Thursday, August 4, 2011

ramadan kembali lagi

as salam...

ketika aku menaip entri ini adalah pada jam 2.53 pagi, menantikan sahur untuk hari keempat bersahur. mesti tertanya-tanya kan, mengapa aku belum lagi tidur..? sebab keja aku nih bermula jam 10 mlm td hinggalah habis budak2 asrama ni habis sahur, kiranya dalam jam 6 pagi mcm tu... rasanya belum terlambat lagi kot aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog aku nih. yelah, aku bukan banyak pun pengikut blog nih, sekurang-kurangnya aku ada tempat untuk meluahkan rasa selain orangalhamdulillah, hingga kini puasa aku berjalan dengan lancar. penat tu rasanya dah biasa kot, adat berpuasa kan. cuma buat masa sekarang ni aku belum lagi merasa kerja di waktu siang. sebab minggu nih aku keja shif malam ja. maybe shif siang nih nanti akan menduga kesabaran aku lebih lagi, siapa sangka kan, hehehe..

apa lagi arr aku nak ceritakan pasal puasa nih. hmm.. 1st day puasa aku tak terbangun untuk sahur. mak aku tak kejutkan aku. yelah, sebelum-sebelum nih aku antara dalam rumah aku tu yang segan sangat nak bangun sahur. entah lah, maybe payah kot noo penerimaan kita sebagai
manusia yang normal nih, tengah best-best tido, pastu lak awal pagi di kejutkan untuk makan. sure lah memang perut kita nih payah nk terima makan kan. celik-celik mata ja terus nk makan. memang payah arr, huhhu... tapi sahur nih la nk bantu kita tambah tenaga sket utk menahan kita dari keletihan untuk aktiviti di siang hari. tapi kini, alhamdulillah, penerimaan aku untuk bangun sahur adalah positif. takdak hal sangat nak bangun makan nih. tapi kekedang kenalah orang kejutkan, sebab jenis tido nih tido mati kan, ekekek...

menu sahur sewaktu aku kecik -kecik dulu adalah yang paling fames dalam umah aku tu adalah telur mata kerbau masak kicap. nih menu wajib nih pepagi buat time sahur, hahaha... memang itu ja menu yang aku layan pun. yang len tu payah sket la mulut aku ni nak terima rasa time sahur tu.. ayam panggang yang beli semalam pun aku tengok dah tak lalu dah, huhuhh... abg aku yg sulung tu pulak mesti kena ada sambal. kata dia ada sambal baru berselera sket nak bersahur. dulu penah dok sekali ngan dia, aku rasa kini pun aku dah terikut-ikut dah dengan dia... tapi itu dulu la sewaktu bergelar kanak-kanak kan. mausk jer sekolah menengah, aku stay kt hostel. memang bangun sebab depa picit siren, mana bleh tido, sakit telinga woo.. bila turun ja dewan makan, ada yang makan. aku nih pi tibai ayaq teh o dua tiga gelas, pastu tido balik. sama juga bila aku balik ke rumah. mak aku kejutkan aku bersahur, aku balun ayaq teh o sahaja. namun sejak aku study di usm dlu, aku pnya style makan tgh malam lak. ada kafe tu jual makan tgh malam sampai awai pagi. aku beli ja nasi goreng dengan telur mata serta sedikit kuah-kuah. kiranya makan sebelum tido arr nih. sebab sahur memang aku tak bangun dah. cuma yang menjadikan aku segar waktu siang walaupun busy dengan kelas dan segala benda lagi ialah minum air masak atau kosong time sahur tu. tak kira la kalau sahur aku tu tgh malam. petua nih abg aku yang bagi dulu. aku mesti minum air kosong nih sekurang-kurangnya 1 botol mineral kecil tuu.. banyak minum aku tanpa perasa nih akan buatkan kita kan hilang dahaga berbanding dengan air yg berperisa manis tuu.. tu la petua abg aku. sampai sekarang aku masih amalkan, hehehe....

ok lah, cukup la dlu kot entri aku nih. maybe lepas nih aku nk bercerita lak pasal macam mana time siang hari puasa serta menu-menu berbuka puasa nih. mesti layan punya, hehehe... apa-apa pun, sekali lagi aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam yang berpuasa. ingat...! puasa bukan sahaja menahan lapaq dahaga, tapi juga puasa bagi semua anggota badan termasuk hati & jiwa kita ini. tahanlah semua anggota kita itu daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa ini. semoga kit aberoleh fadhilat puasa inin, aminnn....

wassalam!~