Wednesday, December 16, 2009

xpdc gunung jerai - titi hayun : belia kg titi teras










salam...

lama betul aku tak menaip kt blog nih. maklumlah, sejak2 dok kg nih, agak bz sket dgn keja-keja ayah aku yg kejanya kontraktor kelas f. alhamdulillah, ada la jugak projek yang ayah aku buat. maka ada jugak la keja untuk aku. keja aku byk menggunakan komputer ja. bab2 edit gambar, buat tuntutan bayaran, tender dan sebagainya, tu adalah tugas aku la. kalau aku tak tolong ayah aku, sapa lagi kan nk tolong sambil2 mencari kerja tetap yg lebih baik. dalam sibuk2 aku pun, sempat lagi la aku join buat program belia untuk kg aku sendiri. gambar kt atas nih adalah gambar belia-belia kg aku yg kebanyakkannya lepasan spm & stpm untuk join xpdc gunung jerai - titi hayun. iaitu naik dgn van ke puncak gunung jerai, then turun jalan kaki menyusuri hutan simpan gunung jerai nih menuju ke titi hayun yang terkenal dgn tangga kenari.

kt sini gak aku sertakan sekali gambar2 semasa xpdc ini berlangsung. xpdc ini bukan semata-mata tracking ja hutan nih, tapi ada gak game2 mcm susun gambar, teka silang kata. main point utama game ialah pasal soalan2 berkenaan dgn malaysia arr.. mcm malaysia, kedah, sultan, agama, sukan dan sebagainya. soalan2 aku yang buat. yang tak boleh tahan tuh, budak2 nih nak cepat punya pasal smpai jawab soalan pun ntah apa2. yelah, aku suh depa xplain apa kah singkatan bagi MAIK. tau depa jawab apa? majlis amanah ikhtiar... ekekekek... mana aku tak pecah perut gelak. bukan nya depa xtau jawab, tapi nak cepat punya pasal arr nih,huhuuhu...

sehingga sekarang nih,semua nya dh siap berlangsung dgn sempurna. hanya tunggu 21hb disember nih sebagai majlis penyampaian sijil serta hadiah. aku la nih pun dok siap kan video semasa xpdc nih berlangsung. sebab nih 1st time xtvt kt kg aku diatayangkan semula menggunakan video. kalau tidak, abis program, bg sijil, makan2 terus cabut balik. xda apa yg nk ditengokkan. just dgr org bg ucapan ja. mesti boring kan... so, dgn cara mcm nih, secara tak langsung dapat gak orang kg aku terutamanya waris2 dapat lihat sendiri xtvt anak2 depa sertai itu. hanya sekadar mengisi masa lapang waktu cuti sekolah. dan aku juga harap nih lah permulaan bagi belia kg aku kembali aktif seperti dahulu. maksudnya, tak semestinya xtvt mcm jungle tracking ja kan, at least mcm gotong royong bersih kubur ka, cuci masjid ka, sukaneka kg ka... benda2 yang mcm nih la mampu eratkan lagi tradisi kg yg bergotong royong. contohnya mcm kt bandar la, susah sgt kita nk buat gotong royong nih kan. kalau ada pun, bila menteri atau orang2 kenamaan nk datang melawat ja, baru nak kalut... kalau kt kg nih, ada gak mak cik sponsor air, pak cik tuh sponsor kuih atau makanan. pihak lain sediakan t shirt utk program tu contohnya. baru meriah kan?

tak apa la, permulaan nih, aku ngan beberapa rakan-rakan kat kampung cuba untuk hidupkan kembali xtvt belia2 nih bersama warga kampung. yg slalu aku ada mcm kenduri kawin kt kg, belia2 nih ada gak join memasak. majlis korban semasa raya qurban ari tuh pun belia2 ramai yg join. tolong tarik tali utk sembelih lembu pun di kira terlibat sama gak kan... semoga belia dan warga kampung aku akan kembali meriah mcm dulu tanpa mengira ideologi politik, amin...

adios!~










Wednesday, November 11, 2009

aku disini...

salam...

hmmm.. lama gak la kan x update blog nih. maklumlah, skrg nih aku ada kt kg, maka kemudahan internet itu agak terhad sket la. nih dtg layan internet pun sebab kt umah aku tu xda elektrik.huhuh... panas siot, adehhh...pana dunia bru kan, panas akhirat nnt,masyaAllah...

alhamdulillah, sudah ni hari ke 4 aku kat kg. besa la, buat masa skrg nih, aku relax sket. malas nk kalut-kaliut sgt. relax lebih kurang dlu, pastu baru pikir pasal benda len. buat masa skrg nih, mmg aku tak ada keja, huhh... kerja.. mau hang berada,huuhuhu.. aku buat masa nih just tolong ayah aku ja dalam bisnes dia. permulaan nih, aku kena setup balik, cuci & kemas opis bapak aku yang dh lama tak dijaga tuh. sekali masuk, berdebu dh opis dia. sawang tu tak yah tanya la. pagi nih aku sempat la kemas2 meja utama, sapu sampah sket, lap2 bnda yg berhabuk tuh... siap mop lagi nih. bgus sungguh la dia, anak sapa la nih kan,ekekeke...

aku masih lagi terbayangkan kuala lumpur. adeiiii.. teringt time2 keja aku tuh. time2 aku kuar jmpa member2. tapi tu la, buata apa nk teringt benda yg dh lepas kan. masa kehadapan perlulah kita cari dgn kesempurnaaan yg lebih baik dan tersusun. aku teringin nak lepak2 ngan member2 serta junior2 aku kt usm penang tuh, tapi, nnt la. depa pun tgh exam tuh. pastu lak nk cuti sem lak. hmm... aku pun tercari2 sukan apa nk aku sertai petang2 nih. maklumlah, dulu mana ada masa nk sukan2 nih masa dok kl tuh. skrg nih byk masa, time nih la aku nk pulun bersukan kan,huhuhuh.... dlu ada gak men bola, skrg nih dh xda dh yg dok men. padang pun dh penuh ngan lembu dh nih,huhuhh...

tadi aku ada dpt msj dr bos keja sepang a.k.a abg z. ckp nk buat meeting dlm masa terdekat utk annual dinner xs control. hmm.. sory la boss, tak dapt nk join. annual dinner pun xdpt join gak rasanya. xpa la, bg la org len lak yg buat. aku dok kl pun bukan ada makna apa dh kan. baik aku buat apa yg aku nk buat. oklah beb, aku chow dlu... sebenarnya aku nk layan cd citer lord og\f the ring tuh. yelah, speaker dh altec lansing dh kan, bru layan tgk cite action2 macam tuh,huuuhhu... moga2 aku blk jap lagi ada elektrik dh...

adios amigos di bulan ogos !~

Sunday, November 1, 2009

terima kasih kuala lumpur...

salam...
mungkin nih catatan blog aku yg terakhir di kuala lumpur ini. iya, aku akan pulang ke tempat asal ku dalam minggu. setelah hampir setahun setengah aku menghambakan diri pada lehidupan kota, rasanya akan ku kembali ke kawasan yg mana dahulu pernah menenangkan fikiran aku...
hmm... mesti ramai bertanya, kenapa aku harus pulang ke kampung ku, dna bukan lagi tinggal di kuala lumpur yang penuh dgn kemewahan hiburan dunia? pelbagai situasi serta keadaan yg seringkali menggangu tidur malam ku. kerja? mungkin itu faktor utama kot.. aku akui, sesudah aku habiskan pengajian aku di usm dlu, ketika itu awal bulan mei 2008, aku terus ke kuala lumpur ini untuk menilik sedikit pengalaman. kini, banyak perkara telah ku sedari dan ianya sentiasa wujud dlm diri manusia ciptaan Tuhan ini. siapa sangka kan, wajah yang ceria serta kadangkala berkerut jua didahi ini menyimpan seribu satu permasalahan yang membelenggu diri aku ini. mengapa harus aku tonjolkan kekeliruan itu pada pandangan mata umum sedangkan semua ini adalah atas nama AKU!!
secara jujurnya, aku masih sayangkan kuala lumpur ini. aku masih lagi terkenang saat-saat aku gembira bersama teman-teman, waktu-waktu aku menganyam kenangan indah bersama insan-insan disekeliling aku. tetapi, masa yang mendatang seringkali menewaskan aku yang kurang kekuatan untuk menghadapi semua ini. hingga kini aku terkenangkan lagi waktu cuti ku dihabiskan dgn menonton wayang bersama insan yg ku sayangi,tetapi... itu dulu... aku masih lagi terbayang-bayang saat menaiki banana boat ditengah-tengah laut port dickson. aku masih terkenangkan waktu-waktu sesak ketika di sepang. aku masih ingt lagi waktu-waktu kecoh menonton perlawanan bola sepak epl di kedai abang aku, yg dulu aku dianggap adiknya... aku pastinya bakal merindui hari-hari aku di sisi kedai ini bersama teman-teman di car wash, kedai gunting... dan pastinya aku akan terus merindui masa-masa aku bersama anak-anak menakan aku yg nakal, buas, hepy, yang sama-sama menonton dvd dibilik ku dengan pasang speaker kuat. aduhhh... nampaknya, ini sahaja masa ku disini... masa ku bersama dengan mereka-mereka yg ku sayangi kini tiada lagi...
buat teman ku yang kini sudah pun menetap di kuala lumpur, yus.. aku minta maaf sebab tak dapat menemani mu selepas ini biarpun kau seringkali meluahkan rasa akan kekosongan hidup tanpa sesiapa disini. aku pasti, kau dapat menghadpi semua ini kemudian hari. permulaan ini pastinya berat untuk dihadapi, hanya air mata teman disisi kau kini. percayalah pada diri, tekadkan semangat dan masa 2-3 tahun bukanlah lama yang kita fikirkan. sampai masa, pulanglah ke tempat yang kau mahukan nanti. aku doakan terbaik buat mu...
terima kasih kalian kerana menerima aku seadanya selama ini. aku bukanlah insan terbaik yang penah kalian impikan, tetapi inilah diri ku... tiada guna hipokrit siapa diri kita. jadilah diri sendiri kerana itu lebih jujur dan ikhlas dari mengikut telunjuk orang lain... dan sedarlah kalian, adakalanya diam kita itu bukan bermakna takut, tetapi bersedia untuk menghadapi sebarangan kemungkinan.... terima kasih kuala lumpur!!!
adios!~

Wednesday, October 14, 2009

upsi oh upsi...

salam...

semalam aku pi la upsi kt tanjung malim tuh. yelah, member2 aku ada sana. dok bising kt aku, dok sj dekat, tp xpenah pi melawat depa pun. kebetulan smlm aku cuti,lepas sj settel keja kt low yatt, aku terus ke sana. dlm kul 3 ptg lebih la aku gerak. kul 4.10 smpi la aku kt sana. tak da la susah sangt nk ke sana...

1st aku sampai, aku kt pintu timur upsi. ramai sgt budak2 upsi nih bru kuar kelas la, baru smpi la. tapi byk kt hentian bas tu la. sebab ada yg bru smpi dr umah depa la, baru kuar dr kelas nk blk umah la. aku mengejutkan bila aku tengok 80% disekeliling aku ketika itu adalah WANITA!!! mana abis kaum2 bapak nih,huhuh... terasa janggal lak bila dok kat situ. yelah, semuanya bakal2 cikgu kan. tapi yang bergaya pun bukan main aku tengok. tak pa la skarang nak bergaya pun. nnt kalau kena posting ke pendalaman, tak guna dh bergaya2 nih,ekekeke...

aku tnggu member aku, ja a.k.a nurul. member study aku dulu masa kt usm. skrg nih dia buat dpli kos sivik. aku ingt dia dok kt kampus tuh, rupanya nun jauh ke proton city. peh, punya la jauh kelas dia. umah dia area kampus utama ja.. nmpak sgt mcm tak besar upsi nih. yelah, kebetulan aku tumpang solat kat situ pun, aku tgk tak ada la besar sgt. lagi besar kampus induk usm lagi kan... dalam masa yg sama, aku ada gak contact member form 6 dlu, linda. dia buat sejarah kot kat situ. jumpa sat sj la sebab dia klas kul 5.. dh jumpa dgn ja, kami pi la bank sebab dia nk bank in duit. pastu terus pi stesen minyak sebab keta minyak dh kurang.. lepas tuh aku ngan ja trus blur tak tau nak ke mana. apa la yang ada kt tanjung malim tuh kan. ja nih dia posa, nk lepak kedai mkn pun, x sesuai lak. last2 dia ajak aku pi kt tasik area proton city. dia ajak pun sebab dia tak penah smpi pun,huuh... xpa, sementara nk berbuka posa tuh, kami pun pi la berdua ke tasik tuh.

peh... cantik siot tempat tuh.tasik tuh xda la luas sgt. tapi best suasana dia. belakang dia ada la gunung apa ntah. tepi tasik tuh lak ada kawasan perumahan yg mcm eksklusif sket la. umah satu tingkat. umah pun cantik aku tgk. kawasan tasik rmai gak org. kebanyakannya student arr walaupun jauh dr kampus utama. siap ada aktiviti kayak lagi kt tasik tuh. yang men bola dlm tasik yakni sambil naik kayak pun ada. kiranya meriah arr. tak da bsing2.. best kalu dapat kawasan umah mcm tuh,huuhu...

kul 6.30 aku dh gerak ke kedai utk ready berbuka posa. siap ajak linda skali sebab kelas dia smpi kul 6.45 ja.. kami berbuka kt "I LOVE U CORNER"... wah, dgr nama kedai pun dh mcm utk couple2 jer. tapi atku pi bertiga arr kan. depa ckp kat situ antara sedap masakan dia. kami makan hidang, nasi putih, daging masak pedas, telur bistik, kailan ikan masin ngan tom yam campur. tak tau la makna campur bg tokei kedai nih mcm mana. yelah, yang aku nampak udang ngan daging sket ja. apa kesss...hhhuhu...

dh lepas jer mkn, aku hntar linda ke KUO (kolej ungku omar) yg dekat jer dgn tempat mkn kami tuh. then aku hantar lak ja yang umah dia kt area kampus utama gak. agak terkejut gak bila tgk kelas / dewan kuliah untuk diorang nih study adalah deretan rumah kedai!!! peh, aku memang tak sngka la upsi mcm nih. sebelum nih aku ada baca paper, tapi gambar tak jelas sgt la. tapi bila aku tengok dengan mata sendiri,aku agak sedih gak la. bakal2 cikgu nih ngaji dlm rumah kedai ja. paki punya la lawa. yg pompuan ngan baju kurung depa. lelaki lak ngan baju kemeja ke dalam seluar. siap pakai tie lagi.. ish ish ish... awat yang jadi mcm nih. kekurangan fasiliti untuk pembelajaran. lcd projektor ada, kerusi ada, meja just yg mcm kelas tusyen ja aku tengok. macam inikah yang dipanggil dewan kuliah??... hmmm.. patut la upsi jarang tersenarai untuk universiti terbaik di malaysia. mungkin sebabnya kekurangan kemudahan serta tiadanya penyelidikan yang menjadi teras kepada penilaian universiti terbaik nih...

apa2 pun, thanks pada ja ngan linda sebab teman aku ketika disana. at least smpi gak aku ke upsi nih. apa2 pun, dapat gak jmpa kawan2 aku nih. yg len tak sempat nk jumpa, mcm rehan adik mirul, kak chik, kamsiah ngan the gang... upsi oh upsi...

adios!~

Sunday, October 11, 2009

kerja! kerja! kerja!!!

hari - hari aku pikir pasal kerja. yelah, sekarang nih pun mmg tgh kerja. tapi nih kerja kt kl. aku ingt nak cari kerja sebelah utara arr.. kerja yg aku buat la nih pun just tunggu masa nk tutup ja,huhuhuh.. yelah, income bulan-bulan pun susah dapat, mcm mana nak bayar gaji kan. dgn sewa lagi, bil elektrik, bil telefon... ish ish ish.. sakit gak nih...
sekarang nih dh menjadi tabiat aku. asal buka internet jer, mesti buka website psal kekosongan kerja dulu. dulu, lepas on jer pc ngan internet, aku layan paper dulu. sekarang nih dh len sket dh. nampak sngt aku nih semakin teruja nak cari kerja,huhuu...
dh macam-macam kerja aku apply. government ada, private ada. tapi, just tnggu org panggil jer lah klu ada rezeki aku nih. sejak2 akhir ni pun aku dh mula rasa tak best dok kl nih dah. yelah, dok pikir pasal xda saving dlm akaun aku la, soal kerja la, problem family abg aku iaitu tempat aku port kt kl nih lah, macam-macam aku pikir...
agaknya, kalau susah-susah sangat, ingat nk jer aku blk kg tuh. tlg bapak aku buat bisnes dia. bisnes dia makin maju gak la skrg ni. mcm2 tender dia dapat. sampai tak sempat nk handle... tengok la nanti mcm mana, klu peluang memang aku nak blk kl arr.. ingat awal bulan thn depan kot... tgk la keadaan macam mana nanti kan..
kerja... kembali lah kau kepada ku,huhhuh...

Wednesday, October 7, 2009

menjejaki ruang-ruang kecil di utara...

tatkala angan-angan mula menjalar
fikiran ini mulai tersentap
puing-puing episod lalu kini muncul kembali
akan titik-titik dosa yang ku lakukan itu
aku termangu seketika...

adakalanya
aku memikirkan benda lalu
mengapa ia hadir?
mengapa mesti aku yang lalui?
mengapa aku yang terpilih?
mengapa bukan orang lain?...

aku kecewa
aku sedih
aku menyesal
dengan tragedi lalu
tapi...
kemaafan serta keinsafan ini
masih belum cukup untuk mengisi kembali
kekalutan lalu

benarkah?
pesalah ini sukar diberikan peluang kedua..
tiada lagi ruang untuk ke jalan benar
biarkan ianya terkapai-kapai sendiri
kelak berani akan kesukaran ini

aku melihat tiada lagi ruang di tengah kota ini
hati ku kian berdetik
mungkinkah ruang-ruang untuk ku kini
hanya baik di utara?
oh.. memang itu yang aku inginkan
meneruskan bicara hari-hari ku di utara
kelak nanti dapat jua
ku sama-sama memerhatikan
kedua orang tua ku...

setiap hari serta waktu
jari ini asyik menekan-nekan butang ini
agar ketemu ruang itu
moga ku dapat apa yang dihajati
Ya Tuhan..
berikanlah daku peluang ini
agar dapat ku melupai
sakit-sakit ini yang ku tanggungi
kerna di Kau lebih mengerti
akan nisbah ku di tempat orang
moga ku kan ketemu
ruang-ruang kecil di utara...

adios!~

Sunday, October 4, 2009

sembang-sembang xs control...

salam...
02 okt 2009, jam 10 malam bertemulah geng-geng supervisor xs control kt warung makan abg aku. pukul 10 malam janji, pukul 12 baru sampai org menjemput tu. adoiyaiiii... rupanya dok sibuk-sibuk dengan persiapan untuk akad nikah dia keesokkan hari nya. sapa dia? ijat, head bahagian logistik utk ticketing sic yang keja kat sepang tuh.
best gak perjumpaan nih. sebab dapat jumpa dgn geng2 xs control yang dh lama tak jmpa nih. antara yang datang adalah abg z (big boss), bro ghazali, bro feisol, khairuddin, shahran, ijat, farell (ticketing sic) & bad ( logistic sic ). wahhh... meriah beb. dah macam bertahun tak jumpa. aku pun tumpang hepy gak. yelah, semua nih jenis satu kepala. boleh masuk pnya, xda hal... tujuan utama prjumpaan ini adalah sebab ijat nak jemput ke kenduri perkahwinan dia 11hb nih kt serdang tu. apa lagi, sebab dia yang jemput nak jumpa semua, maka kami nih pakat-pakat la order makan. sebab dia yg bayar,ekekeke... nasi lemak ada, nasi ayam ada, bihun sup ada... ayaq tuh jgn cakap arr. bergelas2 kami semua tibai,ekekeke...
macam-macam hal keluar bila berjumpa sekali skala nih. tapi banyak pasal keja kat sic arr. besa la, management baru nih, xmau ikut flow, so jadi la macam2. yelah, depa kan orang lagi besar. kami nih sukarelawan ja. dan yang paling aku sedih bila geng2 logistic termasuk ijat sudah mula nk tarik mulai tahun depan. maybe event moto gp atau a1 gp adalah event terakhir akan kami sertai... yelah, sebelum nih memang ok. aku terasa sedikit terharu bila masing-masing nyatakan sebab utama mereka sertai event kat sepang nih. kalau nk diikutkan elaun sic bg rm50 sehari memang tak berbaloi. yelah, dgn tol lagi, minyak lagi. ish ish ish... mmg tak berbaloi beb. tapi segalanya sebab kawan. disinilah kami dapat sama-sama dapat berjumpa bersama. yelah, semua yang join nih berlainan latar belakang. malah, ada yang kerjanya gaji lebih besar dr kerja kat sepang nih. tapi disebabkan kawan-kawan, tu yang semua pakat sanggup join tuh. dari benda nih kosong, sampailah wujud kelab sukarelawan. peh, macam-macam aktiviti kami semua buat. ada men go kart, sambutan hari raya, trip konvoi bercuti, men bowling ramai2, anual dinner. tak dapat aku nak bayangkan dengan kata-kata bertambah hepy nya bila dapat join aktiviti ramai-ramai nih. memang best beb!!! tapi tuh la, management baru nih macam-macam hal. 1st time aku join tahun 2005 masa tuh, best gak la. sekarang nih, elaun still sama, tapi t-shirt dah tak dapat dah, makan minum pun dh start catu dah, sampaikan pass yg kami pakai pun tak mau bagi dah. adoii.. makin teruk aku tgk... frust gak la bila ramai volunteer cakap tak puas hati dgn apa yg depa bagi. t-shirt ngan pass ibarat bukti la buat kami semua bila join nih. walaupun baju tuh tak sampai rm10 pun. tapi gambar event kt baju ngan pass itu lah nilai kami. tapi tu la, dah jadi macam nih, ramai yang dh mula nak tarik diri termasuk aku. maybe kelab nih pun bakal berkubur tak lama lagi. penyertaan utk join kelab ni pun dh kurang dah. dulu kami penah dapat sampai 100 orang ahli. tapi kini hanya tinggal 20 orang lebih. memang terasa beb. ..
so, abg z pun dh cakap dah. maybe dinner tahun nih yang last sekali akan buat. dan baki duit kelab dalam akaun akan digunakan sehabisnya untuk dinner nanti. lepas tuh, maybe kelab akan dibubarkan. adooiii... aku kecewa macam nih arr. rmai yang menyatakan akan tarik diri ujung tahun nih seperti kz, nuek, dan lain-lain lagi. abg aku awal-awal lagi dah tarik diri dah..
24-25hb nih moto gp. lepas tuh 7hb november lak event bowling kelab. ni game antara xs control vs ticketing department sic dan akan dibuat di pandan lake house, dekat dengan pandan perdana tu, sebelah mrr2... bos pun dah suh aku booking tempat tuh. nanti la kot.. la nih tak dan lagi nak book,huhuhhu... hmm... apa-apa pun, aku just tnggu event moto gp nih. nak tgk apa perubahan atau kekurangan lak,huhhuh...
adios!~

Monday, September 28, 2009

beraya di tengah laut...

beraya di tengah laut? ekeke... jgn terkejut lak. aku pi ke laut dgn bapak aku, abg2 aku, ngan member2 kg memancing kt area pulau songsong. depa la ajak aku pi sama. just ckupkan kuota ja. sebab 2 org lagi tarik diri last2 minit. so, aku ngan abg aku yg sulung la kena ganti. tak kisah la, janji bukan aku yg bayar duit bot tuh,ekekeke...
pic kt sebelah nih masa dok check kelengkapan memancing. kami semua dalam 12 orang. setiap bot ada dua org pilot. so, kami pi ngan dua biji bot. satu bot 8 orang. yelah, nih la 1st time aku trun laut untuk memancing. sebelum nih depa dok ajak, tapi aku malas nk pi sangat. tapi kali nih depa ajak sebab ckupkan kuota ja, maka kena gak la pi,hhuhuh... gabra gak la. bukan gabra apa, aku tak penah turun laut untuk memancing nih. takut mabuk laut ja..
pukul 5.30 pagi sume orang dh siap berkumpul kat umah aku. kami pi ngan 3 biji keta. kul 6 pagi dah smpi kt atas bot dah. aku ingat geng2 kami ja pi. rupa-rupanya punya la ramai yg pi. dh macam pesta dh kat situ. lebih kurang 16 biji bot sume yang trun laut pagi tuh. sumenya alasan untuk pi memancing. parking keta pun dh full. kaya la tuan tanah tu ari tuh,ekekeke..
best woo pagi-pagi buta layan angin laut sambil bot membelah ombak. layan giler arr.. masa tuh dgn angin yg nyaman, ish ish ish... susah nak digambarkan dgn kata-kata. memang best la. aku lepak kt bahagian belakang dgn bapak aku. yg len2 sume dok kat depan. konon2 nk layan angin laut arr,ekekeke...
tapi aku pelik gak la, semasa on da way ke tempat yg dituju tuh, kejap2 berenti. rupa2nya dok berenti tgh laut nak angkat bubu yang pilot2 bot nih letakkan sebelum nih. kot2 la ada udang ka, sotong ka, ikan ka, ketam ka.. 4 kali bot berenti, hanya sekali ja ada isi. 3 ekor sotong. kiranya besar2 gak la. tu pun pilot buat umpan untuk memancing ja..


agak pelik gak la bila ada satu 'kok bulat' kt atas bot. dalam kepala aku dok pikir, nih mesti nk beratkan bot supaya bila bawa bot laju, tak melayang sgt. rupanya aku silap. kok buat tu diikat bersama dgn 2 batang buluh yg panjangnya 16 depa ( panjang gak tuh ) dan dgn 2 pelepah daun nyioq. bnda nih akan dibuang ditengah laut untuk dijadikan 'tuas' atau bahasa mudahnya kawasan pembiakan ikan. kiranya mcm tukun gak la. patut la aku pelik sket, sapa la punya keja pacak batang buluh tgh2 laut nih,hhhuhuhuh...
rupanya banyak tuas depa dok buat sebelum nih. tuas nilah tempat org selalu memancing ikan. kt sini byk ikan selalu dok main2 mcm alu-alu, golok awak, ikan parang, cencaru, siakap, ikan merah... tapi yg jenih mancing bawah bot ( org pancing panggil ) kena la hati-hati. bukan apa, takut kail tuh sngkut kat tuas nih nnt. aku beberapa kali sngkut kat tuas. skali tuh terputus, yg len2 tuh boleh tarik balik. dan pesanan yang selalu geng-geng pancing nih pesan, "bila mengail, jgn tengok bawah, tgk la kt depan yang jauh-jauh. supaya hangpa semua tak mabuk nnt". macam tuh pesanan bapak aku sebab nih 1st time aku rasa. yelah, masa bot tgh jalan tuh, walaupun bergoyang-goyang bot sebab dilanggar ombak, ok lagi la. tapi bila bot berenti, bot yg bergoyang-goyang nih akan buat kepala kita mula nak pening2, perut terasa len macam, mulut terasa nk muntah... masa nih kalau makan pun x terasa. sebab perut dh tak leh nk terima bnda makan nih. hhuhuhu... aku ingt aku org 1st akn mabuk, rupanya budak kg aku yg 1st time gak ikut siap muntah2 lagi. tuh bru tuas pertama. terus ckp kepala pening la. then cari tempat untuk lelapkan mata la sebab kepala dh pening. pastu gerak ke tuas kedua, abg aku yg sulung lak mabuk. terus dok sebelah budak tuh td tido. aku mmg terasa dh mabuk2 nih. tapi tahan & lawan ja. bukan apa, tempat nk tido xda. so, memang aku fight gila2 arr. makan nasi lemak pun tak terasa nasi lemak dah. masuk ja tuas ketiga, budak kg aku tuh dh bngun, apa lagi aku take over la tempat tuh. kepala dh berpusing2 beb. aku xtau berapa lama aku tido. sedar2 sebelah aku bukan lagi abg aku, tapi budak kg aku td. dh ok sket, aku bangun la. masa tuh bot tgh jalan nk ke tuas len lak. aku pun capai la pancing aku dgn muka x basuh, pastu lak, abg aku lak take over tempat tuh. nampak sangt depa nih lagi teruk dr aku nih,ekekeke....
aku pancing bawah bot ja. dapat la ikan kerapu. dh macam tak ikan len yg nk makan umpan aku, hampeh betul. xpa la, ikan gak. yang len2, dok depan tuh iaitu amet ngan mat ejas dapat gak ikan besar mcm alu-alu, parang. yelah, depa pakai pancing apa kan. aku pakai pancing yg guna untuk pancing bawah bot ja..
masa balik tuh, baru terasa kepala ok sket. sebab nak balik ke darat kot,ekeke... memang aku pancing kali nih, hasil dia sket ja. tak memberangsangkan sgt. at least aku hepy la dapat isi ruang & masa terbiar aku dr kt umah ja. kpd bro feisol yg col semasa kat tengah laut tuh, sory arr.. huuhuh... tgh2 laut pun ada couvarage celcom ngan maxis lagi. hebat gak tuh,ekekek...

Sunday, September 27, 2009

jualan ayam daging...






salam...

masih dlm mood raya? bgus2.. aku bukan dalam mood raya dh, besa la, raya tahun nih tak excited sgt. so, besa-besa ja...
pasal ayam daging... peh, aku suka tahun nih sebab ayam daging yang aku tolong jual utk bapak aku tahun nih habis terjual sblm pukul 5.30 ptg. berbanding tahun lepas sampai masuk waktu berbuka baru aku tutup kedai. tuh pun ada dalam 100 ekor lebih lagi...

tahun nih aku punya tugas tak teruk sangat macam tahun lepas. tahun nih abg aku ada 2 org dok tolong jual. so, aku bahagian akaun jek,ekekekeke... so, klu plastik abis ka, tak ckup alat-alat memotong ka atau sebagainya, aku lah punya tugas tuh. kira macam runner gak la.. adik laki aku lak bhagian hantar ayam ke tempat jualan... tapi tuh la, tak meriah sgt mcm tahun lepas. tahun lepas smpi tak menang tangan. walaupun hujan renyai, orang masih lagi ramai dok berebut nk beli. tapi, tahun nih kurang sket, ntah la...walaupun panas berpanjangan.. cuma petang tuh ja hujan lebat sket. tuh pun kejap jer..

apa2 pun, aku hepy sebab dapat tolong ayah aku jual ayam nih. at least ada gak keja aku nk buat kan dr dok umah saja,huuhh...

Tuesday, September 22, 2009

aidilfitri yg sederhana...


hmmm...
rasa sunyi lak aidilfitri kali nih. umah member pun ada la 2 buah umah pi. yg len tu dok kt umah ja, layan tetamu. macam malas jer aidilfitri tahun ni. sepi, x best, x meriah, ntah la....
itulah org ckap, hidup nih banyak cabaran. mana ada hiudp yg senang kan?
sehari sbelum raya, aku tolong bapak aku jual ayam daging segar kt kaki gunung jerai. alhamdulillah, smpi kul 5.30 petang, dalam 500 ekor ayam sudah abis dijual. bguslah.. letih tuh xda la sangat tahun nih. sebab kedua2 abang aku ada tolong gak. mcm tahun lepas,a ku ngan adik pompuan aku ja. mau patah pinggang dlu,hhuhhuh...
aku kuar beraya kt umah org pun dalam kul 5.30 ptg kot. umah kawan baik aku dlu, pak lah. pastu trus gerak pi sg daun. ke rumah khursiah, kawan kamcing yg sekepala masa study sek men dulu... dok kt sana dalam maghrib mcm tuh, bapak aku col ckp adik lelaki aku excident. tangan terseliuh sket. bapak aku suh bawa dia pi mengurut mlm tuh gak.
angin gak aku, yelah, time tuh nk tengok bola man utd vs man city. nasib baik sempat tengok gak...
hmm.. hari nih dh raya ketiga dah. aku still kt umah gak. malas nk jalan-jalan kuar sebab hati aku tak hepy raya2 nih. ntah la... nk buat macam mana kan, dh org tak suka kita, kena la terima. terasa gak seperti nak ilang kan diri terus, tapi aku dok la terpikir gak. kalau aku ilangkan diri, sapa yang nk perasan aku ilang kan, huhuh... aku nih mana la penting sgt untuk diingati..
apa-apa pun, selamat hari raya aidilfitri... maaf zahir & batin!!!

p/s : walaupun aku tak terima sms, tak dgr patah kata-kata, apatah lagi bersua rupa. tapi aku gembira melihat org lain gembira dgn pakaian raya yg cantik & lawa2 belaka....

Thursday, September 17, 2009

selamat hari raya aidilfitri...

salam...

adoiii... sedih sebenarnya nk taip pasal hari raya nih. yelah, dh kita nih byk dosa dengan orang, maka agak sayu nak pohonkan kemaafan itu. kerna kemaafan yg dipohon biarlah ikhlas dari lubuk hati kan. hmm.. kejap jer puasa, dah nk raya dh. ptg nih aku dh gerak blk kg dah. satu perjalanan yang agak jauh gak nih. tapi hati kena kuat la walaupun xda orang sebelah nk menyembang nih,huhuu... ubat dia, pasang lagu kuat-kuat la. nk makan dah puasa kan,hehhee...

pertamanya kt sini, aku nak minta maaf banyak kepada semua insan yang mengenali aku walaupun aku tak popular mcm afdlin shauki tu kan. maafkan segala salah silap yang penah aku lakukan samada sedar atau pun tidak. sesungguhnya aku tergolong dalam golongan orang yang mudah alpa dan sentiasa melakukan kesalahan. buat semua teman-teman di usm dlu seperti amal, baha, lan, azmil, fieda, habsah, mila, enal, jue, kamisan, jan serta ramai lagi yang tak disebutkan disini, maafkan daku kalian akan kesalahan lalu. sesungguhnya kalianlah teman-teman yang menggembirakan daku ketika sama-sama study dlu.

buat teman geng2 kepala toya, maafkan daku andai kata-kata, tingkahlaku serta salah dugaan mengenai kalian semua pernah mengguriskan perasaan kalian semua. ita, izzaty, leen, malisa, bro fiesol, sue, cik sella, serta maan, maafkan daku. terutama sekali maan, maafkan daku atas segala salah silap yang pernah daku lakukan pada diri mu. seringkali kata-kata, perbuatan serta tingkah laku daku pada mu banyak membuatkan diri mu kecewa pada ku sehingga kini. maafkan daku kerna kedunguan, kealpaan serta kebodohan diri yang sentiasa lalai akan tanggungjawab diri serta terhadap orang lain. mengenali mu suatu perkara terbaik pernah berlaku pada diri ku serta kemesraan kita dulu banyak dapat melupakan kisah-kisah sedih ku yang berpanjangan. terima kasih atas segala bantuan, nasihat serta dorongan suatu ketika dahulu. sesungguhnya diri mu salah seorang insan terbaik pernah daku kenali.

terima kasih atas segala kebaikan kalian pada diri ini. hanya satu harapan kalian ketika ini, maafkan segala salah silap daku serta doakanlah perjalanan daku pada petang ini untuk balik kampung selamat sampai dengan keredhaan-Nya. sesungguhnya, daku mengharapkan aidilfitri kali ini mampu menginsafi diri daku yang sentiasa lalai serta alpa. semoga kalian semua jua bergembira dengan sanak saudara serta teman-teman di aidilfitri ini. selamat hari raya, maaf zahir dan batin daku ucapkan kepada semua. andai kita dipanjangkan usia serta hayat, moga kita ketemu lagi selepas aidilfitri ini, amin....

selamat jalan semua serta semoga sampai ke destinasi dengan selamatnya....

wassalam...

p/s : sambil menaip nih dok layan lagu hujan feat raihan ~ salam aidilfitri ayahanda & bonda!!!

Wednesday, September 16, 2009

apa lagi yg tak selesai?..

alhamdulillah...
setakat waktu, banyak perkara dah aku selesaikan. smlm juga aku sudah bayar zakat fitrah yg menjadi kewajipan kepada umat Islam. semalam juga aku sudah selesaikan service keta serena milik abg aku. yelah, nnt nak balik naik keta tuh. dan smlm juga aku sudah selesai beli baju melayu. kaler ijau pucuk pisang...

peh, kira rambang mata gak aku pi beli baju raya semalam. mana taknya, itu buat lelong la, yang nih kain cantik la, kaler cun la. nasib baik la aku nih bukan jenis kaki shoping. kalau tak mau kopak aku slalu mcm tuh,huhuhu.. pusing punya pusing, last-last aku patah balik ke tempat yang aku start smlm utk caru baju raya tu. aku jumpa kt masjid india. punya la ramai umat manusia smlm. fikir punya fikir, last-last terjumpa la kaler hijau pucuk pisang tergantung. butang ngan corak dia buat aku terpikat sgt. check punya check, ada satu lagi ja saiz yg aku nak. dok ejas-ejas harga, dia letak rm185... bodek la aku, gila rm185, mahal tuh!! last-last dia bg rm150. aku ambik jer lah. malas nk tunggu lama-lama kat situ. ish ish ish.. selama aku hidup nih, nih la baju melayu paling mahal aku penah beli. dlu mak bapak aku belikan, masa tuh xda pendapatan lagi. sekarang dh ada, sendiri mau ingat la kan. xpa,setahun sekali jer belanja mahal-mahal nih. aku pun xtau brapa lama nk tahan aku pakai baju raya. adakah 4 tahun berturut-turut seperti sebelum nih?

hmm... sume aku dh sttel. tinggal nk balik kg esok saja. ingat nk gerak sebelum berbuka. nak lari dari jem yg sgt teruk. hrap2 aku terlepas dr jem esok tuh, amin... apa lagi eks yg aku tak sttel lagi? hmmm... oh, aku belum minta maaf lagi dgn rakan2, kawan2, sahabat2 serta teman2 sekeliling. insyaAllah, sebelum aku balik esok, aku akan selesaikan semuanya, insyaAllah...

maknanya, hari nih hari last aku berbuka puasa kt kl nih. wah, kejap jer kan. x sabar nk berbuka kt kampung lak nih,huhuh...!!!

adios!~

Monday, September 14, 2009

misi mencari baju raya...

salam...

hmm.. maybe ramai dh yang beli baju raya kan. dh berpasang-pasang dok kt umah tuh. just tunggu nak peragakan semasa aidilfitri nih jer lagi,chewahhh!!! ok.. bercakap pasal baju raya nih, tahun nih aku punya misi yakni esok la ( selasa ) adalah untuk mencari baju raya. iaitu baju melayu yg menjadi pakaian wajib semasa raya la.

untuk makluman semua, sudah 4 tahun berturut-turut aku pakai baju raya yang sama. maklumlah, aku nih jenis tak pandai sangat nk shoping2 nih. just pi beli apa yg nak, pastu trus balik. mudah ja bagi nih kan. oleh sebab itu, esok bermula misi aku untuk mencari baju raya. buat masa nih belum ada lagi la target nk beli kaler apa. aku nih jenis sampi jer, tengok mana yang berkenan, terus beli. tiada perancangan awal psal kaler2 baju nih. sudah tentu baju raya, seluar raya... sampin maybe tak kot. aku nih jenis yang tak suka pakai sampin. hmm... songkok yang tahun lepas masih lagi selamat kt dalam kotak tuh. songkok tinggi lagi tuh, beli kat pekan rabu alor setar. harap2 ada. maklum la, sebelum nih kampung aku kena banjir, harap2 selamat la songkok tu walaupun banyak tempat simpan brg2 kt kg nih dh berubah. lari dari banjir katakan,huhuhuh...

esok yakni selasa, antara tempat yg bermain dalam kepala nih untuk cari baju raya, masjid india ngan sogo. yang lain tuh xda lagi dalam senarai tempat2 untuk dilawati. yelah, aku mana reti port2 nak bershoping2 nih. tapi masalahnya pada aku kaler apa yg aku nk pilih dan baju raya patern yg macam mana nak aku beli nanti. yelah, sebelum nih ada la jugak insan nak tolong aku pilihkan baju yang sesuai dgn saiz serta tona kulit aku nih. tapi, sejak2 nih hati dia kurang mesra dengan aku, maka kena la ikhtiar sendiri. sendiri pilih, sendiri bayar, sendiri pakai!!!

bagaimana dengan hampa semua, mesti dah siap2 beli kan? bagus sngguh hampa nih. aku juga yang masih lagi terkial-kial nih,hhuhuhu... apa la nasib badan kan..

wajarkah untuk peluang kedua?..


wajarkah kita diberikan atau memberikan peluang kedua kepada orang lain?

setiap manusia di atas bumi ini tidak pernah terlepas dalam melakukan kesalahan, samada kecil mahupun besar. kerna kesalahan itu kelak mampu memberikan kesedaran serta keinsafan pada diri ini akan apa yg pernah dilakukan sebelum ini.

semua kesalahan yang dilakukan disusuli dengan kemaafan serta hukuman. bukan semua kesalahan mampu diampunkan serta dimaafkan.

jika kesalahan itu kita pada Ilahi, maka dengan Dialah harus kita pohonkan keampunan sedalam-dalamnya. jika ia sesama manusia, semestinya keampunan dr sesama kita yang harus kita pohonkan. tetapi, mampukah ianya diampunkan? sangat perit kita akan hadapi ia di penghujung dunia jika keampunan itu belum mahu diberikan...


tetapi, kita harus sedar, keampunan yang dipohon itu mempunyai sebabnya tersendiri. bagi sebilangan manusia kemaafan inilah titik noktah bagi dirinya merubah diri yang dahulu hina serta keji kearah lebih baik serta dihormati. percayalah pada diri, peluang kedua itu adakalanya mampu memberikan insan lain untuk merubah kejahatan pada dirinya seperti mana kita pernah lakukan kesalahan dahulu. jika peluang yang diberikan itu digunakan sebaik mungkin, pastinya kitalah manusia paling terbaik pernah berjasa pada orang lain walaupun tak siapa sedarinya secara lahiriah...


oleh itu, peluang kedua itu kepada insan lain yang diberikan, adakah wajar atau sebaliknya, terpulang pada diri kita. kita yang menentukannya... tepuklah dada, tanyalah hati!!!

Thursday, September 10, 2009

kenapa aku rasa tak best nih?!

adeiii...
apa yg aku rasa nih. mcm tak best jer.
aku pun tak tau apa yg tak best. tapi memang dalam hati nih rasa tak best la...
tak macam selalu, hepy jer, sehari dua nih rasa sangat tak best...
kenapa la tak best nih dok mai kot belah sini?
pi la kot belah2 sana tuh, adoooiiiii....

Wednesday, September 9, 2009

jualan ayam aidilfitri..


salam...

mesti hampa sume pelik kan sebab apa aku tiba-tiba higglightkan pasal jualan ayam nih di aidilfitri nnt. ni aku nk citer sket psal ayam nih,huuhuuhuhu..


bapak aku nih memang kaki bisnes sket. ada sj bisnes yang dia nk buat. mcm tahun lepas la, buat bisnes jual ayam. peh, memang kecoh gak la tahun lepas. masa tuh sehari sebelum raya, maknanya esok raya lah. bela ayam daging nih, xda la lama sgt kan. dalam 2-3 bulan ja. pastu, gemuk la ayam tuh. ni kiranya 1st time bapak aku bela ayam daging utk dibuat jualan semata-mata. tp satu ja ayam daging nih, sangat-sangat SENSITIF!!! dia tak boleh terkejut sket. kalau terkejut, pakai tamatlah riwayat dia. sekali mati ada la 3-4 ekor,huhuhu... rugi wooo... dah lama makan kuat.kopak gak la nk jaga makan minum ayam nih. sebab dia xda makan western ke, bbq ke. dedak ja. satu guni tuh kadang2 x sampai pun 2 hari. mula-mula dulu bapak aku bela la dalam 900 ekor. tp yg jual pun hanya dalam 700 lebih ja. sbabnya yang len sume dah mati,huhuhu...


sehari sebelum jualan nih, ada la satu geng yang akan proses ayam-ayam ini. depa la sembelih ayam, depalah buang-buang bulu ayam nih, depa la panggang sket... dari lepas berbuka puasa, sampailah sahur ke esokkan harinya. yelah, dah byk kan... dalam kul 7 pagi mcm tuh, part aku ngan adik aku lak la. proses utk bawa ayam ke kaki gunung jerai, iaitu ditepian jalan raya yang agak sibuk la masa nak raya nih. kami memang tak bawa pi pekan. sebab kt sana ramai dah jual ayam, pastu lak nk parking pun susah gak. so, kami buat la penempatan jualan baru ayam-ayam ni kat kaki gunung jerai. ada geng la, yang jual daging pun ada, yang jual lemang pun ada, kiranya meriah la kat sana tepi jalan. masalah yang muncul masa hari kejadian ialah tiada siapa yang nk potong ayam nih. yelah, customer mestilah nak potong 4 la, potong 8 la, potong 16 la. aku mmg kurang bijak sket dalam potong2 ayam nih. kejap adik pompuan aku potong, kejap member bapak aku potong... last2 jiran aku yang tolong. aku pnya tugas runner jer. bahgian angkut ayam dgn ford ranger dlm waktu ujan nih. walaupun ujan, tak best gak. bayangkan, jalan masa tuh xda la byk keta sgt. tapi bila dh ramai berenti nak beli ayam, dh mcm jadi pesta dh tempat tuh... makin lama makin sesak. yelah,sapa yg nk pi beli kt pekan yg sememangnya dh jem kan. baik dptkan kt tempat yg senang parking. harga sama ja...


aku kt situ smpi org dh berbuka dah. last2 bru blk. org dok tgh azan maghrib, aku bru ondaway blk umah. walupun letih, tapi puas gak la dapat tolong bapak aku buat bisnes nih. tahun nih, mcm tahun lepas gak. bisnes jual ayam nih still akn buat juga. aku nih awal2 depa dh booking aku sbg runner. potong2 nih abg aku yg sulung yg buat. sbb thn nih dia raya kt kedah. abg aku yg no 2, yg thn lepas tak blk pun, akan backup gak nnti. wahhh,meriah la nnt,huhhh... benda yg best bg aku psal jual ayam nih ialah lepas abis sume jual ayam nih. thn lepas peha aku melecet. adeiii.. pnya la sesak. 1st raya dok umah ja, x mampu nk berjalan ke umah org. moga tahun nih aku sehat dan segar, amin...


p/s : kepada sesiapa yg ada area2 gurun, guar chempedak, bedong, yan dan sewaktu dengannya, bolehlah dapat ayam segar dari tempat aku tuh, dekat kaki gunung jerai, tepi jalan. tak payah masuk pekan yg sedia maklum jalan jem & susah nk parking kan. bersama menyokong barangan tempatan,ekekekekee....

Sunday, September 6, 2009

berbuka bersama dengan geng2 kepala toya!!


wahhh...

semalam best arr, berbuka posa kt bagan lalang, area sepang. tak sangka aku kt area sepang ada gak tempat best utk berbuka,huhuuh... terima kasih la pada malisa dgn abg mie yg tunjukkan jalan ke sana. klu nk harapkan sendiri, pakai x sampai la. yelah, jalan dia tu byk sangat masuk simpang...


tom yam campur, sayur kangkung ngan kailan ikan masin, kerang rebus, ikan bakar, sotong tepung, pepahat ( 1st time aku makan ). 6 org makan, sume sekali dalam rm120 mcm tuh la. sekepala rm20. oklah, makanan pun ok. 6 org pun, kecoh dh mcm 6 kereta yg pi. padahal 2 biji keta ja... tapi, best la. sebab bleh berbuka ramai-ramai. aku dok tnggu lepas nih kt mana lak tempat nk berbuka. kepada feisol, ita, sue, nnt depa kena join gak la. sbb semalam dah la depa tak join, rugi-rugi...

intro...


salam...


ini 1st blog yg aku buat. just suka-suka jer.. dlu penah buat, tapi xtau dia pnya password dh. at least, blog nih just tempat aku meluahkan apa yg aku rasa... so, sesapa yg baca nih, hrpnya memahami la serba sedikit bahasa-bahasa yg aku guna kt sini. aku akan pelbagai bahasa termasuk loghat kedah. maklum lah, aku kan org kedah,ekekekeke...


selamat membaca, adios!~