salam...
mungkin nih catatan blog aku yg terakhir di kuala lumpur ini. iya, aku akan pulang ke tempat asal ku dalam minggu. setelah hampir setahun setengah aku menghambakan diri pada lehidupan kota, rasanya akan ku kembali ke kawasan yg mana dahulu pernah menenangkan fikiran aku...
hmm... mesti ramai bertanya, kenapa aku harus pulang ke kampung ku, dna bukan lagi tinggal di kuala lumpur yang penuh dgn kemewahan hiburan dunia? pelbagai situasi serta keadaan yg seringkali menggangu tidur malam ku. kerja? mungkin itu faktor utama kot.. aku akui, sesudah aku habiskan pengajian aku di usm dlu, ketika itu awal bulan mei 2008, aku terus ke kuala lumpur ini untuk menilik sedikit pengalaman. kini, banyak perkara telah ku sedari dan ianya sentiasa wujud dlm diri manusia ciptaan Tuhan ini. siapa sangka kan, wajah yang ceria serta kadangkala berkerut jua didahi ini menyimpan seribu satu permasalahan yang membelenggu diri aku ini. mengapa harus aku tonjolkan kekeliruan itu pada pandangan mata umum sedangkan semua ini adalah atas nama AKU!!
secara jujurnya, aku masih sayangkan kuala lumpur ini. aku masih lagi terkenang saat-saat aku gembira bersama teman-teman, waktu-waktu aku menganyam kenangan indah bersama insan-insan disekeliling aku. tetapi, masa yang mendatang seringkali menewaskan aku yang kurang kekuatan untuk menghadapi semua ini. hingga kini aku terkenangkan lagi waktu cuti ku dihabiskan dgn menonton wayang bersama insan yg ku sayangi,tetapi... itu dulu... aku masih lagi terbayang-bayang saat menaiki banana boat ditengah-tengah laut port dickson. aku masih terkenangkan waktu-waktu sesak ketika di sepang. aku masih ingt lagi waktu-waktu kecoh menonton perlawanan bola sepak epl di kedai abang aku, yg dulu aku dianggap adiknya... aku pastinya bakal merindui hari-hari aku di sisi kedai ini bersama teman-teman di car wash, kedai gunting... dan pastinya aku akan terus merindui masa-masa aku bersama anak-anak menakan aku yg nakal, buas, hepy, yang sama-sama menonton dvd dibilik ku dengan pasang speaker kuat. aduhhh... nampaknya, ini sahaja masa ku disini... masa ku bersama dengan mereka-mereka yg ku sayangi kini tiada lagi...
buat teman ku yang kini sudah pun menetap di kuala lumpur, yus.. aku minta maaf sebab tak dapat menemani mu selepas ini biarpun kau seringkali meluahkan rasa akan kekosongan hidup tanpa sesiapa disini. aku pasti, kau dapat menghadpi semua ini kemudian hari. permulaan ini pastinya berat untuk dihadapi, hanya air mata teman disisi kau kini. percayalah pada diri, tekadkan semangat dan masa 2-3 tahun bukanlah lama yang kita fikirkan. sampai masa, pulanglah ke tempat yang kau mahukan nanti. aku doakan terbaik buat mu...
terima kasih kalian kerana menerima aku seadanya selama ini. aku bukanlah insan terbaik yang penah kalian impikan, tetapi inilah diri ku... tiada guna hipokrit siapa diri kita. jadilah diri sendiri kerana itu lebih jujur dan ikhlas dari mengikut telunjuk orang lain... dan sedarlah kalian, adakalanya diam kita itu bukan bermakna takut, tetapi bersedia untuk menghadapi sebarangan kemungkinan.... terima kasih kuala lumpur!!!
adios!~
No comments:
Post a Comment