Monday, May 31, 2010

jika sepi itu indah...

benarkah sepi itu indah? atau hanya retorik sekadar penyedap perasaan apatah lagi jiwa itu.. benar kata ahli fikir bahawa kesepian itu kadangkala lebih mendamaikan. dan kadangkala sepi itu membinasakan hati ini...

kini, perasaan yg rapuh semakin terasa kesepian. kesepian memiliki perasaan yg murni, ingin dikasihi, ingin dimiliki serta ingin dicintai.. cinta? pernahkah ku merasainya? atau hanya perasaan bunga bunga yg tidak ketahui hujung pangkalnya. meniti hari kini melihat teman teman sekeliling terasa diri ini semakin ke harinya. apa yg hendak ku miliki sedangkan terasa kelengkapan diri belum lagi sempurna.
hari hari ku melihat statusnya di facebook senantiasa berubah ubah. wah, siapakah ia? ku kembali tunduk membisu. memikirkan layak kah ku menyebut namanya utk diri ku? atau tidak usahlah terus berangan akan memilikinya. tiada siapa yg mahukan perasaan nya di kongsi bersama ku. kerana apa? kerana sememangnya ku tiada kelayakan itu. memandangnya hari hari belum tentu lagi membuka hati nya pada perasaan ku ini. tapi, kenapa pula aku merasakan kesedihan itu? mengapa tidak kau luahkan? mengapa kau tidak berani nyatakan? mengapa kau tidak berusaha dapatkannya..?

sekali lagi aku tunduk sepi. kerana aku tidak layak. kerana aku bukan untuknya. kerana aku bukan pilihan terbaiknya. habis..? mengapa begitu mudah menyerah kalah? kerana aku tak pasti apa akhirannya. ku kerisauan jika kata kata ku itu bakal menyepikan hubungan sebelum ini... ku tidak merelakan itu terjadi. kerna ku sudah memiliki perasaan bahagia bersamanya di suatu sisi. tetapi, sebagai pasangan bercinta, belum pernah pun ku miliki tidak ku inginkan kehilangannya. percayalah, aku sangat menghargai masa masa lalu!!

sehingga kini ku semakin merasai kecemburuan. hanya mampu melihat tidak mampu berkata kata. pernah ku impikan hidup disisinya suatu ketika nanti. tetapi, ku berpaling dan berfikir kembali, adakah itu impian atau hanya sekadar angan angan? ku sedar dia senantiasa menjadi pilihan serta diperhatikan. kerana perilakunya yg mampu menarik hati ribuan jejaka. bukan tidak mampu ku menentang, tetapi tiada kudrat itu. aku hanya mengharapkan bahawa doa doa ku itu mampu Tuhan makbulkan untuk dia. biarpun ku tidak berkemampuan untuk bertindak, sekurang kurangnya kata hati ini mampu di dengarinya dgn izin Tuhan...

hari semalam dia tersenyum, hari ini dia gembira, hari esok mungkin dia bahagia. aku yg akan terus kesepian, siapa kan tahu.. sukar nya mengubah status A ke status B. aku akan terus berdoa, berdoa dan terus berdoa. moga Tuhan tunjukkan aku jalan nya dan bukakannya hati dia buat diri ku. tiada simpati ku hamparkan di sini, tetapi sekadar coretan perasaan ketika ianya masih lagi terasa. moga ku ketemukan denai yg semakin cerah, tiada semaknya...

dan kini, ku masih lagi berfikir sejenak, jika sepi itu indah...!~

Friday, May 21, 2010

hiking ke taman negara




salam..

hmmm... sj nk cerita sket. baru-baru nih aku ada la join hiking ke taman negara, pulau pinang anjuran lan & cousin dia. mula-mula depa ajak join dh. tapi aku kena ganti lak keja adik aku sebab masa tu adik aku kena pi kl. so, lan dah dok ajak berkali-kali dh nih, cousin dia pun dok ajak gak. last2, aku susun jadual balik, ayah aku leh tlg ganti keja aku tu sat, maka joinlah aku ngan depa..

pic kt atas nih adalah antara pic-pic masa aku pi hiking. wahh.. aku pagi-pagi dh bersemangat dh nih. kul 6 lebih tuh dh siap bngun dh. lepas ja subuh, terus gerak ke penang. pehh.. pagi-pagi sejuk beb, sbb ujan tu time tu. aku janji ngan lan & bala tentera dia kt masjid usm penang. ingt pi ngan keta dia, last2 serena yg ku bawa jadi pilihan. tak kisah la, nnt sampai..

sampai ja kt taman negara, lan mendaftarkan nama kami sume kt kaunter pendaftaran. walaupun free ja masuk, tp nama kena la daftar. bukan apa, senang nk check sapa yg masuk taman negara kan. start ja jalan, jln mmg ok lagi la. masuk ja kt check point pertama, kami dh mula susuri hutan. ok lagi la masa tu. lepas 10 minit, dh mula dh terasa penat. sbb nak mula panjat bukit kawasan tuh. jalan ok, xda la susah sgt nk panjat kan. kekadang ada gak tangga simen yg telah di buat. sepanjang berjalan, kami brjumpa dgn pelbagai org. ada org jepun la, family dtg hiking la, budak2 u dtg hiking pun ada. so, jalan agak sempit sket, memasing follow ja org belakang. dlm browser ada ckp maybe 1 jam 15 minit akan smpi ke destinasi utama kami iaitu pantai kerachut. tp, aku rasa x sampai pun sejam kami gerak. mmg jalan kawasan hutan saja, angin pun xda. peluh nih jgn ckp la.. kami sampai ke destinasi kami yg utama iaitu pantai kerachut. mula-mula dia punya ikon kt pantai kerachut nih adalah tasik unik & titi hayun iaitu laluan ke pantai kerachut yg pasirnya yang halus & putih. pehhhh.. sempoi beb..

kt pantai kerachut tu, kami berhenti rehat jap kt bangku. masa tuh ada group2 yg dtg hiking mcm geng-geng family, budak2 sekolah tgh dok camping pun ada. nk kata view cantik pun xda la sangat. yelah, pandang ke arah laut hanya nama laut ja,hahahah.. tp klu time maghrib mesti best layan sunset kan,huhuhh... masa kt situ jugak, memasing dok pekena nasi lemak yg lan bawa. pastu roti canai yg zairy bawa. bukan apa beb, aku pagi tuh mana makan apa. nasib bleh tahan lagi, klu dak mau pengsan woo sebb hiking dgn tak isi perut dlu,huhuhh..

lepas tuh, kami trus sambung perjalanan. destinasi kami plak lepas tuh adalah sg tukun. bersemangat nih nk mandi. teruskan perjalanan dgn ikut jalan len yg agak landai sket dr jalan yg kami dtg sebelum tuh. tp ondaway ke sana pun kami nih dh berkali2 berhenti. bukan apa, letih beb... nasib baik bawa 100plus, ada sket tenaga nk berjalan. di puncak bukit sebelum kami trun ke sg tukun, siap lepak2 dly ngan geng2 polis. rmai gak. sbb depa nih tgh training kot kan. siap bukak baju nih. panas la katakan.. pastu jumpa lak dgn geng budak2 sekolah. then, kami trun ke sg tukun yg sememangnya jalan dia hanya trun sahaja. smpai di sg tukun, dia punya view sempoi gak. siap ngan fasiliti yg ckup, lantai kayu di tgh sungai, tempat mandi & canopy walkaway. mcm best beb. yelah, tampat dia atas pokok. sempoi ja aku tgk. tp kena beli tiket dlu la masa kt kaunter pendaftaran tadi. ingt nk mandi, tup2 ada geng2 india dok mandi. pastu lak satu kolam ja ada air, yg len xda. so, kami ambik keputusan trun kan perjalanan smpi abis la. last2 nampak laut, terasa lega sket. yelah, dh nak smpai dh.. penat beb. smapai kt kawsan pintu utama taman negara, singgah makan minum dlu, then bru pulang ke umah masing2..

apap2 pun, thanks utk lan & bala tenteranya kerana invite aku ke taman negara tersebut yg sememangnya 1st time aku sampai. memang penat, tp puas hati kan tau tempat org... klu ada peluang, bleh ja hiking lagi. tp cari jalan yg tak teruk sgt la lan oi,ekekeke..!~

adios!~