Wednesday, January 4, 2012

indahnya picnic bersama mereka...


as salam...

                   entri kali nih aku nk ceritakan sikit pasal program aku ngan depa sume kt pic atas nih semasa krismas 2011 baru-baru nih, hehehe... kami semua pi picnic di pantai merdeka. best gak sebab walaupn aktiviti x byk pn dibuat, tapi semua orang yg join hepy sgt. yelah... lama2 skali pi picnic kan, mesti la seronok, hehehe... lupa lak. nk aku perkenalkan dlu. nih la family aku yg satu lagi. ramai kan, heheh... mcm nih cerita dia. yg perempuan duduk di depan berbaju gelap & berseluar putih tu, itulah arnida. adik angkat sewaktu zaman dok hostel guar dlu sampai la skrang. yg sebelah dia bertudung hitam tu adik dia, aisyah. then yg sebelah aku tu adik dia yg kedua dan yg budak kecik kt atas bhagian belakang tu adik yg bongsu.. mak ayah dia kenai kan... so, aku dulu nih hanya lah sebagai abg angkat kpd nida nih ja. skrg nih depa dah anggap aku mcm family depa sendiri.. seronok bila orang dh anggap kita nih sebahagian daripada family depa, hehehe... 

                  ok, meh aku perkenalkan lagi mereka kt dalam nih. yg berbaju purple belang tu adalah eta, kawan baik nida merangkap junior aku. dia la paling rapat ngan aku... perempuan yg ujung skali tu adalah ehem-ehem kepada areff, adik lelaki nida yg duduk sebelah aku tu... then yg belakang aku tu dua org adalah kawan areff di sg petani nih.. yg berdiri dibelakang berbaju merah adalah ibrahim, yg nih rakan study areff di uitm. dia org sabah, jadi ikut areff balik skali la. sebelah dia lak razman, ehem-ehem aisyah. xtau la status depa nih macam mana, heheh.. sebelah razman tu lak syuk. nama penuh kalau tak salah aku syukur kot. dia nih adalah ehem-ehem nida, heheh...


                       mesti pelik tgk pasal apa ramai sgt ehem-ehem aku sebut dalam nih. ehem-ehem tu buah hati la, suma faham kan maksud aku. yup, semua tu buah hati depa. sebabnya mak ayah depa nih sangat sporting dalam bab-bab mcm nih. maybe sesetengah family agak keberatan sket kan klu hal-hal mcm nih. tp, family nih len, depa lebih terbuka.. tapi masih dalam kawalan. mak ayah depa sentiasa faham kehendak anak-anak mereka, tidak pernah menghalang sedikit pn kerana merka semua ini telah pun di didik sebaik mungkin, dan sntiasa menjaga diri dengan sebaiknya tanpa mengambil sebarang kesempatan. itu yang aku respect. sebab anak-anak masing-masing dh faham setakat mana pergaulan mereka. sebab itulah mereka nih sgt mudah diterima dalam family nih... termasuk la aku, penerimaan aku dalam family nih sgt aku hormat & pandang tinggi. sebabnya aku nih orang luar, bukan senang macam tu ja orang nk bagi kepercayaan kan... ok, sambung bab picnic lak, hehehe...


                      plan asal picnic ini adalah daripada eta sendiri, dismpaikan kepada aku utk diketengahkan ke pengetahuan family nida. tarikh yg dipilih adalah krismas, sume orang cuti kan.. setting punya setting, akhirnya jadi jgak plan nih. maka, beramai-ramai la kami ke pantai merdeka. objektif utama adalah utk bg family nih ceria sedikit berbanding sebelum ini. secara keseluruhannya capai la objektif tu kan, heheh..



                          antara aktiviti kami semasa picnic nih adalah bbq. tu idea aku la.. sj nk buat bbq, klu dak rasa mcm kosong ja aktiviti mai picnic kan, hehehe... so, len2 makanan adalah dibawa oleh family nida sndiri mcm nasi ngan lauk daging serta daging, kek batik nida buat bawa skali dan kek keju indonesia. yg tu aku bw balik dr indonesia sebab aku pnya jurupandu yg suggest kan kepada kami semua kalau berminat dgn kek nih.. besa ja, x da hebat sgt kek tu kan, hehehe... selain itu, adalah acara menimbus ayah nida a.k.a haji arshad. beliau adalah penghidap stroke. dlm 6 bulan yg lepas la.. smpi skrg semakin baik & pulih setelah pelbagai tempat telah pun ditujui untuk berubat. so, orang cakap pasir laut nih bagus utk org kena stroke nih. makanya, kami pun menimbuslah beliau... beliau sgt seronok dgn aktiviti mcm tu. aku..? selepas ja menimbus, ayah nida ditemani oleh isteri tercintanya. yg len2 sume pakat makan nih, hanya aku ngan aidil ja, adik bongsu nida mandi manda air laut nih. airnya tak mcm dlu dh, keruh... tp sebab aidil nih xda sapa teman, maka aku pun temankan dia mandi. budak2.. besa la, seronok men ayaq nih, hehehe...








                              lebih kurang dalam 1 lebih, kami semua bergerak balik dh. yelah, kalau boleh biarlah zuhur dirumah kan. semasa kami bergerak balik tu, orang dh semakin ramai yg datang berbanding semasa kami mula-mula sampai. family nida serta yang lain-lain bergerak ke muzium tsunami di kota kuala muda. aku ngan eta terus gerak ke sg petani sebab ketika itu mak serta kakaknya sedang menantikan dia utk ke pulau pinang lak. dh aku yg pi ambik, aku kena hantar la, hehehe... secara keseluruhannya, picnic nih meriah la. kelihatan semua wajah ceria & gembira walaupn singkat ja masa ber picnic tu kan. paling ketara mak ngan ayah nida la. dh mmg itu pun tujuan kami ajak buat picnic tu. semuanya pulang dgn wajah yg sgt gembira dan puas. insyaAllah, ada masa lagi, kami akan buat lagi picnic macam nih. maybe lama lagi kot lepas nih, hehee.. tapi, time tu semua orang kena ada la, bru best kan... terima kasih kepada semua yg menjayakannya terutamanya diri sendiri, ekekek.. nida, eta serta family nih. juga kepada syuk, razman & myra yg sudi join picnic dgn family nih. aku nih xda hal sgt... dan terima kasih Tuhan atas kurniaan kebahgiaan utk kami semua. alhamdulillah... (^_^)

sekian, wassalam...

No comments:

Post a Comment