Sunday, May 13, 2012

tree top walk tempat yang harus dilawati

as salam...

      baru-baru nih aku berkesempatan la pi ke tree top walk di sedim kulim nih. dah lama sangat dah dok plan nk pi, tapi xda geng dan masa lak masa tu tak berapa nk cun kan. ntah macam mana ntah, aku dpt cuti keja pada hari khamis tuu. so, aku try roger member aku yg duduk guar tu, try tanya dia ada apa-apa plan dak. dia kata ok ja nk follow aku, tambahan lak dia tak keja lagi. so, on the spot plan la nih... bermula lah aku search internet untuk cari maklumat mengenai tempat nih... tanya la sorang junior aku ni yang stay kat kulim, tanya kot mana jalan dia. dia pun bagilah plan kt aku kan... 

      pada hari kejadian, aku ngan member aku gerak dari guar chempedak dalam pukul 9 lebih. terus ke sedim nih. plan yang dibagi mmg betul-betul buat aku confius. yelah, jalan yang di bagi tu macam keliru sikit la. akhirnya aku pakai gps kt handphone aku. nasib baik la berfungsi, heheh... perjalanan di agak jauh jugak la. melalui kawasan perindustrian kulim hi tech. then, bila sampai ja area kulim nih, memang aku follow signboard yang turut dibantu oleh gps aku nih. smpai la kami ke tree top walk nih. pehhh.. mmg jauh jgak la bagi yg 1st time sampai bagi aku nih... 


                 nih la pintu utama ke tree top walk nih. masa kami sampai tak orang, yelah hari tu kan hari bekerja, hanya aku sahaja bercuti. mula-mula cuak jugak la sbb rasa mcm tak ada org kan. after kami naik ja ke kawasan penginapan tu, rupanya ada la 4-5 orang kt cafe tu. tgh sediakan makanan untuk dihantar ke mana ntah. so, aku park keta aku kat sebelah van usm.. hahah.. pusat pengajian sains biologi. universiti aku tu. depa dalam 2-3 orang nk masuk hutan kot. besa lah, benda bab sains nih mmg keja depa kan.  so berjalan lah kami ke pintu untuk naik ke tree top walk. rupanya org yang jaga kaunter adalah seorang pompuan yang dok lepak kat cafe tad. sorang rm10. masuk jaaa...


nih permandangan dari atas jambatan tuu.. adalah kawasan air terjun...


nih lah jambatan dia. orang yang jenis gayat tak naik la. sbb benda nih mmg atas pokok beb...



kat sini adalah kawasan jambatan yang agak cerah lah. sbb yang sebelum kawasan dia banyak ditutupi dengan pokok-pokok besar. so, sini nak bergambar memang best la... heheeh...



              kalau nk di ikutkan pic nih banyak lagi. tapi pic aku semua dok dalam laptop aku yang rosak tuuu... tapi nih lah antara pic yang ok pun aku rasa kan.. so, datanglah melawat disini. kawasan dia biasa sahaja, tapi menarik untuk di lawati. ala, kita lawat la dulu tempat sendiri kan. pastu baru kita lawat kawasan orang len lak. at least aku nih tak ada la jakun sangat bila orang tanya pasal tempat nih kan, heheh... 

adios!~

No comments:

Post a Comment