alhamdulillah...
setakat waktu, banyak perkara dah aku selesaikan. smlm juga aku sudah bayar zakat fitrah yg menjadi kewajipan kepada umat Islam. semalam juga aku sudah selesaikan service keta serena milik abg aku. yelah, nnt nak balik naik keta tuh. dan smlm juga aku sudah selesai beli baju melayu. kaler ijau pucuk pisang...
peh, kira rambang mata gak aku pi beli baju raya semalam. mana taknya, itu buat lelong la, yang nih kain cantik la, kaler cun la. nasib baik la aku nih bukan jenis kaki shoping. kalau tak mau kopak aku slalu mcm tuh,huhuhu.. pusing punya pusing, last-last aku patah balik ke tempat yang aku start smlm utk caru baju raya tu. aku jumpa kt masjid india. punya la ramai umat manusia smlm. fikir punya fikir, last-last terjumpa la kaler hijau pucuk pisang tergantung. butang ngan corak dia buat aku terpikat sgt. check punya check, ada satu lagi ja saiz yg aku nak. dok ejas-ejas harga, dia letak rm185... bodek la aku, gila rm185, mahal tuh!! last-last dia bg rm150. aku ambik jer lah. malas nk tunggu lama-lama kat situ. ish ish ish.. selama aku hidup nih, nih la baju melayu paling mahal aku penah beli. dlu mak bapak aku belikan, masa tuh xda pendapatan lagi. sekarang dh ada, sendiri mau ingat la kan. xpa,setahun sekali jer belanja mahal-mahal nih. aku pun xtau brapa lama nk tahan aku pakai baju raya. adakah 4 tahun berturut-turut seperti sebelum nih?
hmm... sume aku dh sttel. tinggal nk balik kg esok saja. ingat nk gerak sebelum berbuka. nak lari dari jem yg sgt teruk. hrap2 aku terlepas dr jem esok tuh, amin... apa lagi eks yg aku tak sttel lagi? hmmm... oh, aku belum minta maaf lagi dgn rakan2, kawan2, sahabat2 serta teman2 sekeliling. insyaAllah, sebelum aku balik esok, aku akan selesaikan semuanya, insyaAllah...
maknanya, hari nih hari last aku berbuka puasa kt kl nih. wah, kejap jer kan. x sabar nk berbuka kt kampung lak nih,huhuh...!!!
adios!~
No comments:
Post a Comment