Wednesday, January 2, 2013

selamat pengantin baru faizal & rozita!!!

assalamualaikum... ^_^

                        entri kali nih aku just nak kongsikan saat-saat bahagia seorang insan yang sangat rapat dengan aku menjadi isteri orang. alhamdulillah, tanggal 22hb disember 2012 bertempat di masjid batu 16, padang lumat, kedah, rozita md rosly telah pun dinikahkan sendiri oleh abahnya. kini eta telah bergelar isteri orang, hehehehe.....

                         majlis ini telah dihadiri ramai sedara mara oleh kedua-dua belah pihak pengantin. kehadiran aku disini adalah sebagai orang yang rapat dengan eta serta membawa dua org lagi photographer untuk majlis ini. kiranya aku nih macam ejen photographer la, hahahaha... so, nih la hasil pic2 aku yang tak berapa nak lawa nih untuk tatapan semua. sepanjang majlis berlangsung, eta kelihatan senyum sentiasa manakala faizal pulak iaitu suami eta nih kelihatan tenang walaupun dia membisikkan aku akan kerisauannya berkenaan cara menjawab akad nikah. katanya kini sudah berubah cara sebutan. maklumlah, dia nih bekerja dgn majlis agama wilayah persekutuan, hehehee... dengan skali lafaz, eta sah menjadi milik zal. bestnya bila part baca taklik. tok imam suruh zal baca yang dalam bahasa jawi punya, huhuhuh.. tapi zal baca lancar walaupun satu dua perkataan jawi agak tersangkut.sangkut. kalau aku la baca jawi nih, belum tentu lagi lancar mcm dia. yelah, dah lama dah kot aku tak baca tulisan jawi nih, hehehee...


                      eta seperti biasalah, suka sangat bergambar, hehehe.. so, selamat melihat-lihat la noo.. hehehe...


aku suka pic nih... ^_^



pengantin lelaki nak bermanja jugak...



pengantin bersama arnida dan adila. rakan di smk guar chempedak dulu


yang nih kena faham dah. geng-geng upsi nih pun memang suka bergambar sangat. pantang suruh buat freestyle, semua dah tau dah nak buat apa, hahahaa... 


sesi photoshoot indoor dgn official photographer 


inilah abah & mak eta... depa sangat baik dengan aku. maklumlah, depa pun dah anggap aku nih sebahagian kecil daripada family depa dah, hehehe...


pengantin bersama family arnida. nih pun dah kira macam family kedua eta... termasuk aku!


nih pulak antara gambar-gambar semasa majlis di sebelah pihak lelaki lak




ada jugak pic aku dengan pengantin nih, hehehe... 


pengantin bersama-sama dengan adik beradik eta. yup, eta mempunyai 4 adik beradik. yang sulung tu tudung berwarna merah. yang tudung kunung no 2, eta no 3 dan adik dia yang bongsu tu adalah lelaki...


ini pulak adalah kawan-kawan faizal. kalau tak salah aku la rakan-rakan yang sama study di unisel kot

                           segalanya, majlis berlangsung dengan lancar dan meriah walaupun hujan agak lebat semasa majlis di rumah eta. namun, segalanya memang terbaik. buat eta dan juga faizal, selaku adik-adik ku serta sahabat-sahabat ku, abg din mendoakan kalian berdua kekal bahgia, ceria, aman serta cepat-cepat dapat baby-baby yang comel, hehehe.. semoga ikatan ini sampai ke syurga. senang melihat senyuman depa berdua setelah lama nih bercinta walaupun tak siapa pun tahu kisah depa mcm mana. namun, aku antara yang bertuah kerana tahu jugak cerita depa. namun, yang berlalu itu sudah pun menjadi sejarah. kini kenyataan didepan mata. semoga mereka terus berjaya, murah rezeki dan gembira selalu. dari jauh aku doakan mereka memiliki segala apa yang telah aku nyatakan diatas ^_^

                           cuma, satu ja yang membuat aku berasa sedih. tak tahu kenapa insan yang aku anggap seorang adik juga sahabat aku kini terus membawa diri. sedih rasanya bila persahabatan kamui tidak lah panjang. namun, aku mendoakan agar dia kekal bahagia, gembira, berjaya dan ceria-ceria selalu. orang yang aku maksudkan itu adalah kawan kepada eta dan juga faizal. malah rakan-rakan kepada geng unisel nih juga. sedih kan.. namun, aku redha. aku percaya setiap yang berlaku itu adalah bersebab. aku tidak mahu menjadi penyebab kepada ketidakselesaan mereka. usah risaukan ku.. ku tahu membawa diri kemana. siapa orang itu..? nama dia hamiza. insa yang berkongsi rasa & cerita bila bersembang bab-bab drama adam & hawa. ornag dia ada pada pic dibawah nih...


adios!~ wassalam...

Wednesday, December 19, 2012

percintaan atau persahabatan?

assalamualaikum...

                     amboi, lama sungguh aku tak update blog nih walaupun aku sedia maklum blog aku nih bukanlah ada org baca pn. tak pa, janji hati bahgia, hahahaha.. ala, dlm cerita adam hawa tu, hawa relax ja tulis setiap luahan rasa dia di sebuah buku. manakala adam lak selamba tulis luahan hati dia di kertas yg disimpan dlm sebuah kotak. so, mungkin ini tempat aku luahkan rasa hati aku nih... aku sedia maklum, Tuhan tempat aku mengadu nasib. namun, setelah pada Dia aku luahkan, tiada salahkan di sini juga boleh aku luahan rasa itu. ala.. luahan rasa ja kan, heheheh....


                       mesti ada tertanya kan kenapa aku update entri blog aku nih dgn tajuk diatas. tiada apa, sekadar meluahkan rasa apa yg berlaku pada aku sebelum ini. jika hangpa diberikan pilihan, siapa yg hangpa pilih.. cinta hati hangpa atau sahabat hangpa sendiri..? susah kan... tapi hingga kini aku tetap pilih persahabatan. kerana aku merasakan persahabatan itu lebih akrab daripada cinta. bukan bermakna aku menafikan cinta itu. setiap org mahukan cinta dalam diri masing-masing. termasuk aku, aku juga manusia normal yang dahagakan cinta. biarpun hingga kini aku tiada lagi mempunyai cinta, aku tetap redha bahawa masa untuk aku memiliki cinta sejati itu belum lagi sampai waktunya. namun, percayalah.. persabahatan itu lebih indah sebenarnya. kita mampu ketawa, menangis dan mampu pelbagai lagi perkara bersama sahabat kita, namun sangat sukar untuk kita menghadapinya keadaan sebegitu jika dalam percintaan. kerana persahabatan itu lebih mirip kepada kesukaan yang sama dengan diri kita berbanding percintaan ini dia macam 4 musim negara eropah. ada musim panas, sejuk, luruh mahupun bunga... tapi kalau persahabatan tuu, lebih kepada dua musim ja, hehehehe...


                     cuba sekali sekala kita memandang disisi kita, siapakah yg sebenarnya paling rapat dengan kita. cinta hati kita atau sahabat kita? siapa pun mereka, merekalah insan yang sentiasa mendengar, memahami, mengerti, menasihati kita bila berlaku sesuatu perkara dalam hidup kita. namun, pernah tak kita menghargai mereka..? bila sudah tiada barulah kita akan hargainya kan. apa boleh buat, sudah menjadi sifat manusia begitu. lebih menghargai bila sudah tiada. dalam satu-satu situasi, aku lebih suka mengharapkan kita sebagai manusia yg lemah ini bijak membuat penilaian akan persahabatan itu. jujurnya, aku juga pernah mengorbankan cinta pertama aku demi sebuah persahabatan. benar, hati siapa tidak kecewa. namun, ku cuba mengerti keadaan diri kerana persahabatan kami ini masih lagi terjalin, alhamdulillah. aku lebih rela memilih sahabat daripada cinta walaupun ianya bukan yang aku pinta. segala yang berlaku ini ku percaya bahawa Dia yang aturkan terbaik untuk aku. kini, aku gembira dengan persahabatan aku ini... benar!


                          biarpun kadang kala ada orang lain menafikan kejujuran aku dalam persahabatan, aku redha. aku baru-baru nih juga sedih dengan seorang insan yang mahu menjarakkan persahabatan aku dengan nya. insan yang aku anggap adik dan juga sahabat tempat berbicara telah pun mengambil satu keputusan yang mengejutkan aku. dia lebih sanggup melupakan aku dan memilih cinta hatinya. aku terima kerana itu adalah haknya. tapi dalam lubuk hati ku ini percaya apa yang dia ungkap itu bukanlah daripada hatinya sendiri. segalanya dari orang lain yang terpaksa dia lakukan. dan aku terima setiap apa yang dia ungkapkan itu kerana aku perlu menghormatinya. sedih.. memang aku sedih. tapi itulah keadaan yang harus aku terima. aku percaya kejadian sebelum ini membuatkan dia terpaksa lakukan tindakan ini. tak apalah, mudah-mudahan dia bahgian dengan cinta hatinya serta sahabatnya itu. aku sedar dimana tempat aku. oleh itu, lebih baik berdiam diri daripada terus menyalahkan situasi. untuk hangpa sendiri, jika anda diberikan pilihan antara percintaan atau pun persahabatan, buatlah pilihan yang terbaik. setiap kedukaan itu telah Tuhan tetapkan kegembiraan buat kita dimasa hadapan. semoga kita terus dikasihani-Nya, amin...

wassalam!~

Saturday, September 8, 2012

pesta floria putrajaya 2012 ~ kejutan yang menggembirakan...

 as salam...

                sapa penah pi pesta floria kt putrajaya..? bg penggemar bunga-bungaan, atau yang suka snap pic nih, tempat ini memang sesuai la dgn hangpa semua. aku pn turut sama pi, hahah.. atas kapasiti minat nak snap pic org kt pesta nih. bunga kan cantik, sangat sesuai ada model lak kt depan dia, hehehe... pesta nih berlangsung pada 30 jun hingga 8 julai 2012. so, ini adalah kali kedua aku sampai ke pesta nih. tahun lepas aku dah sampai. masa tu bertemakan bunga ros. maknanya, sepanjang pesta tu boleh tgk bunga ros yg pelbagai. tahun bg kali nih lak bertemakan bunga kertas. memang la tak leh lawan kehebatan bunga ros kan.. tapi jika bijak susunaturnya, lawa woo bunga nih.. ok, kali ini aku nk story sket pasal pesta floria yang aku pi bersama-sama dgn plan-plan yang dh aku plan, hahaha.. sambil-sambil baca nih, leh la layan pic nih. aku sendiri yang snap. besa-besa ja, hehehe....


                    asalnya macam nih... aku ada la terbaca dalam paper bahawa kali nih ada lagi pesta floria kt putrajaya. tarikh yg berlangsung pn pada kiraan aku memang boleh hadir lah kan. so, semasa dok sms ngan eta, ala yg berbaju kemeja kuning / oren tu.. aku ajak la dia join skali ngan aku. aku suh dia ajak kawan-kawan dia gak mcm azura, izni & cik ila. bukan apa, lagi ramai lagi bagus kan.. lebih meriah! eta kata ok ja dia nk join. pastu dia suh la ajak faizal skali. faizal nih adalah tunang dia. masa majlis pertunangan ari tu, faizal tidak hadiri sebab ke mekah utk bertugas sbg petugas utk mereka yg pergi umrah. so, hanya family faizal nih ja datang. so, mmg x berjumpa la depa sejak bertunang ni. eta suh la ajak faizal skali. kononnya rindu la, hahaha... 

                    then, aku roger ngan faizal.. dia cakap tak janji lagi sbb kena apply cuti dulu. dipendekkan cerita, faizal dapat cuti. so, aku cakap kt dia, jangan cakap kt eta bahawa dia dapat cuti. ckp ja tak dapat cuti. so, bila eta nih tau faizal tak dapat cuti, dia frust sket la, hehehe.. so, aku ckp la kt eta tempat faizal kawan aku ganti. sbb dia nk ikut skali. mula-mula tu ok lagi. pastu lama-lama dia ckp kt faizal yang dia nak balik kampung, malas nk join aku. faizal nih risau la sebab takut plan aku nk buat surprise kt eta nih tak jadi. aku dgn guna akal nih kau terus minta tolong ngan azura serta izni. azura mmg tak leh join, so aku minta dia la pujuk eta nih join aku. aku xplain la kt azura plan aku sume. sebab eta nih dia memang dengar cakap sket azura. then bermula pakatan aku dengan azura serta izni. akhirnya, eta setuju nak join... legalah aku, heheh...


                plan aku mudah ja, kami akan bermalam di motel ditanjung malim. then, pi putrajaya lepas zuhur.. malam tu baru balik semula ke tanjung malim. keesokkan harinya baru gerak balik ke kedah. kami mulakan aktiviti kami nih pada hari sabtu, 30 jun.. hari yg faizal minta cuti tu. aku ngan faizal terus gerak ke tanjung malim dalam pukul 9 pagi mcm tu setelah aku ambil faizal di rumah nya. yang bestnya, sepanjang perjalanan tu eta dok ja contact dengan faizal. aku cakap kat faizal, buat relax sudah. buat mcm tengah keja. supaya tak bocor plan nih. faizal nih follow ja apa aku suruh dia, heheh.. maklumlah, nk surprise tunang sendiri kan, hahah... 


               bila eta col faizal, faizal tak angkat semasa dalam perjalanan tu. kononnya faizal berlakon mcm marah eta sket la ganggu dia tengah keja. dia col faizal tak angkat, dia col aku lak.  aku cakap la dalam perjalanan apa sume. setelah kami sampai di tanjung malim, kami terus check in motel. rehat-rehat apa sume, lepas zuhur baru gerak pi ambil eta dirumahnya. time nih lah yang paling best untuk dikenang, hehehe...


               sampai ja kt umah eta, aku suh faizal menghadap muka ke arah depan. jangan pandang eta langsung semasa dia kuar rumah. eta nih pn kuar la dari rumah dgn muka yg sepuluh sen tuu.. frust lagi la kot. apabila dia buka ja pintu belakang aku tu, dia terus menjerit sakannn.... hehehhe.. punyalah dia terkejut sambil dok marah cakap-cakap faizal ngan aku dok tipu dia. masa tu bukan marah apa, marah hepy la katakan. orang dia rindu ada depan mata dia... hahaha.. tak lupa aku dia dok menjerit sakan tuu. dia tutup ja pintu keta, terus kami gerak ke umah izni. masa itulah faizal buat pertama kalinya ( yg dia bg tau aku laa.. ) dia hukurkan bunga ros merah segar pada eta. time tu jugak la kuar lagu anuar zain, sedetik lebih kot.. alamakkkkk.. sweetnya time tu. eta tersenyum lebar, nak nangis pun ada dia cakap time tu. ruginya aku xleh snap moment-moment tu, hehehe... bunga ros tu adalah idea aku sebab itulah caranya bg aku utk pujuk balik org pompuan tgh marah nih, heheh... dan faizal lak cakap dia tak penah bagi bunga kt eta sebab dia tak reti bab-bab romantik nih. aku pn bukanlah pandai, tapi itu yang aku rasa sebaiknya.


                   eta hepy sangat.. dia berterima kasih pada aku sebab buat surprise nih kt dia. masa sampai umah izni, izni dh tersenyum dah kat eta. sbab dia memang tau plan nih, heheh.. dan inilah juga pertama kali aku bersua dgn izni. so, dgn relaxnya aku pn bagi bunga hidup jugak. xmau kalah nih, hahah... bunga ros putih kot aku bg satu kt eta sbg tanda minta maaf kt dia sebab tipu dia. dan satu lagi bunga aku bagi kt izni sebagai tanda terima kasih atas pertolongan dia utk plan kt eta nih. otw ke putrajaya nih, eta trus col azura. bila azura angkat ja, dia terus gelak sakan kt eta sebab plan nih menjadi la, hehehe... yup, hanya eta ja tak tau plan nih. yang len sume tau. thanks kepada semua yang membantu plan nih, heheh...


                    kami singgah di hentian jejantas sg buluh utk makan jap. pastu terus masuk kl ambik cik ila di pekan sungai besi. then trus ke putrajaya... tapak pesta floria nih kat presint 2, tapak slalu org buat event kt situ. so, kami pun ronda sakan la kawasan tapak pesta tu. paling kelihatan adalah eta la, senyum tak abis-abis. sedia maklum, eta nih memang suak sangat bergambar. dan ini jugalah mungkin mulanya dia bergambar bersama faizal. faizal nih agak pemalu sket. berbanding eta yang sangat suka berposing, hhehe.. aku cakap kat faizal, hari nih layan jer mcm mana eta nak bergambar dengan dia. sebab hari tu hari gembira untuk depa berdua.. banyak gambar depa berdua aku tangkap. tapi xyah la aku siarkan kt sini. tak best la kan.. nnt apa lak kata tuan badan tuu.. hehehe..


                   dalam pukul 6 lebih macam tu, kami ke masjid besi atau masjid sultan mizan utk bersolat asar disitu. ini adalah kunjungan aku ke masjid nih kali kedua. agak ramai gak orang time tu. semua datang pesta kot kan.. masjid tepi tasik nih memang menarik. rasa damai ja. masjid tak guna pn langsung kipas atau air cond. sebab masjid nih bersifat open. selesai saja asar, kami lepak la kat tepi tasik tu.. sambil sembang-sembang kena angin. sbb nk gerak ke tapak pesta pn rasa mcm tak berbaloi ja.. yelah, tak sampai pn 40 minit, maghrib pula akan masuk waktu. so, kami ambik keputusan lepak situ ja. plan asal kami nih nak pi lepak di alamanda lak. pi singgah makan ka, men bowling ka, jalan-jalan ka kan.. last-last aku rasa tak yah buat la. sbb malam lak ada acara bot berhias. 


                 lepas saja solat semua, kami ke tapak pesta balik utk layan bot berhias. then, sebelum balik kami pusing-pusing lagi ke tempat yang tak sempat kami pusing-pusing sebelum tuu.. then trus blik ke kl utk hantar cik ila. kami singgah singgah di tasik permaisuri utk makan-makan sebelum balik semula ke tanjung malim. otw tu semua pakat tido abis termasuk lak konductor sebelah aku tu, heheh... tapi sebab aku dah biasa drive sorang-sorang, tu la tak kisah sgt la. cd lagu, air 100 plus serta mentos menjadi peneman aku... balik tido tu sampai tak sedar diri dah malam tu sebab letih sangat...


                 secara jujurnya aku rasa gembira dan puas hati dengan plan aku yang menjadi tu. lega sebab hasil dia telah memperlihatkan semua orang hepy dan gembira. walaupun aku ditemani kawan-kawan, bukan kekasih hati mahu pun teman hidup, aku rasa gembira bila tengok faizal dan eta hepy masa tu. aku pun tumpang gembira dengan depa walaupun sebolehnya aku nak berada ditempat mereka itu. tapi aku percaya Tuhan tu Maha Adil dan Maha Penyayang. sampai masa, aku juga akan turut sama merasai apa yang mereka rasai itu. cuma masa sahaja aku belum tentu lagi bila kan.. tapi aku bersyukur pada Tuhan kerana kurniakan aku kegembiraan ini. terima kasih Tuhan (^_^)

adios!~

wassalam..

Tuesday, May 15, 2012

bukit bendera & gunung jerai - berbeza namun ada keindahan yang menarik

as salam...

                aku ada story lagi nih. citer aku la. suka pi berjalan tempat sendiri, hehehe.. kali nih aku pi bukit bendera, penang. selama hidup aku 27 tahun, inilah kali pertama aku sampai ke bukit bendera. padahal 3 tahun aku study kt usm tu, bukan jauh pun, dekat ja. tapi tu la, maybe hati masa tu belum lagi betul-betul terbuka untuk pi kan, hahahah...

                  benda nih pun aku plan on the spot. tanya member aku, dia ada keja apa-apa dak semasa aku cuti ari tu. dia ckp free. so, aku ajak la dia ke bukit bendera nih. melihat keindahan tempat sendiri, heheh.. so, aku bergerak dr kawasan guar chempedak dalam pukul 9 lebih mcm tu la. smpai di bukit bendera nih dalam pukul 10 lebih. jalan ke sini tak ada la susah sgt. dari jambatan pulau pinang, ambik jalan ke highway jelutong. pastu terus keluar selepas tesco jelutong, nak menghala ke hospital pulau pinang. terus sampai jumpa masjid negeri, turun kiri pastu terus ikut signboard yg akan terus ke bukit bendera tu. x brapa byk sgt pic yg sempat diambil. maklumlah, pi pun sekadar berjalan-jalan kan. kalau pi ngan awek ka, bleh la snap pic banyak-banyak kan, ekekek....


nih tren baru. tren lama dulu kontot ja, kaler merah tu. tren tu dh jadi pameran dh pun skrg. tren baru nih nampak lebih kemas dan lawa, heheh...

nih pic semasa aku sampai. pemandangan rel tren nak ke bukit bendera nih...


nih lak pic sewaktu sesudah sampai ke bukit bendera. background dia nih mmg sempoi.. ada satu pic tu aku sempat snap, memang lawa la kaler dia. tapi xtau pic tu dok mana, huhhu...


                         cerita bukit bendera aku tutup sampai situ sahaja. so, sekarang nih nak story pasal gunung jerai lak. gunung jerai nih pun sebelah kampung aku ja. so, kampung aku nih background dia gunung jerai. sempoi dak... mesti la sempoi. aku ada, engkau ada..? ekekeke.... ok2. plan nk ke gunung jerai nih sangat lama dh aku plan. tapi tu la, nak naik sorang-sorang boleh ja. tp boring arr.. kalau ngan awek ka, blk esok pagi pun tak pa kan, hahahaha.. tu la ayat bg org yang tak awek nih, hadoiii...

                        dok online facebook tu, ada la ternampak sorng budak kampung aku nih cakap dia free, cuti tak buat apa. budak kampung nih pompuan la. sgt muda dari aku. pangkat adik aku la. family dia la bela aku masa aku kecik-kecik dulu. sampai skrg kat mak ayah depa aku panggil mak ngan ayah gak. try la ajak dia, dia kata ok ja. aku suh dia ajak skali jan ( kakak dia yg no 2 ) berserta anak lelaki dia. kemudian suh ajak sama jiran dia, kiranya member dia la, te'ah. hari yg dijanjikan, sampai la aku kt umah depa. masa tu pagi bru ja lepas hujan. suasana agak sejuk sket la. so, bergerak terus la kami ke atas gunung jerai nih. nih la 1st time aku drive keta naik gunung jerai. sebelum nih naik van org len bawa. sendiri-sendiri pun naik dgn moto jaa... 

                          sampai ja kt peranginan gunung jerai nih, totally kawasan dia sudah berubah banyak dh. last skali aku naik 2009 mcm tu. sekarang nih semakin lawa dah. tapi price hotel dia pun sakan gak la. paling murah pun RM200++ ... tapi aku rasa harga tu sesuai la dgn apa yg the regency yakni pihak yang jaga kawasan nih. sebab tempat dia sangat lawa sangat dah... malas nk cerita panjang-panjang, tengok jerlah pic kt bawah nih. nanti bleh la pi tgk nooo... teringin nak buat wedding photography aku kt sini nnt, ekekekekee.... 


nih antara chalet dia. nice kan...



kat bawah tu adalah kawasan sawah padi daerah yan. time ambik pic nih kabus daa...



inilah orang yang temankan aku sewaktu naik gunung jerai...




nih kira mcm reception caunter dia laa...


nih antara chalet dia gak. dulu sini tapak asal dia tapak pemainan kanak-kanak dan tapak kandang rusa yang dibela oleh pihak gunung jerai...


boleh bayangkan dak ada kolam mandi yg simple atas gunung. putih-putih kat belakang tu adalah kabus, pehhhh... best siot!




kabus sudah mari. memang best la time nih. macam nak peluk bini ja kalau yang dah berkahwin tuuu...


nih lak pic di taman rimba. bawah sikit dr hotel tuu... 


adios!~

Sunday, May 13, 2012

tree top walk tempat yang harus dilawati

as salam...

      baru-baru nih aku berkesempatan la pi ke tree top walk di sedim kulim nih. dah lama sangat dah dok plan nk pi, tapi xda geng dan masa lak masa tu tak berapa nk cun kan. ntah macam mana ntah, aku dpt cuti keja pada hari khamis tuu. so, aku try roger member aku yg duduk guar tu, try tanya dia ada apa-apa plan dak. dia kata ok ja nk follow aku, tambahan lak dia tak keja lagi. so, on the spot plan la nih... bermula lah aku search internet untuk cari maklumat mengenai tempat nih... tanya la sorang junior aku ni yang stay kat kulim, tanya kot mana jalan dia. dia pun bagilah plan kt aku kan... 

      pada hari kejadian, aku ngan member aku gerak dari guar chempedak dalam pukul 9 lebih. terus ke sedim nih. plan yang dibagi mmg betul-betul buat aku confius. yelah, jalan yang di bagi tu macam keliru sikit la. akhirnya aku pakai gps kt handphone aku. nasib baik la berfungsi, heheh... perjalanan di agak jauh jugak la. melalui kawasan perindustrian kulim hi tech. then, bila sampai ja area kulim nih, memang aku follow signboard yang turut dibantu oleh gps aku nih. smpai la kami ke tree top walk nih. pehhh.. mmg jauh jgak la bagi yg 1st time sampai bagi aku nih... 


                 nih la pintu utama ke tree top walk nih. masa kami sampai tak orang, yelah hari tu kan hari bekerja, hanya aku sahaja bercuti. mula-mula cuak jugak la sbb rasa mcm tak ada org kan. after kami naik ja ke kawasan penginapan tu, rupanya ada la 4-5 orang kt cafe tu. tgh sediakan makanan untuk dihantar ke mana ntah. so, aku park keta aku kat sebelah van usm.. hahah.. pusat pengajian sains biologi. universiti aku tu. depa dalam 2-3 orang nk masuk hutan kot. besa lah, benda bab sains nih mmg keja depa kan.  so berjalan lah kami ke pintu untuk naik ke tree top walk. rupanya org yang jaga kaunter adalah seorang pompuan yang dok lepak kat cafe tad. sorang rm10. masuk jaaa...


nih permandangan dari atas jambatan tuu.. adalah kawasan air terjun...


nih lah jambatan dia. orang yang jenis gayat tak naik la. sbb benda nih mmg atas pokok beb...



kat sini adalah kawasan jambatan yang agak cerah lah. sbb yang sebelum kawasan dia banyak ditutupi dengan pokok-pokok besar. so, sini nak bergambar memang best la... heheeh...



              kalau nk di ikutkan pic nih banyak lagi. tapi pic aku semua dok dalam laptop aku yang rosak tuuu... tapi nih lah antara pic yang ok pun aku rasa kan.. so, datanglah melawat disini. kawasan dia biasa sahaja, tapi menarik untuk di lawati. ala, kita lawat la dulu tempat sendiri kan. pastu baru kita lawat kawasan orang len lak. at least aku nih tak ada la jakun sangat bila orang tanya pasal tempat nih kan, heheh... 

adios!~