Saturday, September 8, 2012

pesta floria putrajaya 2012 ~ kejutan yang menggembirakan...

 as salam...

                sapa penah pi pesta floria kt putrajaya..? bg penggemar bunga-bungaan, atau yang suka snap pic nih, tempat ini memang sesuai la dgn hangpa semua. aku pn turut sama pi, hahah.. atas kapasiti minat nak snap pic org kt pesta nih. bunga kan cantik, sangat sesuai ada model lak kt depan dia, hehehe... pesta nih berlangsung pada 30 jun hingga 8 julai 2012. so, ini adalah kali kedua aku sampai ke pesta nih. tahun lepas aku dah sampai. masa tu bertemakan bunga ros. maknanya, sepanjang pesta tu boleh tgk bunga ros yg pelbagai. tahun bg kali nih lak bertemakan bunga kertas. memang la tak leh lawan kehebatan bunga ros kan.. tapi jika bijak susunaturnya, lawa woo bunga nih.. ok, kali ini aku nk story sket pasal pesta floria yang aku pi bersama-sama dgn plan-plan yang dh aku plan, hahaha.. sambil-sambil baca nih, leh la layan pic nih. aku sendiri yang snap. besa-besa ja, hehehe....


                    asalnya macam nih... aku ada la terbaca dalam paper bahawa kali nih ada lagi pesta floria kt putrajaya. tarikh yg berlangsung pn pada kiraan aku memang boleh hadir lah kan. so, semasa dok sms ngan eta, ala yg berbaju kemeja kuning / oren tu.. aku ajak la dia join skali ngan aku. aku suh dia ajak kawan-kawan dia gak mcm azura, izni & cik ila. bukan apa, lagi ramai lagi bagus kan.. lebih meriah! eta kata ok ja dia nk join. pastu dia suh la ajak faizal skali. faizal nih adalah tunang dia. masa majlis pertunangan ari tu, faizal tidak hadiri sebab ke mekah utk bertugas sbg petugas utk mereka yg pergi umrah. so, hanya family faizal nih ja datang. so, mmg x berjumpa la depa sejak bertunang ni. eta suh la ajak faizal skali. kononnya rindu la, hahaha... 

                    then, aku roger ngan faizal.. dia cakap tak janji lagi sbb kena apply cuti dulu. dipendekkan cerita, faizal dapat cuti. so, aku cakap kt dia, jangan cakap kt eta bahawa dia dapat cuti. ckp ja tak dapat cuti. so, bila eta nih tau faizal tak dapat cuti, dia frust sket la, hehehe.. so, aku ckp la kt eta tempat faizal kawan aku ganti. sbb dia nk ikut skali. mula-mula tu ok lagi. pastu lama-lama dia ckp kt faizal yang dia nak balik kampung, malas nk join aku. faizal nih risau la sebab takut plan aku nk buat surprise kt eta nih tak jadi. aku dgn guna akal nih kau terus minta tolong ngan azura serta izni. azura mmg tak leh join, so aku minta dia la pujuk eta nih join aku. aku xplain la kt azura plan aku sume. sebab eta nih dia memang dengar cakap sket azura. then bermula pakatan aku dengan azura serta izni. akhirnya, eta setuju nak join... legalah aku, heheh...


                plan aku mudah ja, kami akan bermalam di motel ditanjung malim. then, pi putrajaya lepas zuhur.. malam tu baru balik semula ke tanjung malim. keesokkan harinya baru gerak balik ke kedah. kami mulakan aktiviti kami nih pada hari sabtu, 30 jun.. hari yg faizal minta cuti tu. aku ngan faizal terus gerak ke tanjung malim dalam pukul 9 pagi mcm tu setelah aku ambil faizal di rumah nya. yang bestnya, sepanjang perjalanan tu eta dok ja contact dengan faizal. aku cakap kat faizal, buat relax sudah. buat mcm tengah keja. supaya tak bocor plan nih. faizal nih follow ja apa aku suruh dia, heheh.. maklumlah, nk surprise tunang sendiri kan, hahah... 


               bila eta col faizal, faizal tak angkat semasa dalam perjalanan tu. kononnya faizal berlakon mcm marah eta sket la ganggu dia tengah keja. dia col faizal tak angkat, dia col aku lak.  aku cakap la dalam perjalanan apa sume. setelah kami sampai di tanjung malim, kami terus check in motel. rehat-rehat apa sume, lepas zuhur baru gerak pi ambil eta dirumahnya. time nih lah yang paling best untuk dikenang, hehehe...


               sampai ja kt umah eta, aku suh faizal menghadap muka ke arah depan. jangan pandang eta langsung semasa dia kuar rumah. eta nih pn kuar la dari rumah dgn muka yg sepuluh sen tuu.. frust lagi la kot. apabila dia buka ja pintu belakang aku tu, dia terus menjerit sakannn.... hehehhe.. punyalah dia terkejut sambil dok marah cakap-cakap faizal ngan aku dok tipu dia. masa tu bukan marah apa, marah hepy la katakan. orang dia rindu ada depan mata dia... hahaha.. tak lupa aku dia dok menjerit sakan tuu. dia tutup ja pintu keta, terus kami gerak ke umah izni. masa itulah faizal buat pertama kalinya ( yg dia bg tau aku laa.. ) dia hukurkan bunga ros merah segar pada eta. time tu jugak la kuar lagu anuar zain, sedetik lebih kot.. alamakkkkk.. sweetnya time tu. eta tersenyum lebar, nak nangis pun ada dia cakap time tu. ruginya aku xleh snap moment-moment tu, hehehe... bunga ros tu adalah idea aku sebab itulah caranya bg aku utk pujuk balik org pompuan tgh marah nih, heheh... dan faizal lak cakap dia tak penah bagi bunga kt eta sebab dia tak reti bab-bab romantik nih. aku pn bukanlah pandai, tapi itu yang aku rasa sebaiknya.


                   eta hepy sangat.. dia berterima kasih pada aku sebab buat surprise nih kt dia. masa sampai umah izni, izni dh tersenyum dah kat eta. sbab dia memang tau plan nih, heheh.. dan inilah juga pertama kali aku bersua dgn izni. so, dgn relaxnya aku pn bagi bunga hidup jugak. xmau kalah nih, hahah... bunga ros putih kot aku bg satu kt eta sbg tanda minta maaf kt dia sebab tipu dia. dan satu lagi bunga aku bagi kt izni sebagai tanda terima kasih atas pertolongan dia utk plan kt eta nih. otw ke putrajaya nih, eta trus col azura. bila azura angkat ja, dia terus gelak sakan kt eta sebab plan nih menjadi la, hehehe... yup, hanya eta ja tak tau plan nih. yang len sume tau. thanks kepada semua yang membantu plan nih, heheh...


                    kami singgah di hentian jejantas sg buluh utk makan jap. pastu terus masuk kl ambik cik ila di pekan sungai besi. then trus ke putrajaya... tapak pesta floria nih kat presint 2, tapak slalu org buat event kt situ. so, kami pun ronda sakan la kawasan tapak pesta tu. paling kelihatan adalah eta la, senyum tak abis-abis. sedia maklum, eta nih memang suak sangat bergambar. dan ini jugalah mungkin mulanya dia bergambar bersama faizal. faizal nih agak pemalu sket. berbanding eta yang sangat suka berposing, hhehe.. aku cakap kat faizal, hari nih layan jer mcm mana eta nak bergambar dengan dia. sebab hari tu hari gembira untuk depa berdua.. banyak gambar depa berdua aku tangkap. tapi xyah la aku siarkan kt sini. tak best la kan.. nnt apa lak kata tuan badan tuu.. hehehe..


                   dalam pukul 6 lebih macam tu, kami ke masjid besi atau masjid sultan mizan utk bersolat asar disitu. ini adalah kunjungan aku ke masjid nih kali kedua. agak ramai gak orang time tu. semua datang pesta kot kan.. masjid tepi tasik nih memang menarik. rasa damai ja. masjid tak guna pn langsung kipas atau air cond. sebab masjid nih bersifat open. selesai saja asar, kami lepak la kat tepi tasik tu.. sambil sembang-sembang kena angin. sbb nk gerak ke tapak pesta pn rasa mcm tak berbaloi ja.. yelah, tak sampai pn 40 minit, maghrib pula akan masuk waktu. so, kami ambik keputusan lepak situ ja. plan asal kami nih nak pi lepak di alamanda lak. pi singgah makan ka, men bowling ka, jalan-jalan ka kan.. last-last aku rasa tak yah buat la. sbb malam lak ada acara bot berhias. 


                 lepas saja solat semua, kami ke tapak pesta balik utk layan bot berhias. then, sebelum balik kami pusing-pusing lagi ke tempat yang tak sempat kami pusing-pusing sebelum tuu.. then trus blik ke kl utk hantar cik ila. kami singgah singgah di tasik permaisuri utk makan-makan sebelum balik semula ke tanjung malim. otw tu semua pakat tido abis termasuk lak konductor sebelah aku tu, heheh... tapi sebab aku dah biasa drive sorang-sorang, tu la tak kisah sgt la. cd lagu, air 100 plus serta mentos menjadi peneman aku... balik tido tu sampai tak sedar diri dah malam tu sebab letih sangat...


                 secara jujurnya aku rasa gembira dan puas hati dengan plan aku yang menjadi tu. lega sebab hasil dia telah memperlihatkan semua orang hepy dan gembira. walaupun aku ditemani kawan-kawan, bukan kekasih hati mahu pun teman hidup, aku rasa gembira bila tengok faizal dan eta hepy masa tu. aku pun tumpang gembira dengan depa walaupun sebolehnya aku nak berada ditempat mereka itu. tapi aku percaya Tuhan tu Maha Adil dan Maha Penyayang. sampai masa, aku juga akan turut sama merasai apa yang mereka rasai itu. cuma masa sahaja aku belum tentu lagi bila kan.. tapi aku bersyukur pada Tuhan kerana kurniakan aku kegembiraan ini. terima kasih Tuhan (^_^)

adios!~

wassalam..