as salam...
amboi, lama sungguh x taip entri baru nih. maklumlah, bz sket dgn segala hal dunia & akhirat, hehehe... aku tak berniat taip panjang2 entri bg kali ini, maklumlah.. time keja nih agak terhad sket utk taip berjela-jela entri nih. so, kali nih aku just highlight kan sj entri-entri yg bakal aku detail sepanjang jambatan pulau pinang tuuu, hahahha.. semasa aku tulis entri nih, bru reda sket isu 6% cukai yg pihak pembekal telekomunikasi prabayar nk kenakan kepada setiap produk mereka yakni topup prepaid la. memang kecoh gak la... tp dh sikap manusia kan, segala apa yg brlaku mesti nk jugak cari pesalahnya. dalam kes ini adalah kerajaan. besalah, sapa lagi nk disalahkan sedangkan yg buat bnda nih sume adalah pembekal. tanpa meeka, x guna kita handphone2 nih kan... bg aku mudah ja, kita punyai pilihan. jika astro, rokok, kad kredit dan sebagainya punyai cukai yg lebih tinggi, kita buat dek jer guna. sedangkan topup bru 6% naik, dh bunyi macam2 dah.. bukan bila aku cakap mcm nih aku adalah kaya. aku pun marah gak. tp cuba kita fikir logik balik, apa sgt kita boleh buat dengan amarah kita nih. nak boikot..? silalah... tp lepas nih nk guna apa lak...? mau tak mau kita tetap kena guna gak. len la klu pembekal naikkan cukai smpi 60%, yg tu kira melampau la kan... so, nih hanya sekilas sj nak aku luahkan pasal isu ini. insyaAllah, entri bab nih aku tak akan buat sebab kurang berminat nk ulas...
aku nk ceritakan pasal raya kali nih. posa tahun nih alhamdulillah, cukup sebulan aku berpuasa penuh. moga aku beroleh hikmahnya yg tersirat itu. aku bangga dengan diri aku sebab mampu untuk menuruti rukun Islam ketiga nih. yelah, aku puasa penuh sejak darjah 3 lagi hingga sekarang, itu adalah rekod untuk aku. bukan rekod dunia nk kita ligan kan, tp rekod akhirat tu. moga kita beroleh hikmahnya... tahun nih aku agak bz sket dgn pelbagai benda nk kena settelkan. antara pasal reunion, open house family, raya utk diri sendiri dan lain-lain lagi. maaf, tahun nih ayam mentah aku tak jual. sebab ayah aku kata ayam pemborong jual mahal sgt, berapa sen sgt nak boleh kan. so, agak relax sket la aku tahun nih. masa relax aku tu dipindahkan ke bahgian len, hehhe...
antara benda yg buat aku busy sgt puasa kali ini ialah pasal 1st reunion ex hostel smkgc 2011. peh... mmg kelam kabut sket la aku time tuu... sume benda aku kena buat. tp hasil dia sgt berbaloi la.. xpa, nnt aku akan ceritakan lebih panjang dalam entri seterusnya. kedua lak pasal open house umah aku.. macam biasa, tiap-tiap tahun abah aku mesti akan buat open house pnya di hari raya kedua. bukan apa, open house nih kekadang mcm zakat gak. menjamu org ramai dengan jamuan yg pihak kita sendiri sediakan. rezeki tu kalau tak dikongsi, maka bagaimana ia boleh rezeki kita melimpah ruahkan. yang nih abah aku selalu pesan, usah terlalu kedekut sangat. bila kita jamu org makan, org baca bismillah, kita dh dapat dh pahala. tu belum org dlm hati berterima kasih lagi. tp itu bukan soalnya... kita lebih senang hati bila tgk org dtg makan, balik dengan senyuman.. itu sudah menjadi satu terapi yg sangat mujarab utk jiwa kita kan. wahhh... terapi lak nih aku berkata-kata, hahahaa... yang ketiga lak pasal hari raya aku tahun nih. agak meriah sket cuma tahun nih tak ada pulang meronda sakan ke rumah kawan2 aku yg sama2 sekolah dlu ini. cuma banyak pusing dalam kampung ja. tp, tahun nih raya aku bawa kamera tuuu, heheeh.. tak apa, nnt akan aku ceritakannya...
secara keseluruhannya, tahun nih raya agak lebih hepy sket. dan yg pastinya tahun depan raya aku mesti sediakan lebih byk duit raya serta baju melayu bersamping. seronok tengok kawan-kawan bersamping apa sume tahun nih... so, nantikan entri aku yg seterusnya buat semua pembaca aku ( ada ka org baca blog aku nih..? huhuhuh... ).
wasalam..
No comments:
Post a Comment