salam...
adoiii... sedih sebenarnya nk taip pasal hari raya nih. yelah, dh kita nih byk dosa dengan orang, maka agak sayu nak pohonkan kemaafan itu. kerna kemaafan yg dipohon biarlah ikhlas dari lubuk hati kan. hmm.. kejap jer puasa, dah nk raya dh. ptg nih aku dh gerak blk kg dah. satu perjalanan yang agak jauh gak nih. tapi hati kena kuat la walaupun xda orang sebelah nk menyembang nih,huhuu... ubat dia, pasang lagu kuat-kuat la. nk makan dah puasa kan,hehhee...
pertamanya kt sini, aku nak minta maaf banyak kepada semua insan yang mengenali aku walaupun aku tak popular mcm afdlin shauki tu kan. maafkan segala salah silap yang penah aku lakukan samada sedar atau pun tidak. sesungguhnya aku tergolong dalam golongan orang yang mudah alpa dan sentiasa melakukan kesalahan. buat semua teman-teman di usm dlu seperti amal, baha, lan, azmil, fieda, habsah, mila, enal, jue, kamisan, jan serta ramai lagi yang tak disebutkan disini, maafkan daku kalian akan kesalahan lalu. sesungguhnya kalianlah teman-teman yang menggembirakan daku ketika sama-sama study dlu.
buat teman geng2 kepala toya, maafkan daku andai kata-kata, tingkahlaku serta salah dugaan mengenai kalian semua pernah mengguriskan perasaan kalian semua. ita, izzaty, leen, malisa, bro fiesol, sue, cik sella, serta maan, maafkan daku. terutama sekali maan, maafkan daku atas segala salah silap yang pernah daku lakukan pada diri mu. seringkali kata-kata, perbuatan serta tingkah laku daku pada mu banyak membuatkan diri mu kecewa pada ku sehingga kini. maafkan daku kerna kedunguan, kealpaan serta kebodohan diri yang sentiasa lalai akan tanggungjawab diri serta terhadap orang lain. mengenali mu suatu perkara terbaik pernah berlaku pada diri ku serta kemesraan kita dulu banyak dapat melupakan kisah-kisah sedih ku yang berpanjangan. terima kasih atas segala bantuan, nasihat serta dorongan suatu ketika dahulu. sesungguhnya diri mu salah seorang insan terbaik pernah daku kenali.
terima kasih atas segala kebaikan kalian pada diri ini. hanya satu harapan kalian ketika ini, maafkan segala salah silap daku serta doakanlah perjalanan daku pada petang ini untuk balik kampung selamat sampai dengan keredhaan-Nya. sesungguhnya, daku mengharapkan aidilfitri kali ini mampu menginsafi diri daku yang sentiasa lalai serta alpa. semoga kalian semua jua bergembira dengan sanak saudara serta teman-teman di aidilfitri ini. selamat hari raya, maaf zahir dan batin daku ucapkan kepada semua. andai kita dipanjangkan usia serta hayat, moga kita ketemu lagi selepas aidilfitri ini, amin....
selamat jalan semua serta semoga sampai ke destinasi dengan selamatnya....
wassalam...
p/s : sambil menaip nih dok layan lagu hujan feat raihan ~ salam aidilfitri ayahanda & bonda!!!
No comments:
Post a Comment