Wednesday, January 2, 2013

selamat pengantin baru faizal & rozita!!!

assalamualaikum... ^_^

                        entri kali nih aku just nak kongsikan saat-saat bahagia seorang insan yang sangat rapat dengan aku menjadi isteri orang. alhamdulillah, tanggal 22hb disember 2012 bertempat di masjid batu 16, padang lumat, kedah, rozita md rosly telah pun dinikahkan sendiri oleh abahnya. kini eta telah bergelar isteri orang, hehehehe.....

                         majlis ini telah dihadiri ramai sedara mara oleh kedua-dua belah pihak pengantin. kehadiran aku disini adalah sebagai orang yang rapat dengan eta serta membawa dua org lagi photographer untuk majlis ini. kiranya aku nih macam ejen photographer la, hahahaha... so, nih la hasil pic2 aku yang tak berapa nak lawa nih untuk tatapan semua. sepanjang majlis berlangsung, eta kelihatan senyum sentiasa manakala faizal pulak iaitu suami eta nih kelihatan tenang walaupun dia membisikkan aku akan kerisauannya berkenaan cara menjawab akad nikah. katanya kini sudah berubah cara sebutan. maklumlah, dia nih bekerja dgn majlis agama wilayah persekutuan, hehehee... dengan skali lafaz, eta sah menjadi milik zal. bestnya bila part baca taklik. tok imam suruh zal baca yang dalam bahasa jawi punya, huhuhuh.. tapi zal baca lancar walaupun satu dua perkataan jawi agak tersangkut.sangkut. kalau aku la baca jawi nih, belum tentu lagi lancar mcm dia. yelah, dah lama dah kot aku tak baca tulisan jawi nih, hehehee...


                      eta seperti biasalah, suka sangat bergambar, hehehe.. so, selamat melihat-lihat la noo.. hehehe...


aku suka pic nih... ^_^



pengantin lelaki nak bermanja jugak...



pengantin bersama arnida dan adila. rakan di smk guar chempedak dulu


yang nih kena faham dah. geng-geng upsi nih pun memang suka bergambar sangat. pantang suruh buat freestyle, semua dah tau dah nak buat apa, hahahaa... 


sesi photoshoot indoor dgn official photographer 


inilah abah & mak eta... depa sangat baik dengan aku. maklumlah, depa pun dah anggap aku nih sebahagian kecil daripada family depa dah, hehehe...


pengantin bersama family arnida. nih pun dah kira macam family kedua eta... termasuk aku!


nih pulak antara gambar-gambar semasa majlis di sebelah pihak lelaki lak




ada jugak pic aku dengan pengantin nih, hehehe... 


pengantin bersama-sama dengan adik beradik eta. yup, eta mempunyai 4 adik beradik. yang sulung tu tudung berwarna merah. yang tudung kunung no 2, eta no 3 dan adik dia yang bongsu tu adalah lelaki...


ini pulak adalah kawan-kawan faizal. kalau tak salah aku la rakan-rakan yang sama study di unisel kot

                           segalanya, majlis berlangsung dengan lancar dan meriah walaupun hujan agak lebat semasa majlis di rumah eta. namun, segalanya memang terbaik. buat eta dan juga faizal, selaku adik-adik ku serta sahabat-sahabat ku, abg din mendoakan kalian berdua kekal bahgia, ceria, aman serta cepat-cepat dapat baby-baby yang comel, hehehe.. semoga ikatan ini sampai ke syurga. senang melihat senyuman depa berdua setelah lama nih bercinta walaupun tak siapa pun tahu kisah depa mcm mana. namun, aku antara yang bertuah kerana tahu jugak cerita depa. namun, yang berlalu itu sudah pun menjadi sejarah. kini kenyataan didepan mata. semoga mereka terus berjaya, murah rezeki dan gembira selalu. dari jauh aku doakan mereka memiliki segala apa yang telah aku nyatakan diatas ^_^

                           cuma, satu ja yang membuat aku berasa sedih. tak tahu kenapa insan yang aku anggap seorang adik juga sahabat aku kini terus membawa diri. sedih rasanya bila persahabatan kamui tidak lah panjang. namun, aku mendoakan agar dia kekal bahagia, gembira, berjaya dan ceria-ceria selalu. orang yang aku maksudkan itu adalah kawan kepada eta dan juga faizal. malah rakan-rakan kepada geng unisel nih juga. sedih kan.. namun, aku redha. aku percaya setiap yang berlaku itu adalah bersebab. aku tidak mahu menjadi penyebab kepada ketidakselesaan mereka. usah risaukan ku.. ku tahu membawa diri kemana. siapa orang itu..? nama dia hamiza. insa yang berkongsi rasa & cerita bila bersembang bab-bab drama adam & hawa. ornag dia ada pada pic dibawah nih...


adios!~ wassalam...

No comments:

Post a Comment