
wajarkah kita diberikan atau memberikan peluang kedua kepada orang lain?
setiap manusia di atas bumi ini tidak pernah terlepas dalam melakukan kesalahan, samada kecil mahupun besar. kerna kesalahan itu kelak mampu memberikan kesedaran serta keinsafan pada diri ini akan apa yg pernah dilakukan sebelum ini.
semua kesalahan yang dilakukan disusuli dengan kemaafan serta hukuman. bukan semua kesalahan mampu diampunkan serta dimaafkan.
jika kesalahan itu kita pada Ilahi, maka dengan Dialah harus kita pohonkan keampunan sedalam-dalamnya. jika ia sesama manusia, semestinya keampunan dr sesama kita yang harus kita pohonkan. tetapi, mampukah ianya diampunkan? sangat perit kita akan hadapi ia di penghujung dunia jika keampunan itu belum mahu diberikan...
tetapi, kita harus sedar, keampunan yang dipohon itu mempunyai sebabnya tersendiri. bagi sebilangan manusia kemaafan inilah titik noktah bagi dirinya merubah diri yang dahulu hina serta keji kearah lebih baik serta dihormati. percayalah pada diri, peluang kedua itu adakalanya mampu memberikan insan lain untuk merubah kejahatan pada dirinya seperti mana kita pernah lakukan kesalahan dahulu. jika peluang yang diberikan itu digunakan sebaik mungkin, pastinya kitalah manusia paling terbaik pernah berjasa pada orang lain walaupun tak siapa sedarinya secara lahiriah...
oleh itu, peluang kedua itu kepada insan lain yang diberikan, adakah wajar atau sebaliknya, terpulang pada diri kita. kita yang menentukannya... tepuklah dada, tanyalah hati!!!
No comments:
Post a Comment