Friday, June 24, 2011

selamat pengantin baru khursiah & meor

as salam...

sudah lama aku nk review majlis perkahwinan salah seorang sahabat baik aku nih. tetapi seringkali tertangguh disebabkan faktor kerja,huhhu.. harap2 entri kali nih dapat la aku ceritakan sedikit sebanyak majlis perkahwinan sahabat aku nih walaupun dh lama dh majlis ini berlangsung. sahabat yang aku maksudkan ini adalah khursiah sakidin...

kami mula kamcing sewaktu form 4 dlu nih. sewaktu tu kami masing-masing dilantik menjadi ajk pengawas asrama. so, duduk satu hostel kelas lain-lain. kalau nk di ikutkan, kami semua nih
ada satu team yg sempoi. sehinggalah kami form 5, kami 8 orang sgt akrab. terdiri drpd pak lah, along, mirul & aku. kebetulan kami 4 org jawatankuasa tertinggi pengawas asrama dlu, so duduk satu bilik. itu yg buat kami kamcing tuu.. dan di pihak perempuan lak adalah kak wahiyah, azmah, are-zura & khursiah. mmg kami 8 org kamcing. malam2 study skali la.. keakraban kami ni turut sama dirasai oleh ketua warden masa tu cikgu sulaiman serta ustaz ibrahim. beberapa kali kami buat mc ziarah family masing-masing utk mengeratkan lagi hubungan sesama kami. alhamdulillah, bermacam rumah kami pi dan ianya sangat meriah,hehhe.. kenangan tuuu...8 org antara kami, 5 org dh pun kawin dah.. kak wahiyah dh pun kawin, dua org anak dah pn. patsu yg ikut jejak langkah adalah azmah.. seterusnya are-zura. azmah & are-zura nih masing-masing dh ada anak seorang. pastu lak pak lah then diikuti oleh khursiah. yg masih bujang antara kami adalah along, mirul & aku,huhu.. tak ada jodoh lagi kan, relax la dulu...eh, byk pula cerita zaman sekolah nih. okeh2, aku teruskan dengan cerita kenduri kawin khursiah nih,huhuhu...

majlis akad nikah khursiah nih dilangsungkan selepas solat asar di masjid sg daun tengah pada hari jumaat. aku ni memang dh dijemput hadir dah sebab khursiah invite aku nih smpai dtg umah dgn laki dia masa tu,huhhu... so, aku pi la sekadar memenuhi undangan seorang sahabat. kehadiran aku disana telah pun nantikan oleh pihak pengantin pompuan & pihakpengantin lelaki. sampai awai ja depa nih. masalahnya, pengantin pompuan tak sampai-sampai lagi. rupanya pi make up kt sg petani nunn.. yg bawa
keta masa tu abg pengantin pompuan, adalah senior aku dlu, abg kie... apa lagi, ayah pengantin pompuan nih memang tak senang duduk la,huhh.. tunggu punya tunggu, smpai la pengantin pompuan nih dgn tergesa-gesa. so, majlis pun bermula la. pengantin lelaki ni dikelilingi oleh mereka yg terbabit sewaktu khutbah nikah diucapkan oleh tuan kadi. aku yg memegang D90aku nih kejap2 snap pic pengantin lelaki, kejap-kejap pengantin pompuan. dh aku akui dh bahawa pengantin pompuan nih mmg x reti duduk diam. nampak ja aku hala camera aku kt dia, teru sdia tersenyum, tersengih.. hadoii.. lawak betoi la. seolah-olah dok buat ni bukan majlis dia. sbb dia tak reti serius,hahahaha... dgn sekali lafaz, meor nih sah menjadi suami kpd khursiah. alhamdulillah.. aku menarik nafas senang selepas seorang lagi sahabat aku menjadi milik orang. seronok tgk wajah-wajah gembira mereka. selepas apa semua, aku dijemput oleh abg kie serta ayahnya utk ke rumah depa kerana ada majlis jamuan. aku menolak jemputan itu kerana terpaksa pulang ke umah sebab ada urusan yg lebih penting... so, settel apa semua, aku terus gerak balik umah... alhamdulillah...

keesokkan arinya, aku pi pulak kenduri khursiah nih. sampai ja aku kt sana, mcm biasa la pengantin pompuan x balik2 lagi dr make up,huhu.. aku meronta ke sana sini sbb tak ada geng. along lak yg balik kg jadi driver khursiah pi make up. lepak sorang2, last2 berjumpalah aku dgn shatun dan norlida. peh, norlida nih sgt lama aku x jumpa dia. last skali masa stpm dlu. tahun 2004 tu,huhu... bersembang la kami bertiga di bawah pokok jampu seingat aku. tgh sembang2, terlihat la kami kelibat seorang wanita mendukun anaknya. rupanya azmah... ya Allah, lagi sorang sahabat aku yg lama tak ketemu. anak dia pn dh besar dh pun. tp azmah rasanya masih mcm dlu gak, bezanya skrg dukung anak sendiri,ekekeke... bersembang la kami nih sementara
tunggu pengantin pompuan balik. tengah dok sembang panjang, aku nampak kelibat pak teh mai dgn bmw dia yg berwarna biru gelap tu. yelah, seminggu lepas tu ja, dia lak jadi pengantin baru kan.. dok sat, pengantin pn smpai la.. so, pengantin pompuan nih terus ke bilik pengantin. yg mengikutinya adalah norlida & shatun. azmah blk umah dia sebab anak dia dok merap sgt. so, aku nih ngan pak teh dan kawan dia pi lepak bawah khemah smbil minum air la. rupanya, port kami lepak tu bersebelahan dgn pengantin pompuan. skali depa buka tingkap, kelihatan erma a.k.a puteh dok panggil aku,huhu.. sekali tgh are-zura pun ada.. wahhh...best nih.

dok sat, pengantin lelaki pun sampai. tapi time tu pak teh, norlida & shatun dh blk dh sbb depa ada kenduri lain lagi. tinggal la aku menantikan along yg balik tukar pakaian. dok sat, sampai la along, mat sarjen & tie.. kemudian diikuti dengan pak lah & mira. bekas pengantin baru gak nih,ekekek... so, kami biarkan pengantin bru makan dlu dengan dilayan oleh banyak pihak. so, kami yg lama x jumpa nih pun makan la ramai2 satu meja panjang. maksudnya, kami abaikan seketika pengantin yg diraikan dan kami semua dok makan2 dlu. apa2 pun, perut kena gak isi kan,hahaha.. tengah dok makan, kelibat fadzilah mai dgn shakila & adik fadzilah sndiri. terus dia duduk semeja makan dgn kami dan kemudian kelibat atan & mirul pula tiba. wahhh... makin ramai nih, bru best. tak lupa juga kelibat yg sempat kami jumpa adalah che hafizi, badri, norsyam morat. tapi depa nih makan dgn orang lain la... sembang pnya lama, makanan pengantin pun along bawa mai kt kami, kami pun terus gerak masuk jumpa pengantin la. apa lagi, sesi bergambar pun makin rancak la antara kami. brader manplus selaku photography yg dilantik x menang tangan nak ambik pic kami reramai nih... hahahah...

sebelum kami balik nih, sempat juga menerima gift dr pengantin,hehhe..alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. seronok aku tgk majlis nih dgn kehadiran ramai kawan2.. yelah, lama lak tak jumpa kan. aku sgt2 mengharapkan majlis kawin aku suatu hari nnt akan dihadiri ramai sahabat2 aku. konon2 mini reunion arr. meraikan hari bahgia dgn rakan-rakan sangat best kan. apa2 pun, aku ucapkan tahniah & selamat pengantin baru kpd khursiah & meor. semoga hangpa dua terus bahgia hingga akhir hayat serta cepat2 la bg aku anak menakan nooo....hehehee..

adios!~

wassalam...

Sunday, June 12, 2011

selamat pengantin baru : kak chik & najmi | furzani & hafiz | pak teh & naima | wani & ariff

as salam...

entri kali ni aku just nk review majlis perkahwinan yg aku hadiri, tp semuanya rakan-rakan aku laaa,heheeh.. alhamdulillah, depa semua sudah selesai dh. berapa kerat lagi ja yg tak kawin nih. rasanya tak ramai dh termasuk aku. ayarrrkkkk... pakai tak da geng la aku mcm nih,huhhuu... relax2, jgn gabra nooo,hehehe... so, kt bwh nih aku highlight serba sket pasal majlis perkahwinan yg aku hadiri...

pertamanya majlis perkahwinan kak chik & najmi. depa dua nh kiranya junior aku la.kak chik nih sbb dlu dok hostel skali ngan aku. so, mmg kenai sgt la. najmi lak dok sebelah ja dgn kg aku. dan ptg2 mmg kami sama-sama men futsal kt gelanggang kaki gunung jerai tuuu.. najmi nih ada jemput pi umah dia, tp oleh kerana tarikh tu aku sgt byk jemputan, maka aku hnya pi shj ke
umah kak chik nih. plan punya plan, last2 aku gerak ngan nida & dila yg dtg dr sg petani, dan parking keta kt kaki gunung jerai. so depa nih nek skali dgn aku la. lpas ja ambik, kami terus gerak ke pdg lumat utk ambik ieta lak kt umah dia. rupanya dia bw skali anak sedara dia, klu tak salah nama dia syifa kot. comel.. mcm mak menakan dia gak,ekeekek... so, kami terus pi ke umah kenduri kak chik nih melalui jalan kg umah ieta nih. bendang padi yg masih hijau berbackgroundkan gunung jerai dgn di sisi jalan trdapat sungai. wahhh... mmg best la view mcm nih sbb ingt blk zaman kanak-kanak nakal dlu,hahha... di umah kak chik, menanti kami adalah tok nek ( gelaran yg kwn2 dia panggil )... sbb aku pn lupa nama dia, tp org masih aku cam la. nk masuk ja umah knduri, selisih dgn cikgu shabihah & anak2. depa dh nk blk dh pun,huhhu... smpi ja umah knduri, terus masuk ke bilik pengantin utk brjumpa dgn pengantin. yelah, segan gak aku nih sbb aku sorang ja lelaki, yg len sume pompuan.. nasib baik aku bw nikon d90, bleh la jgak buat modal,hahaha... brjumpa la kami dgn pengantin. dan sempat jugak jmpa ngan rehan, adik mirul. wahhh.. sejak2 join suksis, aku rasa dia makin kurus,huhu.. alhamdulillah, selamat dh depa. selesai ja dok sembang2, kami pn kuar la utk makan lak. geng2 yg mai ngan aku nih ajak mkn skali dgn depa kt khemah org pompuan. pehhh... segan aku.. rasa mcm aku sorang ja laki kt situ,huuh.. last2 aku mkn kt khemah laki ja sorang2. nasib baik jumpa ayah mirul, sembang2 ngan dia pastu bru mkn. nasib baik mirul mai teman aku, ada la geng,hehehe... lama pnya sembang2, last2 dh pukul 4 dh kot masa tu, umah kenduri masih lagi dok sibuk dgn cabutan bertuah utk mentara2 semua. kami smua gerak blk dan terus hantar ieta blk umah dia. skali dia ajak masuk umah, bersembang la kami nih dgn mak dia, tok dia serta sempat berjumpa dgn abg ipar dia & kak long dia. 1st time jumpa depa nih. rupanya, tok ieta nih ada byk sedara mara kt kg aku. yg aku tau sorang tu ja, rupanya masih ramai lagi... wahhh.. mcm boleh buat modal ja nih,ekekeke... sembang pnya sembang smpi la kami nk gerak blk umah, tok dia bg buah conen kt kami sorang sebungkus... org tua2 nih kan, klu kita mesra dgn depa dia akan layan kita dgn elok. teringat arwah tok aku, isk isk isk... ieta, nk jadikan tok ieta sbg tok abg din sama bleh..?hehehe... settel apa semua, aku hntar blk nida & dila ke keta depa. so, hanya itu shj catatan aku pasal knduri kak chik nih. sakan pnya panjang aku ulas,hahha...

kenduri kedua yg aku pi adalah knduri umah furzani. furzani nih member kelas aku masa
sekolah rendah dlu nih. so, aku plan pi ngan fathil & jan pdg lumat. jan dtg bw tunang dia. skali bru aku tau dia dh tunang daaa... duduk la kami satu meja. zani heran sebab kami semua dtg skali,hahaha... yelah, zani, aku ngan fathil kami satu klas masa sek ren dlu. manakala jan, aku ngan fathil lak satu kelas masa sek men dlu kan. tu la org ckp, dunia nih kecik ja,heheh.. aku lepak pun tak lama. kebetulan lak tak ramai org yg dtg kan time tu... sempat la sembang2 kan sbb dh lama sgt tak jumpa dgn zani nih.. settel apa semua, kami terus gerak blk sbb masing-maisng ada urusan lain lak. rupanya, furzani nih ada sangkut paut sedara dgn aku.. mcm mana aku tak tau nih. patut la sedar ada sepupu aku mai kenduri gak ari tu. tp aku tak tau sangat sangkut sedara mara nih macm mana,huhhuhu... hnya mereka shj yg tau kot. apa2 pun, tahniah utk furzani & hafiz. ala, umah pun dekat2 ja kan. tak payah berebut dh nk balik kg masa raya nnt,ekekek...

kenduri seterusnya yg aku sempat pi adalah umah pak teh. klu sebut nama mohd izham, rasanya ramai tak kenai. tp klu sebut pak teh, kompom kenai. member aku masa sekolah dlu, satu kelas sejak form 1 smpai form 5. orang nya mmg gila2 sket. bukan sket tu, byk dh gilanya,ekekek.. keja kapal, hebat! hebat!... aku plan pi ngan fathil ngan jan. len2 kami tak plan
pun. sbb ramai yg byk knduri kan,huhuhu... smpi ja kt umah pak teh, rupanya sudah menanti chaq, ayu, gemah ngan 'kwn baik aku' ( katanya gemah & chaq ) zuraihan... bru dok sembang2 dgn depa, tgk mat shahdu mai dgn faridz. duduk kami makan brsama kecuali geng2 pompuan la. tgh dok melayan makan, panjang mai lak dgn mat... duduk la kami makan reramai. sembang kami riuh la, siap tnya aku bila lak knduri,hahahah.. sakan sungguh depa berbicara. lama kami dok mkn, kami pun blah arr sbb tmpt xda sgt utk org len yg dtg nk makan tuuu... kami beransur gerak ke khemah pengantin. kami port sana terus sementara tunggu kehadiran pak teh & isterinya. yelah, dia kena jmpa kami gak syarat sah kami mai knduri dia kan,heheh... sampaikan pak sedara dia siap jemput masuk bilik pengantin lagi,hohohoho... oleh kerana kami kaum lelaki macho serta tanpam, kami ckp nk lepak luar ja.. pnya lama tunggu, bru smpi pak teh. masalahnya, sebiji keta dia ja smpai. yg len2 bw hantaran tak sampai2 lagi.. tau la keta pak teh bmw pn, xyah la bw laju smpi pengantin kena tunggu lak yg len2,hahaha.. buat lawak betoi pak teh nih... bila semua dh smpai, pengantin pn nk bergerak la ke meja makan pengantin, kami dgn spontan serta ganasnya terus block dia betul2 di depan khemah pengantin. bukan apa, sekadar berjumpa, berjabat tngan mengucapkan tahniah atas perkahwinan dia saja. kami semua tak mampu nk tunggu lagi sebab nk pi kenduri len lagi,huhuhuh.. selesai dh satu bab pasal pak teh. apa2 pun pak teh, semoga berbahgia hingga akhir hayat serta cepat2 dikurniakan anak, aminnn... tahniah pak teh, tahniah!~

lagi satu kenduri yg nak aku review adalah kenduri wani & ariff. wani nih nama penuh dia nurul syazwani bt yusoff. klu tak salah aku la.. aku nih kenal byk sgt la nama nurul syazwani nih,ekeke.. ariff bin menteri. rakan sekelas aku dlu masa darjah 1 sek ren gurun. dia sat ja sekolah situ sbb dia tukar sekolah. pak dia klu tak salah aku salah seorang yg berpengaruh dlm PPD kmy dlu. kira hebat jugak la pak dia nih... so, aku pi kenduri wani lepas blk dr kenduri umah pak teh td nih.. masa kami sampai tu, pengantin betul2 baru smpai.. kami pun follow la rombongan pengantin skali. fathil terus pi ambik pic depa kt pelamin, aku pusing2 kt khemah kenduri dlu. sempat jumpa salah seorang tukang rumah ayah aku nih. rupanya, kenduri nih wani
nih anak menakan dia... sembang2, kami apa lagi, pi lepak port makan la. fathil terus bedal nasi, aku balun ayaq ja sebab kenyang umah pak teh tak abis lagi,huhu... tgh dok layan fathil makan, ternampak la aku cikgu naremah merangkap mak fathil bru smpai. tp smpai sorang ja, pak dia a.k.a cikgu terus balik. x larat dh kot tuu.. masa tu pn pengantin tgh makan kt meja pengantin. nmpak ja depa settel makan, aku ngan fathil terus gerak jmpa pengantin la.. sembang2 pastu bru gerak blk ngan mak fathil skali... sttel apa semua, aku terus balik umah arr...

so, itu sj kenduri yg sempat aku hadiri. ada jgak beberapa kenduri yg x sempat aku hadiri atas faktor2 yg tak dpt di elakkan.. apa2 pun, tahniah & selamat pengantin kpd smua kawan2 aku yg dh pun kawin termasuk hannan & suami, najib & isteri, batman & isteri dan selamat juga bertunang kpd ily nadiah dgn pasangannya. semoga semuanya selamat, aminnn... aku..? hahaha.. soklat pebret nih. aku tak tau lagi. selagi belum dapat keja tetap, aku rasa aku belum lagi mau sembang panjang bab kawin2 nih.. calon tu ntah la. sedang berusaha keras. hrp2 dapat hat nih.. dah mmg terbaek dah yg dok ligan ni pun,hehehe... sapa..? tunggguuuuuuu....

wassalam!~