lain yg berkocakan..? tentu pembenteng-pembenteng yakni pasukan tentera dan sebagainya yang menjadi pendamai, penjaga keamanan negara perang lain di hina sebegini, " negara sendiri pun kacau bilau, bagaimana nk menjaga negara kami pula..? " inilah kata-kata yg terpaksa benteng-benteng kita terima nanti...

secara keseluruhan, BERSIH 2.0 bukanlah satu kempen yg benar-benar bersih. teguran YDPA serta Sultan Selangor langsung tiada diendahkan. amaran PDRM langsung tiada didengari.. akhirnya bangsa Melayu aku sendiri menanggung derita nya. ku pohonkan YDPA panggil semua pemimpin yg ditangkap ini berikan penjelasan. tarik segala darjah kebesaran yg dikurniakan, agar lebih mengetahui akan sikap Hormat pd penduduk lain! dimana lim kit siang ketika hj hadi bertempik selalu.. dimanakah lim guang eng ketika timbalan presiden pas terus ditahan.. dimanakah karpal singh ketika pemimpin PR lain ditahan? dimanakah najib ketika khairy ditahan.. sedia maklum, najib lebih suka menjauhi diri dr malapetaka ini dgn menghadiri tugas-tugasnya yg lebih utama... kpd pemimpin BERSIH, usah sesekali melaungkan kepimpinan yg dibuat itu berteraskan kepimpinan Islam! kerana tiada hujah menyatakan perhimpunan yg kononnya aman menjadi haram nih boleh dilakukan dengan secara terbuka sebegini... akhir kata dari ku, bangsa ku... sebelum dikau pejamkan mata mu sebelum tidur, renung-renungkan & fikir-fikirkan apakah nasib anak cucu cicit kita nanti apabila kita sudah tiada kelak nanti... adakah mereka pemimpin negara atau pun balaci kepada bangsa-bangsa lain..? terima kasih BERSIH 2.0... anda kejam!

wasalam !~