as salam...
hari nih entri aku xda la citer sgt bab program-program aku tu. tapi just sesi meluahkan rasa. aku rasa aku dh luahkan rasa aku pada org yg aku percaya. sekurang-kurangnya disini tempat aku curahkan segala pandangan serta apa yg aku rasa. aku akui di fb ada la org highlightkan pasal tempat untuk meluah rasa ni. org ckp, jangan luahkan di fb, twitter mahupun blog. tapi luahkanlah pada Allah yg satu. aku sgt setuju dengan nasihat itu. aku telah pun meluahkan kepada-Nya. semoga Dia memberikan daku petunjuk & jalan yg terbaik untuk aku ini...
sehari dua nih terasa sedikit kurang hepy dalam jiwa aku. yelah, setiap org ada keinginan serta idamkan apa yg dimahukan. sama jugak seperti aku, mahukan sesuatu untuk menjadi hak milik aku yg kekal & sah. namun, bukan semua yg kita impikan itu menjadi kenyataan. kerna Dia telah pun menetapkan apa yg terbaik utk kita. apa yg aku ingin sampaikan disini ilah berkenaan hati & perasaan, atau dalam bahasa mudahnya cinta. semua org ingin dicintai dan mencintai. kerna itu adalah sifat semulajadi yg Tuhan berikan kepada setiap umat-Nya. aku jugak tidak terlepas daripada cinta ini. sebenarnya, aku sgt cemburu dgn orang-orang disekeliling ku yang sedang dan sudah pun memiliki cinta mereka. betapa indahnya bila kasih & sayang tu ada tempat untuk mereka curahkan. tidak macam aku, langsung tiada tempat untuk aku berikan rasa itu. mungkin, bukan masanya lagi kan.. semua tu ada sebabnya...
seumur hidup aku, aku hanya pernah bercouple skali sahaja. itu pun dalam tempoh 2 bulan saja. itu pun seorang di penang, seorang lagi di kelantan. aduhhh... betapa pilunya bila kali pertama aku break. sgt-sgt frust sebab ini adalah perkara pertama yg tidak pernah aku sendiri alami. peritnya hanya Tuhan yg tahu. pantai queensbay menjadi tempat aku termenung seorang diri tanpa ku ajak teman-teman belajar ku menemani ku.. saat itu, aku keliru dan tidak mengerti. apakah salahku hingga ku diperlakukan sebegitu. alasan yg diberikan ialah tiada keserasian. mungkin ya, mungkin tidak. akhirnya, org yg pernah aku couple itu kini sedang bercouple dgn rakan baik aku... tika itu, terasa jiwa aku dipanah petir kekecewaan. namun, tidak sesekali ku pamerkan kekecewaan ku di depan rakan-rakan ku yg lain. kerna aku bukanlah jenis bercerita kepada mereka akan kisah cintaku. ku lalui hari-hari mendatang dengan tabah demi menutup kekecewaan aku.
percintaan kali kedua ku sangka akan menjadi, akhirnya tidak. ketika ini aku bekerja di ibu kota kuala lumpur. rupanya, dalam diam kami masing-masing menaruh perasaan. namun, mungkin silapku ketika itu menyatakan dia akan menggantikan cinta pertam aku itu seandainya cinta pertama ketepikan aku. rupanya, dia menyimpan dendam padaku keran menjadi kan dia galang gantinya, bukan kerana hati yg ikhlas. namun, dia bijak untuk membuatkan aku tertarik kepadanya sehinggalah tiba saat itu, dia berterus terang mengapa dia lakukan semua itu. barulah aku mengerti, namun ku cuba jua untuk menyintainya. kami sama-sama membina hubungan ini dengan sebaiknya. namun, tindakan aku yang kekadang melampaui batasan memakan diri ku. kami terus terpisah dek kerana sifat kami yang tidak berjaya kami kawal. aku pasrah kerana dia mungkin bukan untuk ku...
perlahan-lahan aku cuba untuk menghampiri kembali cinta pertama ku, namun seakan-akan dia bukan milik ku. akhirnya, kami dikatakan cukup sebagai rakan sahaja biarpun aku juga ada keinginan yang lain. tetapi, di saat itu juga Tuhan temukan aku dengan seseorang yang aku gambarkan insan yang sempurna. orang cantik sentiasa tersenyum. namun, bukan mudah untuk menjentik hatinya yang keras itu. dia terlalu baik dengan ku membuatkan aku sangat mudah jatuh hati padanya. biarpun dia di awal-awal lagi sudah berterus terang akan jangan jatuh hati padanya, tetapi jiwa aku tetap berdegil mahukan dia juga. namun, akhirnya aku yang sendiri kecewa apabila dia menyatakan dia sudah pun membuat pilihan itu, bahawa ianya bukan aku. kecewa itu memang sudah terasa, namun ku cuba sembunyi nya. namun, dapat juga dihidu... kini, kesedihan mula merapati aku selagi aku belum mendapat pengganti. aku cuba sedaya upaya untuk gembira. alhamdulillah, ku punyai keluarga & rakan-rakan disekeliling ku yang mampu membuatkan aku terus gembira.
buat dia, aku sentiasa mengharapkan doa ku seharian dapat Tuhan berikan daku petunjuk agar aku tidak terus kecewa & bersedih. usah risau, kerana aku bukanlah manusia yg kejam yg sentiasa mendesak org lain untuk mencintai aku. aku percaya pada-Nya.. aku serahkan segalanya kepada-Nya. supaya aku dipertemukan insan yang mampu memahami serta menjaga aku seperti mana aku mahu menjaganya. semoga doa-doa aku Tuhan makbulkan, amin... tiada gunanya terus bersedih kerna dengan bersedih ini tidak akan selesaikan segala masalah aku ini kan.. terima kasih Tuhan!
wassalam...
No comments:
Post a Comment