Monday, September 14, 2009

misi mencari baju raya...

salam...

hmm.. maybe ramai dh yang beli baju raya kan. dh berpasang-pasang dok kt umah tuh. just tunggu nak peragakan semasa aidilfitri nih jer lagi,chewahhh!!! ok.. bercakap pasal baju raya nih, tahun nih aku punya misi yakni esok la ( selasa ) adalah untuk mencari baju raya. iaitu baju melayu yg menjadi pakaian wajib semasa raya la.

untuk makluman semua, sudah 4 tahun berturut-turut aku pakai baju raya yang sama. maklumlah, aku nih jenis tak pandai sangat nk shoping2 nih. just pi beli apa yg nak, pastu trus balik. mudah ja bagi nih kan. oleh sebab itu, esok bermula misi aku untuk mencari baju raya. buat masa nih belum ada lagi la target nk beli kaler apa. aku nih jenis sampi jer, tengok mana yang berkenan, terus beli. tiada perancangan awal psal kaler2 baju nih. sudah tentu baju raya, seluar raya... sampin maybe tak kot. aku nih jenis yang tak suka pakai sampin. hmm... songkok yang tahun lepas masih lagi selamat kt dalam kotak tuh. songkok tinggi lagi tuh, beli kat pekan rabu alor setar. harap2 ada. maklum la, sebelum nih kampung aku kena banjir, harap2 selamat la songkok tu walaupun banyak tempat simpan brg2 kt kg nih dh berubah. lari dari banjir katakan,huhuhuh...

esok yakni selasa, antara tempat yg bermain dalam kepala nih untuk cari baju raya, masjid india ngan sogo. yang lain tuh xda lagi dalam senarai tempat2 untuk dilawati. yelah, aku mana reti port2 nak bershoping2 nih. tapi masalahnya pada aku kaler apa yg aku nk pilih dan baju raya patern yg macam mana nak aku beli nanti. yelah, sebelum nih ada la jugak insan nak tolong aku pilihkan baju yang sesuai dgn saiz serta tona kulit aku nih. tapi, sejak2 nih hati dia kurang mesra dengan aku, maka kena la ikhtiar sendiri. sendiri pilih, sendiri bayar, sendiri pakai!!!

bagaimana dengan hampa semua, mesti dah siap2 beli kan? bagus sngguh hampa nih. aku juga yang masih lagi terkial-kial nih,hhuhuhu... apa la nasib badan kan..

No comments:

Post a Comment