Sunday, October 4, 2009

sembang-sembang xs control...

salam...
02 okt 2009, jam 10 malam bertemulah geng-geng supervisor xs control kt warung makan abg aku. pukul 10 malam janji, pukul 12 baru sampai org menjemput tu. adoiyaiiii... rupanya dok sibuk-sibuk dengan persiapan untuk akad nikah dia keesokkan hari nya. sapa dia? ijat, head bahagian logistik utk ticketing sic yang keja kat sepang tuh.
best gak perjumpaan nih. sebab dapat jumpa dgn geng2 xs control yang dh lama tak jmpa nih. antara yang datang adalah abg z (big boss), bro ghazali, bro feisol, khairuddin, shahran, ijat, farell (ticketing sic) & bad ( logistic sic ). wahhh... meriah beb. dah macam bertahun tak jumpa. aku pun tumpang hepy gak. yelah, semua nih jenis satu kepala. boleh masuk pnya, xda hal... tujuan utama prjumpaan ini adalah sebab ijat nak jemput ke kenduri perkahwinan dia 11hb nih kt serdang tu. apa lagi, sebab dia yang jemput nak jumpa semua, maka kami nih pakat-pakat la order makan. sebab dia yg bayar,ekekeke... nasi lemak ada, nasi ayam ada, bihun sup ada... ayaq tuh jgn cakap arr. bergelas2 kami semua tibai,ekekeke...
macam-macam hal keluar bila berjumpa sekali skala nih. tapi banyak pasal keja kat sic arr. besa la, management baru nih, xmau ikut flow, so jadi la macam2. yelah, depa kan orang lagi besar. kami nih sukarelawan ja. dan yang paling aku sedih bila geng2 logistic termasuk ijat sudah mula nk tarik mulai tahun depan. maybe event moto gp atau a1 gp adalah event terakhir akan kami sertai... yelah, sebelum nih memang ok. aku terasa sedikit terharu bila masing-masing nyatakan sebab utama mereka sertai event kat sepang nih. kalau nk diikutkan elaun sic bg rm50 sehari memang tak berbaloi. yelah, dgn tol lagi, minyak lagi. ish ish ish... mmg tak berbaloi beb. tapi segalanya sebab kawan. disinilah kami dapat sama-sama dapat berjumpa bersama. yelah, semua yang join nih berlainan latar belakang. malah, ada yang kerjanya gaji lebih besar dr kerja kat sepang nih. tapi disebabkan kawan-kawan, tu yang semua pakat sanggup join tuh. dari benda nih kosong, sampailah wujud kelab sukarelawan. peh, macam-macam aktiviti kami semua buat. ada men go kart, sambutan hari raya, trip konvoi bercuti, men bowling ramai2, anual dinner. tak dapat aku nak bayangkan dengan kata-kata bertambah hepy nya bila dapat join aktiviti ramai-ramai nih. memang best beb!!! tapi tuh la, management baru nih macam-macam hal. 1st time aku join tahun 2005 masa tuh, best gak la. sekarang nih, elaun still sama, tapi t-shirt dah tak dapat dah, makan minum pun dh start catu dah, sampaikan pass yg kami pakai pun tak mau bagi dah. adoii.. makin teruk aku tgk... frust gak la bila ramai volunteer cakap tak puas hati dgn apa yg depa bagi. t-shirt ngan pass ibarat bukti la buat kami semua bila join nih. walaupun baju tuh tak sampai rm10 pun. tapi gambar event kt baju ngan pass itu lah nilai kami. tapi tu la, dah jadi macam nih, ramai yang dh mula nak tarik diri termasuk aku. maybe kelab nih pun bakal berkubur tak lama lagi. penyertaan utk join kelab ni pun dh kurang dah. dulu kami penah dapat sampai 100 orang ahli. tapi kini hanya tinggal 20 orang lebih. memang terasa beb. ..
so, abg z pun dh cakap dah. maybe dinner tahun nih yang last sekali akan buat. dan baki duit kelab dalam akaun akan digunakan sehabisnya untuk dinner nanti. lepas tuh, maybe kelab akan dibubarkan. adooiii... aku kecewa macam nih arr. rmai yang menyatakan akan tarik diri ujung tahun nih seperti kz, nuek, dan lain-lain lagi. abg aku awal-awal lagi dah tarik diri dah..
24-25hb nih moto gp. lepas tuh 7hb november lak event bowling kelab. ni game antara xs control vs ticketing department sic dan akan dibuat di pandan lake house, dekat dengan pandan perdana tu, sebelah mrr2... bos pun dah suh aku booking tempat tuh. nanti la kot.. la nih tak dan lagi nak book,huhuhhu... hmm... apa-apa pun, aku just tnggu event moto gp nih. nak tgk apa perubahan atau kekurangan lak,huhhuh...
adios!~

No comments:

Post a Comment