assalamualaikum...
entri kali ni aku just nk citer serba ringkas percutian aku & family aku bersama rombongan guar chempedak ke indonesia, yakni bandung & jakarta yg dibawakan oleh alfarhan travel & tour. alhamdulillah, sumenya berjalan dgn lancar sekali percutian kali ini. untuk pengetahun, inilah kali pertama dalam hidup aku memiliki sebuku passport yg melayakkan aku ke mana2 saja seluruh dunia tanpa rasa bersalah pn.. dan inilah jua kali pertama aku dapat naik kapal terbang. yup.. 1st time beb! huhhuu.. daripada penceritaan org sebelum ini yg pertama kalinya naik kapal terbang, macam-macam versi aku dengar. tp sebenarnya ok ja. xda apa yg menakutkan aku pun.. orait ja, hehehe...
percutian kali mengambil masa 5 hari 4 malam. 3 malam di bandung, satu malam di jakarta. 12 dec 2011, kami sume berkumpul di hentian bas ekspress guar chempedak. disitu, kami semua berkumpul utk bergerak terus ke airport pulau pinang. di pulau pinang, kami akan ke klia dulu. disitu pn, agak lama gak la sebab dalam sejam gak la flight kami indonesia akan bergerak. so, makan la dlu kat dalam airport tu... cukup time, kami terus gerak ke indonesia yg mengambil masa hampir 2 jam. seat aku belakang sekali... sempit beb. tobat tak puas duduk, huhhuh... sampai saja kami di soharno-hata airport yakni di jakarta, kami di bawa terus ke bandung dgn bas persiaran atau pun di sebut di indon nih periwisata bis... perjalanan agak lama disebabkan jem & hujan yg lebat. smpi kt mana ntah, kami singgah solat dlu seterusnya meneruskan perjalanan kami ke bandar bandung. sampai ja disana bandung, kami di bawa ke tempat makan masakan padang. bleh la kena ngan menu kita org malaysia sebab kt sini pn banyak masakan padang yg kita makan kan. selepas itu kami sume check in hotel.. apa ntah nama dia, tapi 4 bintang arr.. mmg puas hati pnya hotel. sgt sempoi..
sepanjang di bandung, kami banyak di bawa ke tempat shopping. jenis aku nih bukan kaki shopping, memang tak teruk sangat la. sebabnya jalan melenggang ja, hehehe... pic di atas nih kami berada di tangkuban perahu, kawasan gunung berapi yg masih aktif tapi tak berapa nak ganas sangat. view best, dengan sejuknya. yang tak best nya apabila berjalan sket ja, ramai pulak yang dok follow kiri kanan depan belakang utk beli barang mereka. rimassssss... nasib baik modal aku camera, so agak terlepas sket la kan, hahaha.... tapi kesian la kt rombongan ini yg kebanyakkan nya dewasa emas.. kesian kat depa, jalan sket ja, depa nih mai dok himpit suh beli barang depa. rimas tuuu....
sepanjang kami kat sini, makanan kami banyak jenis masakan padang. smpai memasing dari kami nih pakat jemu dh makan benda yang sama kan. nasib la.. aku rasa maybe masakan lain tak kena ngan selera orang belah utara nih, hanya masakan padang saja yg ok. aku rasa la kan, huhuhh...
antara tempat yang best pi adalah indonesia safari. kita berada dalam satu kawasan perliharaan haiwan yg besar. kemudian kita nak kenderaan kita dan melalui jalan yg disediakan. kita akan melihat sendiri haiwan yang tidka ganas akan berjalan berhampiran kenderaan kita. sempoi dia punya idea... menarik.. tak pelik ka tiba-tiba leh ambik pic face to face ngan bapak singa tuuu... pehhh...cuma jangan buka pintu kenderaan anda sahaja. kalau buka, memang cari penyakit arrr, huhuhuhu...
kami juga dibawa melawat kawasan kebudayaan & rumah mini indonesia. yakni kawasan yg memaparkan rumah2 di seluruh indonesia mengikut suku kaum & bangsa itu sendiri... hari terakhir kami di jakarta adalah dibawa ke mangga 2. nih memang tempat shopping arr. semasa kami sampai, banyak lagi kedai belum dibuka. bila buka ja, semua rambang biji mata nak beli, hahha... aku sempat la beli beberapa kain sembahyang utk org pompuan pnya buat rakan-rakan aku.. sebab aku bukan kaki shopping sgt kan, hehehehe...
selepas semuanya settel, kami terus ke airport utk persediaan balik ke malaysia. secara keseluruhannya, percutian kali ok la. best gak sebab dapat melihat tempat orang. cuma berbeza dengan malaysia dalah dari segi sosio-budaya. kerana mereka mengalami ekonomi yg rendah & budaya yang secara keseluruhannya agak mendatar... oleh itu aku bersyukur dapat berada di malaysia. ohhh.. sebelum terlupa, pasal duit. sini pakai rupiah. maka nilainya sgt tinggi la, hehehe... aku tukar ari tu kat airport dalam rm500 lebih, aku dapat duit rupiah sebanyak 1.6 juta rupiah.. jutawan kan, hahaha... bila jmpa tempat shopping, kita jadi kaya seketika. seperti yg dikatakan salah seorang ahli rombongan la, " masa mai sume jadi jutawan, tapi bila balik semua jadi tak ketawan..". faham maksud dia..? duit byk abis pi shopping, hahaha...
sekian, adios mungkos glukos!
wassalam...
No comments:
Post a Comment