Saturday, February 25, 2012

aku kecewa dan terasa...

salam...

dalam keadaan macam nih, aku terasa seperti langsung tak best
rasa macam tak senang untuk berasa tenang
untuk aku tenteram dalam diam
mungkin sebab diri aku juga
luaran keras namun dalaman sangat lembut
bermula dengan satu perkara
kini berjangkit menjadi lebih tak best

mulanya isu apabila aku ingin menggembirakan orang lain
namun telah pun disalahertikan
jujurnya aku masih sayangkan dia
mungkin percubaan aku buat sekian kalinya
bakal menghasilkan satu jawapan yang lebih baik
mampu memberikan kepuasan hidup berpasangan
dan aku memang mahukan dia bersama aku
sampai akhir waktu
mungkin jga terpaksa memilih dia kerana aku tiada daya
aku tiada kuasa untuk memilih orang lain
namun...
ajakkan aku untuk bersamanya berdua bercuti telah pun salah difahami
bagaikan peluru menembak aku tanpa ruang aku menahan asakan
aku di tuduh seperti lelaki lain
sangat mudah mengambil kesempatan ke atas mereka bernama wanita...
aku hampa...

sesungguhnya aku teramat kecewa
kerana niat ku ini di tuduh sebegitu rupa
berkali telah ku katakan
aku bukanlah seperti lelaki lain yg pernah dia kenali
aku sedar siapa diri aku
tiada kekuatan untuk menabur janji pada yang lain
sebolehnya aku jujur pada diri ku bernama lelaki sejati
dituduhnya aku ingin mengambil kesempatan kepadanya
kerna ku halangnya untuk nyatakan kepada orang lain akan niatku bercuti bersamanya
katanya bakal mewujudkan satu fitnah besar kepada kami berdua

aku menerima setiap nasihat daripada orang lain walaupun...
walaupun ramai yang tidak sukar dinasihati
namun ku terima jika itu adalah nasihat terbaik untuk ku
namun ku kecewa bila aku disamakan dengan lelaki lain serta dituduh sebegitu rupa
hilang terus rasa ingin aku bersamanya lagi
kerna tindakannya itu mungkin kerna dendam pada mereka yang pernah dia disakiti
tetapi... kenapa aku yang menjadi sasaran dia
kenapa aku harus tanggung dosa bagi tindakan yang tiada aku lakukan
sungguh tidak adil buat ku bila sebegini rupa aku diperlakukan
aku memilih untuk terus berdiam diri tanpa mengambil apa-apa tindakan
kerna aku tahu diam itu lebih baik dan tidak memudaratkan...

namun... isu kedua membuatkan aku bertambah resah dan kecewa mungkin
tiada nafi mahupun dusta aku katakan
dialah wanita terbaik pernah aku temui
tetapi.. bukan aku pilihannya
mungkin kerna aku bukan imam muda diharapnya
aku bukan hartawan mampu menyenangkan dia
aku bukan lelaki kacak untuk tatapannya
janji kami berdua telah pun diungkap
cukuplah kami sekadar teman biasa
aku mengerti maksudnya namun...
bagaimana harus daku melupakan dia begitu
kerana dia begitu dekat dengan ku
banyak perkara aku menjadi rujukan dan panduannya
walaupun dia telah pun mengungkap bahawa ada lelaki lain dalam dirinya
sedaya upaya aku ingin melupakan perasaan aku padanya
tetapi semuanya gagal...
adakah ini semua mengambil masa untuk ku...?

perlahan-lahan ku cuba membuka hati ku kepada insan lain
adakah selama ini aku menutup perasaan itu..?
aku rasakan tidak kerana sudah menjadi sifat aku
hanya setia pada yang stau apabila berbicara soal cinta
tiada tambahan mahupun sampingan bagi diri aku
jika itu minat ku, maka dialah saja dalam jiwa aku
aku mengharapkan Tuhan dapat menemukan aku dengan insan yang mampu memahami aku seadanya
supaya tidak lagi rasa kecewa dan sakit hati
terpaksa menjadi hati orang lain daripada menjaga hati sendiri
sesungguhnya... aku amat cemburui akan sahabat-sahabat ku yang lain
yang kini sudah pun menjalin hubungan setia yang sah
dan sudah pun punyai keluarga yang bahagia dan gembira
Ya Allah Ya Tuhan ku...
berikan daku kekuatan akan semua ini
hanya pada Mu daku berserah
agar jiwa ku ini tiada lagi perasaan duka dan lara
terima kasih Tuhan!

wassalam...

No comments:

Post a Comment